"YUNUS. Kenapa awak nak jumpa saya depan ofis ni?" soal Adel saat tingkap kereta Yunus tersingkap sepenuhnya. Kaget dia petang ini saat menerima pesanan ringkas daripada Yunus, menyuruhnya untuk turun ke lobi sehabis selesai hal di ofis.
Adel malah mengeluh berat saat Yunus diam tidak berkutik. Hanya ada riak dingin yang terpapar di wajahnya. Lelaki itu seakan-akan benci untuk menatapnya. Kenapa? Dia rasa sangat terkilan. Hatinya pula kembali berbirat dengan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya.Pedih!
Sungguh. Kecewa sangat.
"Awak balik lah dulu. Kita bincang dekat rumah. Lagipun dah lewat malam kan?"
"Masuk."
"Kita bincang dekat rumah. Awak dah lama tak balik, tak rindu rumah ke? Balik rumah dulu eh?" suruh Adel lagi. Dia masih cuba untuk berlembut. Beg tangan terus dibimbit di celah ketiak. Sebelah tangan lagi pula menyeluk kocek seluar sendiri, mencari kunci kereta.
"Aku dah tak nak jejak kaki kat rumah kau lagi, Adel. Masuk sekarang. Kenapa susah sangat kau nak dengar cakap aku ni?" balas Yunus dengan rasa sebal. Lesap terus panggilan mesra di bibir. Adel memang cari nahas. Ke mana semua rasa hormat pada seorang suami?
"Aku?"
Ya tuhan. Apa kena lagi dengan Yunus ini?
"Baik kau masuk sekarang sementara aku boleh cakap baik-baik. Aku bukannya penyabar sangat." Yunus sempat berdecit kecil. Stereng kereta diramas-ramas olehnya. Dia cuba menahan amarahnya yang sedang bergelojak hebat.
Adel mengeluh sekali sebelum menerobos masuk ke dalam perut kereta. Tanpa segan-silu, pintu kereta dia hempas sekuat yang mungkin sebagai tanda protes. Sungguh tidak puas hati. Biar tercabut terus pintu kereta, lagipun kereta ini miliknya!
Yunus jadi semakin panas hati dek tingkah laku Adel itu. Dia terus menekan pedal minyak sehabis skala sebelum kereta miliknya itu membelah jalan raya dalam kepekatan malam. Lima minit tanpa bersuara, akhirnya dia ambil keputusan untuk kembali berbicara.
"Kenapa kau tarik kereta aku?"
"Kereta yang mana satu?" balas Adel acuh tidak acuh. Dia cuba berlagak tenang. Padahal, sudah getar lutut dengan intonasi kasar Yunus itu.
"Jangan buat-buat bodoh boleh tak, Adel?"
"Satu kereta tak cukup ke untuk awak? Awak guna untuk pergi ofis je kan? Itu pun kalau datang ofis lah. Saya tarik kereta satu lagi sebab tak ada yang guna. Membazir je nak kena bayar bulan-bulan. Buat apa kereta banyak-banyak ni?" jelas Adel. Sebenarnya, dia punya alasan lain. Alasan yang lebih kukuh, dia punya sebab kenapa dia tarik kereta yang satu lagi.
"Masalahnya, Rosa guna kereta tu!" tempelak Yunus sambil menumbuk stereng keretanya kuat. Sempat dia mencerlung tubuh genit Adel di kerusi sebelah. Geram sungguh!
"Masalahnya? Masalah awak kut, bukan masalah saya. Rosa isteri awak kan? Pandai-pandai lah awak jaga. Takkan saya nak bayar duit kereta untuk isteri awak pakai pulak, dengan merempatnya dekat villa saya lagi. Tak malu langsung ke dengan saya, Yunus?" sembur Adel. Dia langsung tidak melatah dengan sikap agresif Yunus. Kalau Yunus boleh buat hatinya terluka, kenapa dia tak boleh?
"Biadap eh kau sekarang? Sejak ada jantan baru, mula lah kau besar kepala. Macam lah aku tak tahu apa kau buat dekat belakang aku, kau main kayu tiga kan? Senang betul hidup kau. Berfoya-foya merata tempat, tak perlu risau mengandung anak luar nikah sebab diri sendiri tak mampu beranak!" tuduh Yunus tanpa usul periksa. Ada senyuman sinis yang tersumbing di bibir sendiri. Puas melihat reaksi Adel yang mula terganggu. Kau marah?
"Bawak sedar lah Adel. Kau tu mandul! Perempuan mandul macam kau ni, ada yang nak ke? Kalau nak pun, aku rasa sebab nak mengikis kau je!" hina Yunus lagi lalu ketawa besar.
YOU ARE READING
TUAN ISKAN (VERSION 1)
Romance(SUDAH TERBIT) The Fallen Prince : What If It Was True Love? Green version of TUAN ISKAN FIKSI SEMATA-MATA!