2

1.3K 127 15
                                    


"You destroyed my trust"


"10/10 tu kes apa Afiq?"

Afiq diam nak rangka ayat.

"Tu lah Tuan lama sangat tinggalkan Selangor ni sampai banyak benda Tuan terlepas tapikan takkan Tuan tak tahu langsung? Kes ni famous tau!"

Nik dah tidur. Ustaz Zafr pun dah ngantuk tapi dia pun nak tahu juga apa yang Iman bualkan.

"Banyak bendalah aku nak kena buat kat sana sebab tu tak tahu sangat."

"10/10 ni kes dimana ada beberapa penduduk dekat satu kawasan ni hilang dan meninggal secara tiba-tiba. Paling ramai kat Universiti area situ. Semalam tiga orang, hari ni tujuh orang, esok 10 orang, lusa naik terus 19 dan..."

Afiq rapat sikit ke tengah walaupun kat belakang cuma dia dengan Nik je ada tapi sejak berlalu kes 10/10 dia rasa seram selalu.

"Dan?" 

"Dia orang mati tragis"

"Bunuh?" Sampuk Ustaz Zafr

"Disihir"

Puff

Terus bangun Nik dari tidur. Sebentar tadi dia tak tidur pun dia cuma tutup mata je.

Terbeliak mata Ustaz Zafr. Ni kes yang mereka dengar kat radio tadi ke?

Seperti berhubung otak yang sama Iman mengangguk. 

"Yup ni kes yang kita dengar tadi masa on the way pergi balai dan kes ini jugalah yang akan kita selesaikan mulai detik ini." Iman berhentikan kereta dan pusing memandang mereka dengan tersenyum.

"Nooo!!!" Jerit Ustaz Zafr dan Nik serentak.

Afiq awal lagi dah turun.

"Korang tak nak turun ke?" Iman merenggangkan badan setelah penat memandu dari airport tadi.

"Erm Iman..kami nak rehat boleh? Haa kau pi lah uruskan ye takpa bukan boss tahu pun hehe" Nik tersenyum membodek. Ustaz Zafr pun angguk je.

"Ok tapi hati-hati" Iman terus pergi tinggalkan mereka yang tertanya-tanya.

Apa yang hati-hati?

"Eh Iman apa yang hati-hati?!" Baru nak tanya tapi Iman dah jauh.

"Erm Nik duduklah depan"

"Ustaz pun takut ke?"

"Eh mana ada pandai je kau ni"

××××××××××

"TUAN!"

Beberapa pegawai yang bertugas jaga jalan angkat tangan tanda hormat pada Iman.

"Apa citer ni Han?" Iman duduk di kerusi meja yang disediakan. Dia tengok jam tangannya. 

3.00 am

"Entahlah Tuan..penat kami ni. Tiga bulan lepas Tuan pergi Tawau tu mulalah berlaku kes ni. Saya tak tahu nak buat apa sebab semua balai polis kat daerah ni dah bekerjasama tapi itulah satu pun tak berhasil."

"Haihh sekarang ni kita nak buat apa?"

"Macam ni lah Tuan. Saya dan anak buah saya yang lain ni balik dulu sebab dah tujuh jam kami sangkut kat sini jadi apakata Tuan gantikan kami ye."

"Dia macam ni Tuan dari apa kami dapat tahu kes ni melibatkan spiritual jadi kenalan suspek ni cakap dia nampak suspek ada dikawasan sini jadi itulah sebab adanya roadblock ni. Tapi dari siang tadi tak ada siapa jumpa dia."

Han mengusap peluh di wajahnya. Dia penat.

"Baiklah saya faham. Biar saya cover awak balik lah dulu."

"Terima kasih ya Tuan susahkan Tuan padahal Tuan baru balik dari outstation."

"Tak apalah"

Iman memerhati kereta Han dan anak buahnya yang berlalu pergi. Kini tinggal dia dan Afiq je. 

Jalan pula kosong memandangkan dah lewat sangat dah ni. Haih dah lah kawasan yang dorang cover ni sebelah hutan. 

Iman menilik jam tangannya.

3.15 am

Tiba-tiba dia dengar bunyi kereta dari jauh. Dia bangun dah sedia nak lakukan kerjanya.

Tapi...

Kereta yang datang ni....

Kereta lama

𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 [𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠]Where stories live. Discover now