B A B 8 🐯

157 42 57
                                    

Rumah keluarga Lee gamat dengan kehadiran tetamu yang terdiri dari sanak saudara serta jiran tetangga. Masing-masing berada di sini kerana pasangan itu mengadakan majlis bagi menyambut kelahiran anak Chan dan Chaera. Majlis yang dilangsungkan agak meriah, cucu sulung katakan.

"Awhh, dia ketawalah! Comelnya!" Choi salting sendiri apabila bayi itu memberi reaksi ketika diagah.

Chaera tertawa sopan. Puteranya digendong elok. Kala ini, dia, Aera dan Choi sedang melepak di biliknya. Malas pula mahu duduk di bawah tu, bisingnya bukan main. Takut jugak anaknya meragam nanti gara-gara kebingitan. 

"Tak sangkalah, Chae dah jadi mak orang sekarang. Macam baru semalam je merasa jadi anak dara dengan korang, lepak sama-sama kat sekolah. Tahu-tahu dah ada si kecik ni ha." ucapnya.

Cuma Choi yang tergelak mengimbau kenangan lama. Aera tidak tahu mahu kata apa. Memorinya tentang waktu itu kan dah hilang. Dia tak ingat.

Aera menyimpul senyuman semasa mencuit-cuit pipi merah anak buahnya. Aduhai, gebu sungguh! Rasa nak gigit je!

Pintu bilik terkuak. Sosok Chan muncul di situ. Dia tersenyum ke arah Aera dan Choi sebelum memandang isterinya.

"Sayang, mama suruh turun kejap. Tetamu semua nak tengok Haru." maklum Chan.

Chaera segera bangun dari birai katil. Dia mendapatkan suaminya. Mereka beriringan turun ke bawah, diekori Choi yang tak sudah-sudah mahu bermain dengan Lee Haru. Maka, tinggallah Aera berseorangan di bilik itu.

Baru Aera berkira-kira ingin merebahkan badannya, seseorang masuk ke dalam. Dia mengganti tempat Chaera tadi iaitu di birai katil bersebelahan Aera. Aera menumpukan perhatian kepadanya.

"Taknak makan, Ra? Tak lapar?" Hyunsuk terus menyoal kawannya itu.

Aera menggeleng. "Takpelah. Aku belum lapar lagi. Nanti orang dah kurang sikit, aku makanlah."

Malas nak berasak-asak kat dapur tu sebenarnya. Ramai betul ahli keluarga yang berkumpul nak mengupas bawang kat situ.

Hyunsuk senyap seketika. Dia membuang nafas.

"Ra, kau taknak teman Yosh kat bawah tu ke? Kesian dia aku tengok seorang diri. Dari tadi orang duk tanya dia isteri dia kat mana, terkial-kial si rimau tu menjawab."

"Kisah lak aku dia sensorang ke apa. Pandai-pandailah. Dah besar kan? Dia bukannya budak lagi."

Sudah diduga itu balasan dari seorang Lee Aera. Ah, apalah yang Hyunsuk harapkan.

"Comel kan anak Chan tu? Betul-betul iras Chan masa kecik dulu. Hmm... Adalah jugak hidung dia sikit-sikit ikut Chae." Giliran Aera pula memulakan perbualan.

Hyunsuk terangguk-angguk.

"Betul, betul. Aku macam tak percaya Chan tu dah ada anak. Cepat betul masa berlalu, kan?"

"Ha'ah. Aku pun–"

"Kau pulak, bilanya nak ada anak?"

Aera mendengus. Rancangnya mahu lari dari topik tadi, boleh pula Hyunsuk buka topik yang lebih 'panas'. Ughh!

Gadis itu setakat menggedikkan bahunya.

"Tah. Tak tahu. Aku nak ada anak pun, dengan siapa je?"

Hyunsuk menoleh, dia terpinga. "Ya Tuhan, si Yosh kan ada? Apa fungsi dia jadi suami kau?"

Pantas, Aera menggeleng.

"Taknak dia. Aku nak zuriat aku semuanya dari Asahi, bukan mamat entah siapa tu."

Gigi Hyunsuk diketap. Dia meraih salah satu bantal yang cantik bersusun lantas menghempasnya kuat ke muka Aera. Habis terlentang anak orang dibuatnya.

"Woi, sewel! Bercakap tu guna otak plis! Dah serupa orang tak berpelajaran aku dengar! Kau tu isteri orang, Lee Aera. Isteri orang! Apahal kau kata nak ada anak dengan lelaki lain pulak? Tak sedar diri?" 'tembak' Hyunsuk.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now