39

377 55 4
                                    


"You destroyed my trust"

"KAU buat apa kat Singapura?"

"I think you know I'm Singaporean."

Nik menahan diri dari mencarut.

"But why do you live in Malaysia?"

"Just because I'm a Singaporean living in Malaysia do you suspect me? Macam ni ke orang Malaysia buat kerja wow seriously?"

Nik menjeling Man disebelahnya. Benar mereka tiada bukti kukuh yang May merupakan salah seorang dari mereka. Tapi dari apa yang mereka siasat May ada hubungan dengan mereka.

"Do you know Tsana Aralyn?"

Nik yang perasan perubahan muka May tersenyum nipis. Satu berita baik!

"Siapa tu?" May berpura-pura seolah tak kenal.

"She is wanted. Tak semua orang tahu sebab kami tak sebar kat mana-mana syarikat berita lagi. Tapi aku rasa kau kenal dia."

"Kenapa korang suka tuduh aku?" Bergetar suara May ketika itu.

"Well...kami tak tuduh tanpa bukti. Kan Ying May Xin?"

May terdiam. Dia dapat rasakan identiti dia dah terbongkar.

×××××××××××

"ARA, abang dah balik ni."

Sunyi

"Ara?"

Iman menilik setiap ruang di rumahnya.

"Ara!"

"Tsana Aralyn!"

Sunyi

Iman mula gelabah. Dia cuba menelefon Tsana tapi sayangnya telefon Tsana ada di atas meja tepi katilnya.

Iman mengetap gigi. Dia dah agak benda ni akan berlaku. Laju Iman pergi ke satu bilik yang tak pernah Tsana masuk.

Iman membuka satu almari dan membawa keluar satu buku.

Buku yang dia ambil dari makmal pada malam itu.

Terpampang besar nama Tsana Aralyn di muka depan.

Iman menyelak beberapa muka surat sebelum tangannya terhenti di satu muka.

Mulut membaca satu persatu perkataan yang tertulis. Bacaannya terhenti pada ayat terakhir di bawah.

Sebelum gerhana

Apa maksud dia?

Tangan Iman mendail nombor Ustaz Zafr.

"Assalamualaikum Iman."

"Waalaikumsalam. Ada benda aku nak tanya."

"Apa dia?"

"Gerhana bulan dan matahari bila?"

"Aduh Iman kau sedar tak sekarang dah pukul berapa? Empat woi! Aku baru balik balai. Iman...zaman dah maju pergilah search google je! Eh Iman aku penatlah dah lah aku buat kerja sorang je tau sekarang ni sebab Nik sibuk dengan-"

"Boleh tak kau stop bebel! Bini aku hilang woi!"

"Lah bini kau bukan bini aku!"

"Kau yang tak pandai jaga bini nak marah aku pula...eh jap! Bila masa kau kahwin?!"

Iman mematikan panggilan. Dia tak sangka Ustaz Zafr pun boleh tahan bodoh macam Nik.

Baru nak keluar bilik tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi.

Tanpa memandang nama si pemanggil Iman terus marah.

"Kalau kau nak tanya bila aku kahwin apa semua tu nanti je lah!"

"Sebabkan sekarang ni malam jadi gerhana bulan berlaku tak menentu. Eh apa kena mengena?

So boleh jadi pada Januari boleh jadi pada pertengah tahun dan tak mustahil pada akhir tahun."

Iman menarik telefon dari telinganya untuk melihat nama orang itu.

Asy Anak Mak

Terbatuk Iman. Terkejut dia budak kerek ni call dia. Eh jap macam mana dia tahu yang aku...

"Kalau kau nak cari dia bukan malam ni. So better kau dengar cakap aku. Esok saja sebab dorang cuma umpan kau supaya datang dalam keadaan serabut."

Tut

Iman mengerut dahi. Apa pelik bonar budak Asy ni?

Disebabkan Iman memang dah mengantuk sekarang jadi dia terpaksa ikut cakap Asy. Ada betulnya juga. Takkan aku nak datang dalam keadaan penat macam ni. Dibuatnya diorang nak belasah aku macam mana?

Iman menutup mata perlahan. Walaupun dia rasa tak resah Iman cuba menenangkan diri. Yalah isteri kena culik takkan aku nak senang pula kan?

Tak apa Iman. Tidur sekejap je aku yakin Tsana selamat.

××××××××××

MANAKALA Tsana

"Sepuluh?"

"Salah!"

"Dah tu?"

"Kosong"

"Hah? Eh dah lah malaslah aku!"

"Betullah lepas sembilan kosong!"

"Eh kau ni kang geram pula aku tulah masa sekolah dulu time cikgu suruh kau tulis kat papan sibuk ikut kami bawang kan dah bodoh!"

Tsana tersedar dari tidur dengan bunyi yang riuh itu. Terkelip-kelip matanya.

"Eh Puan Tsana dah bangun!"

Menoleh kedepan. Satu persatu wajah disitu dia tenung.

Ira

"Tsana dah bangun? Tsana I miss you!" Maya menarik Tsana ke dalam pelukkannya.

Menepuk dahi yang lain. Tsana pula terkebil-kebil.

"Dah Maya ke tepi! Eh Tsana kau ni memang geram aku tau! Eii nak je aku cekik kau. Hilang entah ke mana tiba je muncul dah kahwin eh asal tak pregnant je terus?"

Lala membuat gaya mahu mencekik Tsana. Berkerut dahi Tsana. Betullah firasat dia sebelum ni yang ada orang intip dia.

"Dah sekarang bukan masa nak gaduh." Dengan selamba Zack menolak Lala ke tepi dan duduk mencangkung depan Tsana.

"Malam ni ada misi kau kena join."

"Kena ke?" Sekali lagi mereka menepuk dahi.

Alahai Tsana kalau kau tak join tak adanya kami nak susah-susah masuk rumah kau.

"Perlulah sebab kami tak cukup ahli!"

Lama Tsana diam sebelum mendongak dan setuju.

"Buat apa?"

Zack tersenyum nipis. Lala dan Ira berpandangan. Mereka rasa macam ini akan jadi kali terakhir saja.

𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 [𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠]Where stories live. Discover now