TEASER 2

51 2 0
                                    

“Senang minta maaf, ingat aku ni apa? Perempuan yang tak ada maruah diri? Tak cukup dengan satu lelaki? Kau ingat aku jenis perempuan macam mana Raes Adrian? Bercakap seolah-olah kau dah lama kenal dengan aku!” luah Aysara. Kata-kata Raes membuatkan hatinya terluka. Dia tidak suka jika disamakan dengan Yasmeen kerana dia langsung tidak sama seperti kakaknya.

“Ya, aku minta maaf. Aku tahu semua ni salah aku.”

“Maaf. Maaf. Ingat semua benda boleh selesai dengan cara minta maaf ke? Kau memang….”
“Raes Adrian!” Dada Raes dipukul kuat, geram apabila Raes selamba menciumnya. Lelaki ini memang suka cium pipi dia ke?
Raes tergelak kuat.

“Sakitlah!” Tangan Aysara yang menumbuk dadanya dipegang kuat. Boleh tahan sakit tangan kecil itu memukulnya.

“Kenapa suka sangat cium pipi aku? Kau ni dah kenapa? Eyyy!”

“Tak luak pun setakat aku cium pipi kau tu. Kau juga yang cakap tak semua benda boleh selesai dengan cara memohon maaf, jadi aku bagi la ciuman untuk kau. Mana tahu benda tu boleh legakan hati kau tu. Pipi kau yang buat aku geram tahu tak.” Jelas Raes. Dia memang tidak boleh melihat pipi Aysara yang gebu itu. Lagi-lagi apabila isterinya itu memakai cermin mata. Nampak lebih comel!

“Lepas ni, jangan memandai cium pipi aku lagi!”

“Eh! Kalau aku nak buat lebih dari tu pun boleh tau.” Aysara mencubit lengan Raes kuat sebelum melangkah meninggalkan suaminya di situ sendirian. Raes menggeleng kepala melihat sikap Aysara.

‘Macam mana aku boleh terfikir nak berkawin dengan kau Aysa,’ desis Raes.
http://www.wasap.my/60145235963/BASEbookRM13

BAHAGIAKAN AKU SELAYAKNYA | EBOOKWhere stories live. Discover now