FP| BAB 4

24K 2K 184
                                    

ADEL meneguk rakus jus epalnya. Dahaga punya fasal, sekali dengan ais batu digigit kejam olehnya. Bunyi ais batu yang hancur itu kedengaran sehingga ke luar. Dapat Adel lihat, ada Iskan yang sedang merenung tajam ke arahnya. Lama dan dalam. Tanpa punca, jejaka itu tiba-tiba memicing mata tidak berpuas hati. Kenapa?

"It's not good for your teeth, flower."

Atas bibir Adel terangkat sedikit. Teguran itu hanya dibiarkan seperti angin lalu saja. Ini gigi dia, kan? Suka-suki dia la nak gigit apa pun. Nak gigit batu bata ke? Nak gigit Iskan ke? Aik? Dah lain nampaknya?

"Encik Iskan nak bincang apa dengan saya ni? Bincang dekat Microsoft Teams tak boleh ke?" soal Adel tidak mahu berbasa-basi lagi. Dia sanggup membatalkan menyuarat mingguannya kerana Iskan. Iskan awal-awal pagi sudah mencarinya bagai kucing kehilangan anak. Katanya, ada hal mustahak.

"I nak bincang tentang banglo tu la."

"Kenapa dengan banglo tu? Encik Iskan dah tukar fikiran ke? Alhamdulillah, akhirnya berpenghuni jugak banglo tu. Saya suka sangat la kalau Encik Iskan nak beli. Sebabnya, saya memang nak jual banglo tu dari dulu lagi. Simpan banyak-banyak pun tak guna juga. Penat saya nak jaga. Lepas tu, takut kena hisab dekat akhirat," ujar Adel petah bernada ceria.

Iskan menelengkan kepalanya sedikit. Mata sendiri pula tidak lepas dari merenung ulas bibir merah delima Adel yang asyik berceloteh itu. Sudah dua hari suntuk dia memikirkan soal banglo milik Adel itu. Sosok gadis itu selalu saja muncul di kotak fikirannya. Tiada punca, hatinya dihurung rasa tidak keruan. Nak tidur pun tak tenang.

Bunga Adelia, seems interesting.

"I rasa I nak sewa dulu banglo tu. Within a month. Boleh ke, Cik Bunga?" Iskan mencabut blazer dari tubuh lalu menyangkutkannya di kerusi sebelah.

Riak muka Adel terus masam mencuka. "Kenapa?"

"I nak tengok dulu. Sesuai tak dengan citarasa I. I ni jenis yang cerewet sikit."

"Kalau saya cakap tak boleh?" potong Adel laju.

"Kalau you cakap tak boleh... well. Apa I boleh buat? Terpaksa la I cari tempat lain," ucap Iskan bernada tenang.

Adel terus terdiam sepi.

"Ish, mengada. Alang-alang nak sewa, beli la terus!" bisik Adel perlahan. Kening Iskan terjungkit sebelah. Tatapan tepat terpaku di batang hidung Adel. Dia sedang menganalisa tindak-tanduk gadis itu. "You marah I ke?"

"Mana ada saya marah. Siapa saya nak marah Encik Iskan? Cuma... ish! Boleh la tapi janji eh? Satu bulan je," balas Adel yang akhirnya beralah juga. The customer is always right.

Iskan terus tersenyum lebar tanda berpuas hati. Terserlah jelas lesung pipinya yang maha dalam itu. Manis mengalahkan gula. Akhirnya, dapat juga dia melepaskan rasa rindu. Mungkin... lepas ni, dapat jumpa Adel setiap hari?



ADEL sudah bercekak pinggang gaya ibu-ibu. Amarahnya yang bergelojak hebat itu terasa seperti ingin meletus saja. Sedang elok bermusyawarah di ofis, dia menerima satu pesanan ringkas daripada Iskan melalui aplikasi WhatsApp. Bukan main terkejut dan panik, dia terus bergegas ke banglo. Habis lampu isyarat merah dilanggar olehnya.

Putera Iskandar (client kerek namampus) [9:39 AM]

Cik Bunga. Boleh tolong datang banglo sekarang tak? Ada kerosakkan sikit. Yang pasti, kalau you lambat, boleh hangus banglo ni. ASAP.

Bermati-matian, Adel ingat ada kebakaran litar pintas yang berlaku. Namun, rupanya-rupanya, paip bocor saja. Kepalanya jadi menggerutu, rasa nak pukul Encik Iskan sekarang. Dia penat, sudahlah nak fikir tentang Yunus lagi. Suaminya itu sudah seminggu tidak pulang ke rumah. Mesti sedang seronok berkepit dengan Rosa.

TUAN ISKAN (VERSION 1)Where stories live. Discover now