27

493 53 6
                                    


"You destroyed my trust"

ANA membuka mata perlahan. Dia dapat rasakan belakang kepalanya sakit yang teramat.

"Aduh!" Desis Ana.

Kemudian dia mendengar bunyi pintu terbuka. Terbuntang mata Ana. Lah baru dia perasan dia kat mana ni?

"Ariana Nur Qairina?"

Ana menoleh ke arah pintu. Ada seorang lelaki berdiri berpeluk tangan dan bersandar dipintu.

Ana mengerut dahi. Macam mana dia boleh tahu?

"Atau dikenali sebagai...

Ana a02? Seorang ahli sains yang...tak berdaftar? Atau mungkin doktor yang melakukan kerja haram?"

Tersekat nafas Ana. Lelaki itu nerenungnya tajam dan macam mana dia boleh tahu semuanya?

"Dan ada kaitan dalam kes 10/10?"

Lelaki tadi berjalan ke katil. Dia menundukkan sedikit badan bertentang dengan Ana.

"Aku rasa kes ni makin selesai."

×××××××××××

"IMAN!"

"Hahaha! Janganlah serius sangat aku main-main je kan? Kalau aku ajak kau kahwin lari pun aku bawa kau ke Thailand lah murah sikit. Hahaha!"

Iman je yang beria gelak. Tsana menatap Iman tajam. Terhenti gelak Ima. Seram pula aku.

"Hehe erm Ara malam ni aku busy sangat eh bukan malam ni je tapi minggu ni haa minggu ni so...tak apakan kalau aku tinggalkan kau seorang diri kat rumah ni seminggu?"

"Jangan risau semua biar aku bayar. Kau duduk diam je dan aku harap kau tak merayap lah." Sambung Iman.

Tsana memerhati rumah itu. Iman sanggup sewa homestay untuk dia tinggal sementara Iman jalankan tugas?

Tsana mengangguk. Iman tersenyum nipis. Dia pasti Tsana mampu jaga diri.

"Jaga diri walau apapun berlaku aku mohon kau untuk teruskan hidup."

Tsana makin tertanya-tanya dengan Iman. Dia ni kerja apa? Tentera ke?

"Aku tahulah nak jaga diri kau tu hati-hati."

Semakin lebar senyuman Iman.

"Duduk rumah elok-elok. Jaga diri. Jangan buat hal ada apa-apa telefon owner rumah ni kalau tak dapat call aku. Hati-hati. Tutup pintu semua jangan merayap pula! Pastikan-"

"Sudah Iman kau pesan macam aku ni bini kau pula."

"Yalah awak kan bakal bini saya."

Tsana menaikkan mata hitamnya tanda menyampah.

"Tunggu aku tau! Seminggu je..." Tangan Iman gatal mengusap rambut Tsana.

"Dah lah Iman! Nanti kau lambat!"

"Goodbye Tsana Aralyn."

"Tak payah nak drama."

××××××××××××

"KAU seriuslah ni kita terus balik sana?"

"Iya aku dapat maklumat si Tsana tu ada kat Tawau sekarang ni!"

"Habis Ana macam mana budak tu dah hilang ni!"

"Halah Ana tu nanti-nanti boleh. Ana tu hilang ke mati ke tak ada siapa kesah tapi kalau si Tsana pergh kemain bising orang tua tu. Kadang tu aku hairan juga Prof Allizman tu ada scandal dengan Tsana ke?"

PAP

May menampar kuat belakang badan Ira.

"Kau ni pi mampos lah diorang tu scandal ke entah laki bini ke yang sekarang ni pasal Ana! Eh Ana tu kawan kau tau!"

"Iya aku tahu tapi apa kita boleh buat? Aku rasa si Ana tu stuck kat bangunan semalam lagilah! Kau nak ke pergi sana lagi tak kan? Lagipun si Zack dah bising suruh kita balik dia cakap diorang tak dapat jalankan tugas pertama lagi!"

Apa yang Ira cakap ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri bagi May. Tapi ayat terakhir tu buat hati dia menggelegak.

"Jadi selama dua minggu kita kat sini diorang satu pun tak buat? Eh kita ada masa dua bulan je lagi tau!" 

"Lah manalah aku tahu janganlah marah aku!"

Tanpa May dan Ira sedar suara mereka dari tadi kuat sampai menggangu penumpang belakangnya.

"Ish orang depan ni bising betullah! Nak je aku tampor nasib perempuan kalau tak memang eii!"

"Jangan bisinglah Nik aku nak tidur ni!"

"Eh Ustaz Zafr perlu ke kita buat macam ni?"

"Macam apa?" Ustaz Zafr dari tadi menahan diri dari muntah. Tak sangka orang sado macam dia mabuk laut.

"Yalah perlu ke kita nak elak dari Tuan Aid kita bagi alasan kononnya nak tolong si Iman sedangkan Iman tu dah dua minggu balik semenanjung."

"Alah rilek lah dia bukannya tahu pun kita tipu. Iman pun tak pernah beritahu dia yang Iman dah balik."

"Ustaz dah pandai menipu ya siapa ajar ni?"

"Engkau lah!"

"Eh apa pula saya! Hahaha!"

"Eh diamlah!"

Terdiam Ustaz Zafr dan Nik. Mereka dijeling tajam oleh dua orang gadis di hadapannya.

"Eh dari tadi engkau bising aku tak cakap apa pun! Dia buat boleh orang buat tak boleh!"

"Shush Nik diam lah." Ustaz Zafr memujuk Nik yang tengah berapi.

"What? Excuse me you cakap dengan I ke?"

"Lah patutlah tak faham bahasa pekak rupanya."

May tergelak tak percaya.

"Nak cari gaduh nampak!"

"Lah faham pula? Haa I see barangkali otak kau hilang tadi."

"Oi kau ni jantan memang nak mati ke?!"

"Dah lah May orang tengoklah!"

"Eh betina! Kau siapa nak sebut pasal mati?"

"What? How dare you call me betina?!" May berdiri depan Nik. Dia rasa nak lempang saja.

"Eh kau panggil aku jantan boleh pula!" Nik ikut berdiri.

"Eh dasar stupid!"
"Dasar mak nenek!"

"Tak guna!"
"Kurang ajar!"

"Stupid stupid stupid stupid!"
"Mak nenek mak nenek mak nenek mak nenek!"

"Eh jantan tak guna!" Ira menghalang May dari menghentam Nik.

"Dasar mak nenek bermulut puaka!"

PANG

...

Suasana sunyi apabila May bertindak mengangkat tangan.

"Yargh! Dasar betina muka tak siap!" Nik yang baru nak membalas dihalang oleh Ustaz Zafr.

"Stop Nik! Dia perempuan!"

Beberapa pegawai keselamatan datang menghalang mereka. Sudahnya May dan Ira kena pindah ke tingkat atas demi mengelakkan suasana bertambah bising.

"Lain kali perhatikan kawan you!"

Terkebil-kebil Ustaz Zafr yang ditegur . Aku yang tak buat apa-apa pun kena?

𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 [𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠]Where stories live. Discover now