Yedam yang sedang menyapu kaunter kafe (ye betul menyapu) mengerdipkan mata. Yoshi yang tak berhenti tersengih sejak awal tadi membuatnya hairan. Sesekali, kawannya itu terkekeh sendiri. Merinding jugalah bulu Yedam dibuatnya.
Jarinya dipetik di depan muka lelaki itu, menarik Yoshi kembali ke realiti. Pandangannya jatuh kepada Yedam.
"Hm?"
"Takyah nak 'hm hm' sangat. Kau dah pahal sengih-sengih serupa orang gila ni, jantan? Seram pulak aku tengok." tegur Yedam.
Yoshi diam tidak menjawab. Dia cuma terus tersenyum nipis. Bagaimanapun, mindanya masih menerawang jauh ke 'hal tersebut'. Senyumannya bertambah lebar.
Yedam sudah malas mahu melayan Yoshi yang kini diyakini layak menempati rumah sakit jiwa. Penyapu kesayangannya diturunkan ke bawah. Sempat dia membelai penyapu itu penuh kasih sayang.
"Eh kau nak air apa tadi? Lupalah."
Yoshi mencebik. Member kusyuk sangat menyapu mana nak ingat dah. "Cappucino satu, Dam."
"Bereh, be."
Lelaki itu beredar ke belakang, menyiapkan pesanan Yoshi. Yoshi ditinggalkan di kaunter. Dia menongkat dagu. Kejadian malam tadi kekal berulang-ulang di dalam benaknya.
Dipendekkan cerita, selepas saja Yoshi bertindak berani mencium kepala Aera, gadis itu terus menghalaunya. Tiada peluang baginya membela diri, tubuhnya segera ditolak keluar dari rumah. Seperti biasa, Yoshi akur diperlakukan begitu. Terpaksalah dia menumpang di rumah Yedam sekali lagi.
Apa yang membuatkan Yoshi bagaikan orang angau adalah isterinya itu. Masih jelas di ingatannya muka Aera yang berubah rona. Matanya yang bulat kerana terkejut, jeritan malunya... Ah, Yoshi langsung tak boleh lupa! Aera terlalu comel!
Wajahnya ditekup menggunakan tapak tangan. Bibir bawahnya digigit tatkala menyedari dia tak boleh membuang Aera dari kepalanya. Mungkin benar apa yang dikata Yedam.
Yoshi memang dah gila. Gila kerana Lee Aera!
"Helo, ini tanjung pisang ke? Boleh datang sini tak? Ni ha, saya rasa ada salah seorang pesakit terlepas. Tolong ambik dia cepat. Karang berjangkit gilanya ke orang."
Matanya disepetkan ke arah Yedam yang berpura-pura membuat panggilan. Topi yang dipakai lelaki itu ditarik kuat, nyaris-nyaris kawannya itu tersungkur jatuh.
"Leklok sikit eh. Aku mengadu kat bos kau nanti, kata kau kutuk pelanggan. Biar gaji kau kena potong." Yoshi memberi ugutan.
Yedam mendecakkan lidah. Topinya yang sudah senget dibetulkan.
"Dia yang buat perangai tak waras, aku pulak kena. Nah, order kau." Segelas cappucino diserahkan.
Bayaran dibuat. Yedam menatap Yoshi.
"Lepasni kau pergi rumah aku lagi ke? Atau balik rumah kau terus?"
"Uhh... Rasanya aku tak pergi rumah kau kot. Tapi aku belum balik rumah dululah. Dah waktu lunch baru aku balik rumah aku."
"Lah, asal dah waktu lunch baru balik?"
"Aera tak suruh aku jejak kaki ke rumah sebelum tu. Kalau tak, dia botakkan kepala aku."
Yoshi mengerling jam tangannya. Ada dua jam lagi masa untuk dihabiskan. Boleh kot singgah tempat kerjanya sekejap, selesaikan kerja yang tak habis. Walaupun sepatutnya harini dia cuti, Yoshi tahu dia pasti dibenarkan masuk.
"Weh, aku gerak dululah. Mekasih tau kasi tumpang." ucap Yoshi, ikhlas.
"I always got your back, man. Don't worry. Hati-hati drive tu." pesan Yedam.
YOU ARE READING
rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]
Fanfic( My Cutie Robot : Another Ending ) ❝This tiger loves you, and will always do.❞ ++ Apabila takdir membenarkan mereka untuk bersama. start : 260322 end : [ unidentified ]