B A B 5 🐯

212 43 67
                                    

"Terima kasih, Kyu. Lain kali aku belanja kau makan. Ye ye, kalini aku bayar betul-betul tak tinggal kau kat restoran macam haritu. Hm ye, aku bawak dompet jangan risau. Thanks again."

Yoshi memutuskan panggilannya bersama Junkyu. Rambutnya yang terjatuh menutupi dahi ditolak ke belakang. Dia membuang pandang ke luar tingkap.

Hatinya lega mendengarkan isterinya sudah tiba di rumah. Kerja Yoshi agak banyak hari ini sehinggakan dia tidak mampu mengambil Aera pulang dari universiti. Syukurlah Junkyu sanggup menghantarkan Aera hm walaupun tak ikhlas.

Yoshi lebih rela membelanja Junkyu yang selera makannya seakan membela saka itu daripada membiarkan Aera balik berseorangan menaiki pengangkutan awam. Sekurang-kurangnya, ada yang menemaninya hingga ke pintu rumah. Kuranglah sikit risiko bahaya yang boleh berlaku.

Bingkai gambar di tangannya direnung. Senyumannya memekar saat melihat gambar di dalamnya.

Gambar perkahwinan dia dan Aera. Mereka berdua tersenyum ceria ke arah kamera sambil menayangkan cincin di jari masing-masing. Kelopak-kelopak bunga yang berguguran dari atas tika itu menambahkan keindahan suasana. Kebahagiaan serta kegembiraan terpapar jelas di wajah mereka.

Inilah dia gambar terakhir mereka, sebelum kecelakaan yang memporak-perandakan hidup Yoshi menimpa.

Perlahan-lahan, senyuman Yoshi memudar. Dia kembali berduka. Mengenangkan nasibnya yang terlalu malang. Mengingatkan dirinya yang seperti tidak diberikan peluang mahu berbahagia.

Semahal itukah bahagia yang dicari? Sampaikan Yoshi tidak layak menggapainya?

Dia memberi perhatian kepada cincin perkahwinannya. Cincin itu diusap lembut, bagaikan dia sedang membelai sang isteri tercinta.

Tidak kiralah semahal mana harganya untuk mencapai erti bahagia, Yoshi takkan mengalah. Segala perasaan sedih dan kecewanya takkan mematikan rasa sayang Yoshi kepada Aera. Dia akan bertahan dan terus bertahan.

Demi lovenya.

Dia meletakkan bingkai gambar tadi ke tepi. Badannya diregangkan. Menyelesakan diri sebelum dia menyambung tugasnya. Baru memegang pen, Yoshi terkenang sesuatu.

"Kejap. Aku ada lupa apa-apa ke?"

🖤🐯🖤🐯🖤

"Ugh! Mana kau taruk kunci rumah ni, Yoshinori?!"

Aera menendang pintu rumah kerana bengang yang amat. Namun akhirnya dia sendiri yang meringis. Ternyata kayu untuk membuat pintu itu memang berkualiti, kerasnya bukan main.

Dia duduk bersila di hadapan pintu. Dagunya ditongkat. Tercebik-cebik bibirnya saat suara Yoshi pagi tadi bergema di kepalanya.

"Nanti kalau Aera dulu yang balik sebelum Yosh, cari je kunci kat tepi pasu bunga. Yosh letak kat situ."

"Masalahnya sekarang ni dah habis aku tengok tepi pasu, bawah pasu, dalam pasu! Kuncinya kat mana? Takkan lesap kot?"

Telefon pintarnya dihidupkan. Contact dibuka. Dia tidak ingat apa nama yang digunakan untuk menyimpan nombor Yoshi, jadinya dia cuma mencari nombor telefon yang Yoshi beritahunya.

Tak lama kemudian, satu nama terpacul di bahagian atas.

yoshi ayang <3

"EUW PLISLAH APAHAL AKU SAVE NOMBOR DIA GITU." Laju tangannya menaip nama baru untuk lelaki itu.

jantan jepun sesat

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now