B A B 12 🐯

210 41 24
                                    

Chan menepuk-nepuk badan kecil Haru di dalam dukungannya. Matanya masih tak lepas dari menatap bagasi Aera dan wajah gadis itu silih berganti. Kepalanya digelengkan bersama keluhan.

"Baliklah, dik oi. Buat apa kau nak lama-lama kat rumah aku ni? Macam takde rumah sendiri je." ujarnya, separa mengusir.

Aera memuncungkan mulutnya. Rambutnya dikusutkan.

"Tolonglah, Channie! Kasi aku tumpang rumah kau! Aku dah tak sanggup nak duduk kat rumah tu lagi!"

Suara Aera yang lantang mengejutkan Haru yang baru mahu lena. Bayi itu merengek. Chan segera mendodoikannya kembali. Si adik dijeling tajam, memberi amaran agar tidak bising lagi.

"Tak, cuba kau bagitau aku. Apa yang kau tak sanggup? Bukannya si Yoshi tu ada pukul kau ke apa kan?" soal Chan.

"Uhm, memang takde. Aku yang bantai dia adalah."

"Ha dahtu? Kenapa taknak duduk situ?"

Pertanyaan itu mendiamkan Aera. Lama-kelamaan, telinga gadis itu mulai memerah.

Dia meraup mukanya. "Aku dah tak tahan weh! Mamat tu tak berhenti sakat aku! Kau fikir tak penat ke nak blushing setiap hari?"

Jika Aera tidak tersilap kira, rasanya sudah hampir tiga minggu semenjak Yoshi berubah tingkah laku. Dari seorang lelaki yang selalu diam melayan Aera, tiba-tiba menjadi lelaki yang nakal dan kuat mengusik. Puas seluruh wajah Aera merona merah dibuatnya. Beberapa kali juga dihalau, masih tak lut. Tetap juga kuat menganggu!

Masih segar di ingatannya peristiwa tempoh hari, di mana Yoshi berura-ura mahu mengucupnya di bibir. Tak perlu tunggu lama, memang dua malam jugaklah lelaki itu bermalam di luar. Bila dah balik, makin menjadi-jadi pulak ulahnya.

Aera bukan apa, dia risau seandainya apa-apa perkara yang dia tak inginkan bakal terjadi kalau mereka terus hidup sebumbung. Kerana itu dia berada di sini petang ini, melarikan diri ke rumah Chan sementara Yoshi keluar berkerja.

Dia menyangkakan Chan akan mengasihaninya, malang sekali abangnya itu hanya tertawa. Naik geram Aera dibuatnya.

"Yang kau gelak pulak apahal? Aku tengah darurat kan ni! Tolonglah aku!" herdiknya.

Tawa Chan masih tersisa. "Aduhai, Rara, Rara... Kau nak lari rumah hanya sebab tu je?"

"Dahtu?"

"Kau tau tak apa tujuan sebenar Yosh buat macam tu?"

"Apa?"

"Untuk pikat hati kaulah, pandai."

Pantas, Aera memasang mimik muka jijik. Dia buat gaya mahu muntah.

"Euw, plislah! Takde masa aku nak terpikat dengan jantan perangai miang macam tu!" bantah Aera sekeras-kerasnya.

"Jadi, kenapa kau selalu blushing kena sakat? Bukan dah berkesan ke tu namanya?"

Aera berdecit. "Eleh, kau kalau Chae sakat pun mesti kau segan kan? Hati aku cuma untuk Asahi! Takkan pernah untuk dia!"

Chan tersenyum senget.

"Ha, tahanlah lagi ego tinggi melangit tu. Kita tengok nanti, siapa yang jilat air liur sendiri. Masa tu baru kau nak menyesal. Entah-entah, giliran kau pulak nak kena pikat dia karang."

Aera membesarkan matanya. Dia nak sebut nama Yoshi pun dah loya, apalagi nak pikat lelaki tu! Oh, tolonglah!

"Tak payah merepek!"

"Bukan merepek, saja mengingatkan."

Chan mengerling jam sekarang. Dia mengusap pundak kepala Aera dengan sebelah tangannya.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now