FP| BAB 9 (RAW)

21.8K 1.9K 166
                                    

ADEL melirik sekilas ke arah skrin Iphonenya sebelum satu keluhan kecil terbit di ulas bibir. Masih tiada pesanan dan panggilan masuk daripada Yunus. Sudah sebulan lebih suaminya itu berdiam diri. Kut lah nak tanya khabar dia! Ini nak balik rumah pun susah.

"Puan!" terpa Nada di depan pintu ofis Adel.

"Kenapa ni cik Nada?"

Nada tersengih-sengih sendiri. "Sekarang dah masuk waktu lunch. Puan tak nak lunch ke?"

"Saya nak lunch lah ni. Tekak saya ni teringin nak nasi kandar pulak!" Adel tutup suis laptopnya.

"Bagus sangat lah kalau macam tu puan. Masin mulut siapa pun saya tak tahu tapi ada orang bagi nasi kandar!" Nada meluru ke arah Adel dengan sebungkus makanan di tangan. Disuanya plastik makanan itu kepada bosnya. Senyuman lebar lantas memekar saat bos besarnya itu menyambut tanpa bantahan.

"Siapa bagi ni?" soalnya was-was. Kalau nasi kangkang macam mana?

"Staf nasi kandar depan office kita ni. Depan office kita ni buat grand opening. Meniaga nasi kandar. Lepas ni kita dah tak perlu cari lunch jauh-jauh. Betul ke idok?"

Ruas dahi Adel bertaut pula kali ini. Aik? Depan ofisnya ini ada bank rasanya? Sempat dia teguk air liur sendiri. Lapar-lapar macam ini bedal je lah!

Cepat-cepat Adel membuka bungkusan surat khabar di depannya itu sebelum matanya membulat sempurna. Tawa sinis terbit di bibir bagai tidak waras lagi.

"Aku dah agak!" dihentaknya kotak Swarovski dengan rasa sebal.

Terus mati sengihan di bibir Nada. Bergerak dia ke belakang setapak. Dah masuk dah setan!

"Nada... kan saya dah cakap. Iskandar. Iskan dan seumpama dengannya awak perlu banned. Ini nasi kandar, ada iras nama tuan Iskandar tau. Saya lapar nasi kandar ni. Jangan sampai saya ngap tuan Iskan tu!" bunyi hentakan kotak itu menguasai segenap ruang.

"Sorry puan. Saya tak aware tapi puan okay tak?" soal Nada dengan senyuman palsu. Oi lah tuan Iskan. Jangan macam ni setiap hari. Mahunya aku dipecat nanti!

"Saya nampak macam tak okay ke?"

"Nam... nampak lah sikit?"

"Jangan risau eh? Nada boleh keluar sekarang..." kata Adel meleret. Bibir masih tersumbing dengan senyuman. Padahal dalam hati sudah mahu meletus. Ini cara dia coping.

Riak muka Nada terus berubah monyok. Perlahan-lahan dia mengorak langkah keluar dari ofis peribadi Adel. Hmp! Lepas ini, jangan cakap nama Iskandar dia banned, nama Haq personal assistant tuan Iskan pun dia buang dari kamus kehidupannya!

"Argh!" jerit Adel tanpa suara lalu menumbuk-numbuk angin di sisinya. Geram! Sini dia nak basuh otak tuan Iskan sampai cuci calat.













BIBIR Iskan sudah herot-berot membaca fail proposal di hadapannya itu. Muka serius Haq dilirik sekilas. Dia tahu apa yang bermain-main dalam fikiran pembantu peribadinya itu. Bagi masa seminggu untuk proposal ini, tup tup hasilnya kalah level assignment budak SPM. Ini proposal ke?

"I had no word..." keluh Iskan.

"Same."

"Siapa yang buat proposal ni?"

"Syafiqah. Intern baru."

"Kau panggil dia sekarang!" suruh Iskan. Haq hanya mengangguk sekali. Lantas kakinya berura-ura mahu keluar dari ruangan tuan besarnya itu. Namun lantas terhenti di hadapan pintu saat kepala Syasya terjengul di celah pintu. Syasya ini akauntan di sini.

TUAN ISKAN (VERSION 1)Where stories live. Discover now