T E M P A H A N K I N I D I B U K A 🔈🔈🔈
[Sinopsis]
Setelah empat tahun, kemunculan Habib Uwais, bekas suami kepada Anggun Marwa, muncul sebagai pensyarah di universiti tempat belajarnya. Di situlah titik kedua permulaan hubungan mereka selepas pertemuan pertama yang membuatkan Anggun terperangkap di dalam lokap.
Namun begitu, Anggun tidak pernah lupa akan satu hal. Dia ini isteri terbuang. Angkara dengki dan fitnah dunia, Habib telah berpaling tadah hanya disebabkan satu peristiwa hitam yang memalitkan adik kandung dan isterinya, Akbar dan Anggun. Perasaan sayang akhirnya bertukar menjadi benci. Runtuh mahligai yang selama ini dibina dengan kasih abadi. Mandiri sebagai isteri terbuang, Anggun tidak mengharapkan Habib untuk kembali padanya.
“Anggun kahwin dengan abang sebab abang ni berduit, boleh sara kehidupan Anggun. Jadi, lepas ni Anggun tak perlulah risau kalau tak ada duit. Status Anggun sebagai isteri abang hanya untuk abang salurkan duit aje. Tak lebih daripada tu.” - HABIB UWAIS
Walau Habib pernah melafazkan kata-kata berupa racun itu, dalam jiwanya masih ada Anggun. Saat bertemu muka dengan Anggun, ada saja yang Habib hendak bahas. Dan, kemunculan Eidan di sisi Anggun pula telah menimbulkan tanda tanya di benak Habib. Sehinggalah akhirnya dia mengetahui bahawa Eidan itu anaknya dan keadaan itu membuatkan Anggun semakin tersepit apabila Habib bertindak mengambil Eidan dari sisi hidupnya. Tentangan Puan Katrine terhadap hubungan mereka membuatkan Habib semakin tertekan.
“Tak cukup-cukup lagi ke Dr. sakitkan hati saya? Sekarang Dr. nak pisahkan saya dengan anak saya pula? Dr. anggap saya ni tak ada perasaan ke? Dr. dah gantung saya tak bertali. Dr. dah buang saya. Lepas tu sekarang Dr. nak anak saya?? Bila semua ni nak berakhir? Dr. tak pernah terfikir nak ceraikan saya ke? Selagi Dr. tak ceraikan saya, selagi tu saya akan terikat dengan Dr. sampai bila-bila!” – ANGGUN MARWA
“Ha sendiri tahu, mak tak pernah restu hubungan Ha dengan perempuan tu. Masa Ha nak nikah pun, mak dah ingatkan yang Ha takkan pernah bahagia dengan perempuan tu.” - PUAN KATRINE
Habib masih menafikan hak Anggun sebagai isterinya. Menyakiti dengan kata-kata, menghindari dengan perbuatan dan memperlakukan Anggun seperti orang asing. Bukan mudah bagi Anggun untuk berhadapan dengan Habib. Demi Eidan, dia cuba berlagak kuat sedangkan tubuhnya tidak sekuat dahulu. Dia akhirnya tertewas.
“Maafkan abang, Anggun!” - HABIB UWAIS
Akankah ucapan ini menandakan kemaafan untuk segalanya? Berita buruk mengenai Anggun membuatkan Habib sedar akan khilafnya. Namun, giliran Anggun menjauh dari sisinya.
“Abang cuma kasihan dengan Anggun, kan? Sebab tu abang buat baik dengan Anggun yang bila-bila aje boleh mati ni.” - ANGGUN MARWA
Barulah Habib hendak menyesal kala Anggun perlahan-lahan berubah sikap terhadapnya. Demi Anggun, dia rela berkorban jiwa dan raga. Sehinggalah mereka berdua berlepas ke bandar Stockholm, Habib berusaha memenangi hati Anggun yang dingin. Akankah ada bahagia buat mereka untuk sekali lagi? Mampukah dia mendakap rindu yang selama ini dia idamkan? Demi Anggun, dia rela menanti kerana hanya Anggun yang layak menjadi pendampingnya.#DakapRinduku
[Sinopsis]
Silap dia satu.. iaitu jatuh cinta! Seharusnya Alisa sedar saat dia mengenggam pen tersebut cinta tidak harus hadir. Kerana saat terbuka semuanya, yang terluka dia. Dan luka itu mungkin tidak akan pernah sembuh!
Aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang! Jangan pernah kau jejak kaki ke rumah aku lagi. - Nuh
Cinta! Terlalu mudah dia jatuh cinta hingga mudah juga dia terluka. Alisa cinta pertama dan Alisa juga insan pertama melukakan hati dia. Tegar wanita itu mencanangkan cinta tetapi sebenarnya semua itu adalah dusta!
Aku akan pujuk Nuh kahwin dengan aku - Maria
Apakah yang sebenarnya menjadi punca perkahwinan mereka retak? Ego atau orang ketiga? Alisa sedar salah sendiri. Nuh pula ditelan beban cemburu. Lalu tercipta simpang salah faham hingga..
Bagaimana dengan hak saya sebagai isteri? Pernah awak fikir yang saya juga ada hak dalam perkahwinan ini? - Alisa
Kerana cinta Nuh kembali tetapi bagaimana cinta boleh mengatasi rasa cemburu? Cemburu berpalit ego. Lantas siapa yang menang? Hati yang cinta tapi mengalah atau hati yang ego tapi cinta?
#ManaPelangiCintaku
[Sinopsis]
Kehilangan Yasmeen Daleesa dua minggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung mengubah hidup Aysara Maleesa apabila dia terpaksa menggantikan kakaknya demi menjaga nama baik keluarga. Biarpun sudah puas menolak, tetapi arahan mama dan papa harus dia turuti.
“Perkahwinan ni hanya untuk menutup malu kau dan keluarga aku, jadi selepas semua ni dah selesai tolong lepaskan aku.” – AYSARA MALEESA
“Sampai bila-bila, kau akan jadi isteri aku Aysara. Kalau kau minta untuk aku lepaskan kau, in.your.dreams!” – RAES ADRIAN
Bagi Raes Adrian, sekali dia lafazkan akad Aysara akan kekal menjadi isterinya. Sikap keras kepala Aysara memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan isterinya itu. Raes sedar, perkahwinan mereka bukan atas kerelaan Aysara. Namun Raes yakin suatu hari nanti Aysara akan menerimanya dengan ikhlas hati.
“Kau tetap istimewa bila kau dah sah jadi isteri aku, Aysara.” – RAES ADRIAN
Melihat layanan Raes kepadanya sering membuatkan hati Aysara tidak keruan. Aysara tahu tiada guna jika dia menolak kehadiran Raes dalam hidupnya. Saat hati mula terbuka untuk menerima Raes, rumahtangga mereka pula diuji.
“Sebab jantan ni ke kau susah sangat nak terima aku, Aysara? Sebab dia ke kau susah sangat nak buka hati kau untuk aku?” – RAES ADRIAN
Salah faham yang membuatkan Aysara kecewa dengan Raes. Saat Raes menyedari kesilapannya, ternyata semua sudah terlambat apabila Aysara terlibat dalam satu kemalangan.
“Bahagiakan dia selayaknya, kami menanti Aysara Maleesa dengan versi baru. Kembalikan adik kami semula.” – YASMEEN DALEESA
Satu demi satu rahsia terbongkar. Siapa pula Catrina dan Fairus yang menjadi punca terputusnya hubungan Raes dan Yasmeen? Dapatkan Aysara menerima Raes kembali setelah satu rahsia tentang suaminya terbongkar? Kebahagiaan seperti mana yang Aysara dambakan? Adakah Raes yang mampu membahagiakan Aysara?
#BahagiakanAkuSelayaknya
Untuk urusan tem pa han,
www.wasap.my/60145235963/EbookBercintaNAK
YOU ARE READING
BAHAGIAKAN AKU SELAYAKNYA | EBOOK
RomanceKehilangan Yasmeen Daleesa dua minggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung mengubah hidup Aysara Maleesa apabila dia terpaksa menggantikan kakaknya demi menjaga nama baik keluarga. Biarpun sudah puas menolak, tetapi arahan mama dan papa harus d...