20

606 67 8
                                    


"You destroyed my trust"

"ARA kenapa nak balik awal?"

"Nanti jalan jem?"

"Aduh kau ni aku tak sempat nak cakap kat Makcik Lin yang kita dah balik. Kesian dia dah lah aku jarang jumpa dia. Biasanya kalau dah setahun aku tak jenguk dia nanti dia sendiri datang jumpa aku.

Aku bukan tak nak datang tapi itulah aku busy sikit. Haihh susah kalau dah jadi-"

Tsana mengerut dahi. Dah kenapa pula aku nak kena dengar kisah hidup dia?

Det dretetde dedet drtetde

Tsana berdecit sinis. Seriously Iman?

Iman tersenyum hambar. Kenapa time ni ada orang call? Jatuh saham aku.

"He-hello?"

"Haa Iman mana kamu? Tak nak jumpa Makcik ke?"

Iman menilik nama yang tertera di skrin.

Makcik Lin kaki bawang online

"Haa maaf Makcik. Iman kena balik awal ada tugas. Maaf tak beritahu tadi sebab ingatkan Makcik tidur jadi tak nak lah kacau. Iman bawa si Ara ni sekali."

"Hah? Kamu mamai ke Iman? Apa kamu merepek ni? Eh siapa pula Ara tu? Oh patutlah mak kamu kata kamu kat Sabah oh cari jodoh sana ke?"

Iman pula yang blur.

"Makcik ni dah kenapa? Kalau saya mamai tak adanya saya nak memandu ni. Saya cakap kami balik dulu maaf tak kejut Makcik tadi."

"Kamu kena sampuk ke Iman? Macam mana kamu nak kejutkan aku kalau aku kat rumah mak kamu ni?"

"Hah?!"

BUM

Terkejut Tsana. Kalau dia tak pakai seat belt mesti dah terpelanting dia ke depan sebab kereta berhenti mengejut.

"Yalah kamu tu dah bertahun tak jumpa Makcik. Tulah Makcik datang rumah mak kamu kot kamu dah tak bernyawa ke? Maklum orang tu dah tak nak kawan makcik sebab dah ada makwe ye?"

Iman dah naik seram. Dia pandang Tsana. Tsana pandang dia. Walaupun Tsana tak dengar apa yang mereka bualkan tapi dia pasti yang Tsana mesti tahu sesuatu.

"Makcik sekarang kat mana?"

"Lah dah aku cakap aku kat rumah mak kau ni! Kat KL lah!"

"Se-sejak bila?"

"Dah seminggu aku kat sini! Kalau aku tak call kamu memang kamu tak call aku kan?"

"Ja-jadi Makcik rumah Makcik kat sini macam mana?"

"Rumah mana lagi? Aku dah pindah kat Pahang ni kamu tak tahu?"

"Pi-pindah?"

"Iyalah! Dah dekat tiga tahun dah aku pindah kamu je tak tahu. Eh dah lah aku nak melabur jap sakit perut!"

Tit

Terhempas telefon Iman.

Tsana hairan dengan reaksi Iman.

"Kenapa Iman?"

"A-ara"

"Ya?"

"Mak-makcik Lin dia kat-"

"Kat?" Tsana dah berpeluh dia boleh pula cerita sangkut.

"Makcik Lin dia kat-"

"Kat mana Iman Dhuha woi?!"

"Makcik Lin kat rumah mak aku! Dah seminggu dia tinggal kat sana! Dia dah pindah Pahang tiga tahu lalu! Jadi dia tak ada rumah dah kat Sabah! Yang rumah besar kita duduk tadi tu bukan rumah dia! Dan dia tadi tu bukan Makcik Lin sebab Makcik Lin dengan Mak aku kat KL!"

Putus nafas Iman

××××××××××××

"AKU ada dare untuk korang."

Mereka yang baru balik dari makmal terkejut dengan kehadiran Zaya yang duduk santai di sofa ruang tamu.

"Kami tak ada masa untuk game kau lah Zaya." May menghempas begnya ke atas sofa lain. Dia mengurut bahu.

"Siapa berjaya buat dare ni aku akan tolong korang keluar dari sini."

Segar mata mereka hilang semua penat tadi.

Mereka pandang ragu kat Zaya.

"Kenapa? Tak percaya?"

"Macam mana kami nak percaya kalau kau pun masih ada kat sini? Tch."

"Heh apa kau cakap?" Rasa tergugat bila Lala merendahkan dirinya depan orang lain.

"Kenapa? Kenyataan kan?"

"Heh korang tahukan kenapa aku stay lagi? Sebab ada benda aku nak buat." Wajah Zaya berubah serius.

"Selain Tsana aku pun ada impian sebab tu aku masih ada disini. Korang tak pelik ke kenapa Tsana stay dengan korang walaupun korang toxic? Sebab dia nak capai impian dia.

Dia tak macam korang yang masuk sini semata demi duit. Duit duit dan duit."

"Heh Zaya kau pun sama je dengan kami jangan cakap macam kau tu baik sangat." Ira jarang membalas tapi ada masa dia perlu bersuara.

"Ya aku tahu tapi kau kena faham kau buat demi duit tapi aku buat demi impian aku.

Cerita dia sama je dengan kau terpaksa bunuh seseorang tu untuk dapatkan duit tapi aku buat untuk kepuasan."

Serentak mereka menoleh.

"Jangan cakap kau-"

"Ya bukan sebab duit je tapi sebab kepuasan. Aku suka tengok orang terseksa rasa dia-"

"Dah lah Zaya pergi balik semak aku tengok!"

Zaya merengus!

"Kalau ada yang berminat dengan dare tu jumpa aku cau!"

Mereka perhati langkah Zaya.

"Agak-agak apa dare dia?"

"Kenapa? Ana berminat?"

Ana menjeling Maya. Kita tanya je!

"Dare Zaya cuma satu mesti dia suruh kita cari si Tsana or something like that."

Mereka mengangguk. Betul lah apa yang Lala cakap.

"Tak kesah lah dare dia apa sekali pun cuma aku nak ingatkan yang Zaya tak akan bawa kita keluar sebab dia cuma nak perangkap kita je.

Yang boleh bawa kita keluar adalah orang yang sama bawa kita masuk iaitu-" soalan May mereka jawab serentak.

"Tsana Aralayn"

𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 [𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠]Where stories live. Discover now