TEASER 6

42 4 0
                                    

LAST DAYYY!!!

#LastDayHargaPromosi

“Kau tak kenal ke siapa aku?” soal Raes. Aysara mengangguk perlahan.

“Memang tak kenal. Kau cakap yang kau ni usahawan terkenal, tapi aku pun tak tahu apa jenis perniagaan yang kau buat.”

Terlopong Raes mendengarnya.

“Kau ni biar betul? Tak up-to-date la.” Aysara menggigit bibir geram. Sesedap mulut kata dia tak up-to-date!

“Kau tak cukup terkenal kut, sebab tu aku tak kenal dengan kau.”

“Okey, sekarang aku kenalkan diri. Kiranya ni adalah salah satu cara untuk kita kenal diri masing-masing la ya.”

“Hmm.. macam tu pun boleh la.”

Raes mengambil tempat di depan
Aysara. Kedua-duanya saling bertatapan.
Raes menghulurkan tangannya kepada Aysara.

“Kenalkan.. aku, Raes Adrian. Salah seorang ahli perniagaan. Berumur 28 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur, merupakan anak tunggal dan aku dah berkahwin.” Aysara tergelak perlahan.

“Aku, Aysara Maleesa. Masih belajar, anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Berasal dari Johor dan aku pun dah berkahwin.”

Tangan Raes diciumnya perlahan. Raes terkedu, kali kedua Aysara bersalam dengannya.

“Kenapa asal Johor? Bukan ke Kuala Lumpur?” Aysara menundukkan wajahnya.

“Raes, seperti mana kau cakap yang aku belum kenal siapa kau.. sama juga dengan kau. Kau belum kenal siapa aku, masih banyak tentang diri aku yang belum kau tahu dan yang pasti kehidupan Aysara Maleesa tidak seindah kehidupan yang dijalani Yasmeen Daleesa.”

Raes memandang Aysara. Kenapa dia rasakan ada rahsia yang disimpan oleh Aysara. Rahsia tentang kehidupannya.

“Kau tak nak cerita?”

“Belum masanya lagi untuk aku cerita pada kau. Mungkin juga cerita ni tak penting untuk kau tahu. Tak ada yang istimewa tentang aku Raes.”

“Kau tetap istimewa bila kau dah sah jadi isteri aku, Aysara.”

“Kau tengah mengayat aku ke, Raes?” selamba Aysara menyoal.

“Kau rasa?” Aysara gugup apabila mata Raes langsung tidak lepas memandangnya.

“Tak rasa apa-apa! Dahlah aku nak masuk mandi kejap, malam nanti hantar aku balik kampus.”

“Duduk jelah sini.”

“Seminggu je lagi, Raes. Lepas ni aku jadi suri rumah tangga dah.”

“Hmm..”

Aysara terus berlalu masuk ke dalam bilik. Badan sudah melekit, dia mahu mandi sebelum kembali ke kampus malam nanti.

#BahagiakanAkuSelayaknya

Untuk urusan tem pa han,

www.wasap.my/60145235963/BASEbookRM13LastDay

BAHAGIAKAN AKU SELAYAKNYA | EBOOKWhere stories live. Discover now