𝐓𝐞𝐦 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚. 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝟐𝟒 𝐉𝐚𝐦. 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐲 𝐟𝐢𝐥𝐞. 𝐇𝐚𝐫 𝐠𝐚 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝟏𝟎/𝟒-𝟏𝟔/𝟒.
“KAHWIN dengan aku.”
Tiga patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki di depannya itu membuatkan Aysara terlopong memandangnya. Gila! Memang kerja gila!
“Nonsense!”
“Apa yang nonsense?”“Permintaan kau, kau tahu benda tu tak mungkin akan berlakukan?” Mana mungkin dia berkahwin dengan lelaki itu sedangkan mereka bukan saling mencintai.
Tersungging senyuman sinis di bibir lelaki itu.
“Kakak kau yang buat masalah, jadi kau yang kena bertanggungjawab!”
Aysara berpeluk tubuh sambil memandang lelaki di depannya. Raes Adrian, bakal abang ipar tak jadinya itu dipandang tajam.
“That’s it! Kakak aku, bukan aku. So, kenapa aku pula yang kena bertanggungjawab atas benda yang langsung aku tak buat. Masalah korang jangan libatkan aku yang tak bersalah ni.”
Dia juga terkejut apabila Raes bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya hari ini. Dia dan Raes jarang bertegur sapa biarpun lelaki itu sering berkunjung ke rumahnya untuk bertemu kekasih hatinya.“Sebab kakak kau yang buat kerja gila, kau faham tak?” bentak Raes.
Aysara menghela nafas kasar. Salah orang lain, dia yang kena bertanggungjawab? Bukan ke semua itu kerja yang tak masuk akal! Ingat perkahwinan ini satu permainan ke? Mana mungkin dia sanggup musnahkan masa depannya untuk lelaki yang tidak dia cintai.
“Aku tak setuju!” Tajam matanya menikam mata Raes. Geram pula dengan lelaki itu yang tidak habis-habis mendesaknya.
“Aku tak minta persetujuan kau, aku cuma bagitahu kau je. Kau tahu kan apa yang mampu aku buat? Keluarga kau pasti tidak akan bantah sama sekali permintaan aku.” Senyuman tidak lekang di bibir Raes. Matanya juga turut sama memandang Aysara, dia langsung tidak takut dengan renungan gadis di depannya itu.
Bibir diketap kuat. Aysara tahu jika melibatkan mama dan papanya, dia pasti tiada pilihan lain!
“Kau tak boleh buat aku macam ni, Raes.” Perlahan suara Aysara. Dia perlu memujuk Raes agar tidak meneruskan rancangan yang tidak masuk akal itu.
“Kenapa tak boleh? Kau bukannya ada boyfriend, jadi terima jelah cadangan aku.” Mata Raes tidak lepas memandang Aysara di depannya. Dia sudah siasat semua tentang Aysara. Selama menjalinkan hubungan cinta dengan Yasmeen, boleh dikira berapa kali sahaja dia bertemu dengan Aysara.
“Kau hanya mempergunakan aku untuk kepentingan diri sendiri, untuk tutup malu sebab tak jadi nak kahwin dengan Yasmeen. Kenapa aku yang jadi mangsa?” Keras Aysara menyoal. Rasanya sudah tiada guna dia bercakap lembut dengan Raes. Lelaki itu memang tidak pernah mengalah dalam mendapatkan sesuatu yang dia inginkan!
“Sebab kau adik dia.”
Aysara tergelak perlahan. Hanya itu alasannya? Alasan yang sangat tidak masuk akal!
“Siapa suruh kau bercinta dengan dia? Bercinta bagai nak rak bertahun lamanya, alih-alih jadi macam ni aku juga yang kau cari!”
Kisah cinta Raes dan kakaknya, Yasmeen sudah hampir tiga tahun. Tetapi, disaat hampir dengan waktu untuk mereka disatukan, kakaknya pula buat perangai bercinta dengan lelaki lain dan lebih memilih lelaki yang baru dia kenal selama tiga bulan berbanding Raes.
“Salah dia sebab curang dengan aku.”
Tipulah kalau dia tidak terkesan dengan apa yang dilakukan Yasmeen. Yasmeen kekasih hati pilihannya, tetapi wanita itu sendiri yang memilih untuk memutuskan hubungan mereka dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Malah, sampai sekarang Yasmeen hilang jejak entah ke mana membawa diri kerana dimarahi oleh kedua ibu bapanya.
Itulah punca utama kenapa Raes melamar Aysara. Dia mahu Aysara bertanggungjawab atas kesalahan kakaknya.
#BahagiakanAkuSelayaknya
Untuk urusan tem pa han,
www.wasap.my/60145235963/BASEbookRM13
![](https://img.wattpad.com/cover/307058624-288-k427697.jpg)
YOU ARE READING
BAHAGIAKAN AKU SELAYAKNYA | EBOOK
RomanceKehilangan Yasmeen Daleesa dua minggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung mengubah hidup Aysara Maleesa apabila dia terpaksa menggantikan kakaknya demi menjaga nama baik keluarga. Biarpun sudah puas menolak, tetapi arahan mama dan papa harus d...