Taehyun mengetuk pintu rumah bercat kuning tersebut. Dia sedikit berdebar. Pakaiannya dikemaskan.
Hari ini, Dami menjemputnya untuk bertandang ke rumah. Nak makan tengah hari sama-sama katanya. Taehyun apa lagi, sanggup dibatalkan segala rencananya hari ini demi memenuhi pelawaan gadis itu.
Sudah semestinya, Kitty dibawa bersama. Elok saja si kecil itu sedang lena di dalam dukungan Taehyun. Tangan Taehyun tak berhenti mengusap tubuhnya.
Agak lama juga bagi Dami untuk membuka pintu. Taehyun terpaksa mengetuk lagi beberapa kali sebelum akhirnya pintu terkuak. Dami terpacul di situ, tersenyum indah. Pakaian serta tangan dan mukanya disaluti tepung.
Taehyun menjongketkan keningnya.
"Awak tengah buat kek ke?"
"Ha'ah! Eh, masuklah dulu. Kat luar ni panas."
Taehyun mengikut langkah Dami masuk ke dalam. Terlongo mulut Taehyun melihat berbelasan ekor kucing berada di mana-mana ruangan di dalam rumah sederhana luas itu. Kesemua mereka berbeza warna bulu dan baka.
Dami memang betul-betul memaksudkannya bila dia kata dia ada banyak kucing lain.
Dami tersengih memandang Taehyun yang tergamam.
"Hehe, saya ni pencinta kucing. Nampak kucing tepi jalan mesti saya bawak balik rumah. Maaflah kalau awak tak selesa dengan kucing banyak macam ni." ucapnya.
Taehyun menggeleng, pantas. "Tak perlu mintak maaf. Saya okey je. Saya pun suka kucing." ujarnya, jujur.
Dia menurunkan Kitty, membiarkan kucingnya itu bermain dengan kawan-kawannya. Sementara itu, dia mengekori Dami ke dapur. Keadaan agak bersepah memandangkan gadis itu terlalu sibuk memasak.
Dami memeriksa kek di dalam ketuhar. Dah nak siap.
"Awak duduklah dulu, Tyun! Saya kemas semua ni kejap, lepastu baru saya hidangkan makanan ye!"
Taehyun melakukan apa yang disuruh. Dia menopang dagu di meja makan, memerhatikan Dami mengemas dapurnya. Sesekali, dia menarik senyum nipis tatkala Dami struggle sendiri mahu memvakum telur yang pecah di lantai. Tak pula dia menjerkah gadis itu untuk membersihkannya dengan kain lap basah. Biarlah Dami terus dengan caranya.
Tiga minggu berlalu sejak Taehyun mendekati Dami, dan sekarang mereka berdua sudah jadi rapat. Setiap hari kalau tidak berjumpa, pasti mereka berdua akan berbalas mesej. Dami siap memberikannya nama panggilan ; Tyun. Katanya, dia mahu nama yang lain dari yang lain. Taehyun suka mendengar gadis itu menggelarnya sebegitu. Tyun, nama yang istimewa.
Cuma itulah. Hubungan mereka hanya sebatas kawan baik. Taehyun belum cukup berani mahu mengakui perasaannya. Dia mahu bergerak secara perlahan dahulu.
Taehyun sanggup menunggu sedikit masa, menanti hari bahagia itu tiba.
Beberapa piring pinggan berisi makanan disusun di hadapannya. Dami duduk di sebelah Taehyun, menyerahkan sepotong kek kepadanya.
Satu lagi tentang Dami, dia tak suka duduk berhadapan. Kononnya duduk bersebelah lebih elok, lebih dekat.
"Makanlah." jemputnya.
Taehyun merasa sedikit kek. Dia mengebilkan biji mata. Rasa masin menyengat lidahnya. Dia mengukirkan senyuman manis.
"Sedaplah awak masak!" pujinya.
"Terima kasih! Ha, makanlah lagi!" Dia memotongkan lebih banyak kek ke atas pinggan Taehyun.
Tanpa banyak bicara, Taehyun menikmatinya biarpun kemasinan itu hampir-hampir menyerupai masinnya laut. Matanya melilau, meneliti segenap ruangan dapur. Pandangannya tertancap pada dua balang di atas rak.
YOU ARE READING
rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]
أدب الهواة( My Cutie Robot : Another Ending ) ❝This tiger loves you, and will always do.❞ ++ Apabila takdir membenarkan mereka untuk bersama. start : 260322 end : [ unidentified ]