47

448 52 4
                                    


“You destroyed my trust”

“ABANG...” Tsana menarik lengan baju Iman. Muka dah habis berkerut.

"Ya Ara nak apa? Nak pergi tandas ke?"

"Ish bukanlah!" Tsana menampar lembut bahu Iman.

"Hahh dah tu nak apa?"

"Ara takutlah." Iman diam. Dia hanya tersenyum nipis.

"Jom masuk." Lembut suara Iman memujuk. Mestilah Tsana takut. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kena tahan. Tup tup dah ada kat balai.

TUK TUK

"MASUK!"

Iman tertelan air liur. Garang benor Inspektor Aid.

garang-garang nak gi ane

"Tuan..." Iman melihat semua muka yang ada dalam bilik itu.

Ustaz Zafr, Nik, Afiq, Asy dan Man. Mereka semua tenung Iman macam nak makan.

Tsana mencapai tangan Iman dia menyorok dibelakang Iman. Kuat Iman menggenggam tangan kecil Tsana.

"Ada apa awak nak cakap?"

Iman menarik nafas panjang. Terlalu banyak yang dia nak cakap.

"Sebelum itu, saya minta maaf." Iman menundukkan badan sedikit. Terkejut Tsana. Disebabkan semua mata tertuju pada Tsana, laju dia ikut tindakan Iman.

"Kenapa minta maaf?" Asy mencelah. Alah buat-buat tak tahu pula.

"Maaf sebab pergi ke Tawau tak buat kerja tapi pergi kahwin. Maaf tinggalkan korang semua kat gudang tu. Maaf selamatkan pihak lawan. Maaf bawa lari suspek. Dan..." Iman mengetap gigi perlahan.

"Maaf dah khianati negara. Sekali lagi saya, Iman Dhuha Bin Ahmad Iman memohon maaf untuk segalanya." Iman menunduk ke bawah.

"Iman awak sedar apa yang awak buat ni salah. Tapi kenapa masih teruskan?"

"Entah kenapa tak lari je tadi?" Macam biasa Asy mencelah.

Iman tersenyum nipis. Matanya memandang lembut Tuan Aid yang tajam merenungnya.

"Sebab saya tahu apa yang saya buat ni lah saya serahkan diri. Sejauh mana pun saya pergi, sedalam mana pun saya menyorok akhirnya saya akan kembali ke sini juga.

Di mana saya datang di situ saya kembali." Iman tersenyum nipis.

Tsana tersentap. Iman masih menggenggam tangannya dan dia dapat rasakan yang Iman tengah mengigil.

"Awak tahu awak akan dapat hukuman dan denda?"

"Saya tahu dan saya rela sebab itu balasan apa yang saya sudah buat."

"Dan awak tahu dia pun akan kena juga?" Semua menoleh ke Tsana.

Laju Tsana menunduk ke bawah.

Wajah Iman berubah serius. Sekali lagi dia menarik nafas dalam.

"Saya tahu dan saya ada permintaan. Saya tahu yang saya biadap. Dah buat salah lepastu nak minta macam-macam. Tapi izinkan saya mohon sesuatu buat kali terakhir."

Tuan Aid menaikkan kening. Apalah permintaan anak muda ini.

"Saya mohon segala hukuman dan denda isteri saya dijatuhkan pada saya."

BUM

Semua mata terbuntang. Termasuk Tsana. Iman ni biar betul?

"Tch hanya sebab seorang perempuan kau sanggup buat sampai macam ni? Eh Iman kau sedar tak yang perempuan ni dah musnahkan hidup kau? Haihh kesian kau. Aku rasa perempuan ni ada bagi kau macam-macamlah sebab tu kau sampai buat macam ni. Yalah dia pun buat kerja syirik ni kan heh." Sinis sekali ayat Asy.

"Asy!" Tuan Aid menjerkah nama anaknya.

"Apa? Benda betul apa."

Tsana menunduk ke bawah. Walaupun dia pernah buat kerja macam tu tapi dia tak pernah terlintas pun nak buat pada Iman. Dia ni kejam sangat ke?

"Asy."

Asy menoleh ke Iman.

"Perempuan yang kau cakapkan tu isteri aku. Kau nak mati ke?"

"Tch dah tu kau nak aku buat apa? Hormat korang sebab dia wife kepada 'detektif' Iman? Hei Iman Iman kau tahukan yang title kau tu dah tiada?"

Iman tergaman. Apa? Dia menoleh ke Ustaz Zafr, Nik dan Afiq yang diam dari tadi. Nampaknya mereka bertiga menunduk ke bawah seperti sengaja tak mahu lihat Iman.

"Be-betul ke Tuan Aid?" Tergagap suara Iman. Seketika dia rasa separuh hidupnya seperti sudah hilang.

"Ya." Tuan Asy menoleh ke kanan. Dia tak sampai hati nak lihat wajah kecewa Iman. Dia dah anggap Iman seperti anaknya. Tapi itulah salah tetap salah.

Asy berjalan bersahaja ke pintu. Sebelum keluar dia sempat berbisik ke Iman.

"Say goodbye to your old life."

Tsana yang rasa tangannya kosong menoleh ke Iman. Iman nampak macam marah. Tsana cuba mencapai tangan Iman tapi tangannya ditepis kasar.

"Ab-abang."

×××××××

ASY...”

Asy yang baru melangkah masuk ke dalam rumah mengeluh.

"Asy saya ada benda nak cakap."

Asy berdecit sinis. Dia menoleh ke Ana yang berdiri di depan tv.

"Asy...bila awak nak lepaskan saya? Sa-saya tak selesalah tinggal dengan awak. Saya-"

BUSH

Pasu yang berada di tepi meja dihempas ke lantai. Hancur berkecai pasu itu. Terkejut Ana. Jantungnya berdegup kencang.

"Boleh tak sehari tu kau diam? Ke kau nak sangat jadi bisu?" Asy menikam tajam mata Ana.

Mengigil Ana. Kedua tangannya menutup mulut.

Pasu tadi hampir kena kepala dia. Takut!

Ana kebelakang apabila Asy berjalan ke arahnya. Asy berhenti sebaik saja tubuh Ana melekat pada dinding belakang.

"Kau..."

Ana menelan air liur. Menutup muka takut Asy apa apakan dia.

“Cantik.”

𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 [𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠]Where stories live. Discover now