22

501 61 11
                                    


"You destroyed my trust"

DRING DRING

Tsana yang baru nak ke katil berdiri semula mengambil telefon dalam beg tangannya.

Iman Dhuha

Lah dah kenapa?

Tsana angkat panggil itu dan kembali ke katilnya.

"Assalamualaikum jodoh abang."

Tsana melihat semula nama yang tertera di skrin telefon. Betul lah Iman tapi kenapa?

"Asslamualaikum!"

"Hah ya waalaikumsalam."

"Hai!"

"Nak apa?" Tsana tak nak basa basi dia nak terus ke point.

"Dah makan? Dah mandi? Dah solat? Dah-"

"Tidur je belum so aku nak tidur ni ha cepatlah nak apa?"

"Tsana..."

Sunyi

Tsana menjuling mata ke atas. Ni aku malas.

"Nak apa?"

"Jom kahwin."

"Hah?!" Terus hilang mengantuk tadi.

"Kau gila ke?!"

"Tak! Aku serius ni! Jomlah kahwin!"

"Kahwinlah dengan orang lain aku tak nak!"

Diam

"Betul ni kau tak nak?"

Perlahan saja suara Iman. Tsana terdiam. Aduh kenapa macam susah je nak cakap ni?

"Ya aku tak nak dah bye!"

Tut

Tsana mencampak telefon ke tepi dan memejamkan mata.

Yang ni semua mimpikan?

××××××××××××

"IBU!"

Iman berlari keluar dari bilik tapi dia terlanggar seseorang.

"Aduh!"

"Eh sorry sorry- Ridha?!"

"Ehh bila abang balik?"

Ridha Iman, adik Iman Dhuda. Dia baru balik dari kelas malam tiba-tiba pintu biliknya terbuka dari dalam. Ingatkan apalah tadi rupanya abang dia.

"Baru je tadi.."

Ridha pandang pelik dengan muka Iman yang macam tengah fikirkan masalah negara.

"Hah aku lupa! Ibu!" Iman sambung lari ke bawah.

Ridha yang ditinggalkan terkebil dibuatnya.

××××××××××

"IBU!"

"Iya! kenapa?"

"Ab-abang abang.."

"Abang apa?"

"Abang ditolak! Dia tak nak kahwin dengan abang!" Iman duduk di depan lutut ibunya. Dia meletakkan kepala di atas paha Puan Nina.

"Tak apalah nak buat macam mana? Bunga bukan seekor. Cari yang lain ya."

"Ta-tapi abang nak Ara je huhu"

Puan Nina tahan gelak je sekarang ni. Alangkah terkejutnya kawan Iman tengok situasi sekarang ni.

"Nak buat macam mana? Dah dia tak nak awak..." Lembut Puan Nina memujuk. Kesian anak teruna saya ni.

×××××××××××

"ZACK betul ke ni rumah dia?"

"Betul lah! Dah jom masuk." Perlahan Zack menaiki tangga yang hampir patah itu.

Lala memandang sekeliling rumah yang sungguh usang di hadapannya. Ada ke orang nak tinggal kat sini?

"Lala tunggu apa lagi? Mari." Maya menarik lembut tangan Lala mengikuti langkah Zack.

Dengan yakin dan tanpa salam atau bismallah, Zack membuka pintu dan terus masuk ke dalam.

Semasa dalam perjalanan masuk ke dalam Lala rasa seperti diperhatikan. Dari hujung matanya dia dapat lihat di satu sudut belah kanannya ada sosok hitam berdiri tegak.

Meremang bulu romanya tapi dia perlu pura-pura tak nampak.

"Ehem!" Zack berdehem untuk menyedarkan orang tua di depannya tentang kehadiran mereka.

'Orang tua' tadi memusingkan badan dan terus merangkak ke kaki Zack.

"Argh!" Terlepas jeritan Lala. Maya berlindung dibelakang tubuh Lala.

"Grr grr!"

Zack memejamkan mata sekejap sebelum membukanya kembali. Dia mencangkung dan berbisik sesuatu ke telinga 'orang tua' itu.

'Orang tua' tu seperti tersedar dia duduk bersila dan tiba-tiba tersenyum miang ke Lala.

Lah dah kenapa?

Lala dan Maya duduk turut duduk bila Zack dah duduk.

"Professor Allizman."

Dengar saja nama yang meniti di bibir Zack terus hilang senyum miang tadi. Dia bertukar jadi serius.

Tanpa Maya dan Zack sedar 'sosok hitam' tadi berjalan disekeliling mereka.

Lala sedar akan itu tapi dia buat tak nampak. Ikutkan hati mahu saja dia menjerit sekuat hati bila benda tu tunduk menilik tepi wajahnya.

Apakah ini? Hang berkenan dekat aku ka? Aku tahu lah aku cantik.

Lala menelan air liur dengan perit.

𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 [𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠]Where stories live. Discover now