“Apa yang kau harapkan dalam perkahwinan ini?” Soalan daripada Aysara memecahkan kesunyian antara mereka. Raes berbaring di sebelah Aysara yang masih duduk di atas katil.
“Tak tahu.”
“Seriuosly?” tergamam Aysara mendengar jawapan selamba yang keluar dari mulut Raes.
“Habis tu kenapa kau tak setuju untuk lepaskan aku?”
“Boleh tak kau tak payah sebut tentang tu. Aku dah cakap yang kau akan jadi isteri aku sampai bila-bila!” Raes memandang Aysara.
“Walaupun tanpa cinta?”
“Cinta? Bertahun pun belum tentu kekal sampai ke jinjang pelamin. Cinta boleh dipupuk tahu tak?”
Aysara tergelak sinis.“Siapa yang suruh bercinta sampai bertahun lama macam tu? Encik Raes, kau tahu tak itu namanya takdir. Dah memang jodoh korang tak panjang, semua dah tertulis.”
Raes memandang Aysara yang masih tergelak. Matanya tidak lepas memandang lesung pipit yang jelas kelihatan di pipi isterinya. Menambahkan lagi kecantikan Aysara. Aysara yang melihat pandangan Raes kepadanya terus terdiam. Tidak sangka yang Raes sedang merenungnya.
Raes tersenyum sinis sebelum memejam mata, namun kata-kata Raes masih jelas kedengaran.
“Mungkin juga dah tertulis jodoh aku dengan kau kan? Jadi tak payah mengada minta aku lepaskan kau.” Senyuman tidak lekang di bibir Raes. Aysara jadi keliru kenapa Raes boleh tenang sedangkan perkahwinan ini bukan kerelaan hati masing- masing.
“Lepas tu kau nak ikat aku sampai mati?” soal Aysara tidak puas hati. Dia perlukan jawapan dari Raes. Sekurang- kurangnya dia tahu apa motif Raes berkahwin dengannya.
“Then, belajar.”
“Belajar?” soal Aysara pelik. Dia memang tengah belajar sekarang ni kan?
“Yes, belajar mencintai aku.” Keduanya saling memandang. Dada masing-masing terselit satu perasaan.
“Err.. merepek!”
“Apa yang merepek? Atau kau takut kalau suatu hari nanti kau akan jatuh cinta dengan aku?” sinis Raes menyoal. Dia yakin dengan rupa paras yang dimilikinya mana mungkin ada wanita yang tidak jatuh hati dengannya.
“Takut? Memang taklah! Aku tak mungkin akan jatuh cinta dengan kau!” tegas Aysara berkata. Cinta? Satu perkara yang tidak pernah wujud dalam kamus hidup Aysara Maleesa.
Sepanjang hidupnya, tipulah kalau tiada lelaki yang ingin mendekatinya lagi-lagi dengan rupa paras yang dia ada. Tetapi siapa yang tidak kenal dengan Aysara, seorang gadis yang sukar untuk didekati. Cantik dan indah dipandang tetapi sukar untuk didekati itulah Aysara Maleesa.
“Jangan terlalu yakin berkata, Aysara. Aku takut nanti kau sendiri yang akan menyesal. Aku tak perlukan masa yang lama untuk buatkan kau jatuh cinta dengan aku.”“Aku atau kau yang terlalu yakin berkata, Raes?”
Raes bangun lalu duduk di depan Aysara. Matanya memandang Aysara.“Kau cabar aku?”
Aysara menjongketkan bahunya.
“Apa aku dapat kalau aku buat kau jatuh cinta dengan aku?” soal Raes. Aysara berfikir sejenak.
“Aku.” “
“Kau?”
Raes tersenyum mendengar jawapan Aysara. Cukup berani, malah Aysara tanpa ragu memandangnya.“Ya, itupun kalau aku jatuh cinta dengan kaulah.”
“Deal.”
Terkebil-kebil mata Aysara, untuk kali kedua setelah dia bergelar isteri kepada Raes pipinya dicium oleh lelaki itu. Sungguh dia geram dengan tindakan Raes yang sesuka hati menciumnya. Dengan senyuman yang tersungging di bibirnya, Raes kembali berbaring di sebelah Aysara. Banyak lagi masa yang dia ada untuk buat Aysara jatuh cinta dengannya. Dan dia sendiri akan pastikan Aysara jatuh cinta dengannya kerana sekali dia lafazkan akad, selamanya Aysara akan menjadi isterinya!
#BahagiakanAkuSelayaknya
Untuk urusan tem pa han,
www.wasap.my/60145235963/BASEbookRM13
YOU ARE READING
BAHAGIAKAN AKU SELAYAKNYA | EBOOK
RomanceKehilangan Yasmeen Daleesa dua minggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung mengubah hidup Aysara Maleesa apabila dia terpaksa menggantikan kakaknya demi menjaga nama baik keluarga. Biarpun sudah puas menolak, tetapi arahan mama dan papa harus d...