“Garang sangat ni kenapa?”
Raes melabuhkan duduk di sebelah Aysara, sengaja dia duduk rapat dengan isterinya.
“Kau dah kenapa?”
“Kenapa apa?”
“Punyalah luas katil ni, dekat sini juga kau nak duduk tu kenapa?” Geram pula dia melihat senyuman yang terukir di bibir Raes. Dia tahu lelaki itu mahu mengusiknya dan saat ini dia tidak mampu menafikan yang dia suka dengan wangian yang dipakai Raes.
“Salah ke nak duduk sebelah isteri aku sendiri?”
“Isteri atas kertas je!”
Raes memandang tajam ke arah Aysara. Dia mendekatkan diri ke arah Aysara.
“Sekali aku lafazkan akad, tiada istilah isteri atas kertas je. Kau dah jadi isteri aku yang sah dan akan tetap jadi isteri aku sampai bila-bila. Isteri dalam kata erti yang sebenar. Mark my words, Aysara Maleesa.”
Raes bangun, butang baju dibuka satu persatu. Kata-kata Aysara membuatkan dia kembali memandang isterinya.
“Aku, Aysara Maleesa. Bukan Yasmeen Daleesa. Aku bukan kekasih kau dan aku pun ada kebahagiaan aku sendiri.”
“Jadi?” soal Raes acuh tak acuh.
“Perkahwinan ni hanya untuk menutup malu kau dan keluarga aku, jadi selepas semua ni dah selesai tolong lepaskan aku.”
Raes mendekati Aysara, kedua-dua tangannya diletakkan di sisi Aysara sekaligus menghalang Aysara menjauhkan diri darinya. Terkebil-kebil Aysara memandang dada Raes yang terbentang di depannya, tidak pula dia sedar sejak bila Raes menanggalkan baju ditubuhnya.
“Sampai bila-bila, kau akan jadi isteri aku Aysara. Kalau kau minta untuk aku lepaskan kau, in.your.dreams!”
Terkaku Aysara melihat Raes yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik air. Tangannya naik menyentuh pipi. Raes cium dia? Bibir diketap kuat.
“Raes Adrian! I hate you!”
Kedengaran ketawa Raes di dalam bilik air, pipi disapu kasar. Geram dengan tindakan Raes yang selamba menciumnya.
#BahagiakanAkuSelayaknya
Untuk urusan tem pa han,
www.wasap.my/60145235963/BASEbookRM13
YOU ARE READING
BAHAGIAKAN AKU SELAYAKNYA | EBOOK
RomanceKehilangan Yasmeen Daleesa dua minggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung mengubah hidup Aysara Maleesa apabila dia terpaksa menggantikan kakaknya demi menjaga nama baik keluarga. Biarpun sudah puas menolak, tetapi arahan mama dan papa harus d...