Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya. Oleh itu, qada sholat bertujuan menggantikan sholat yang tertinggal. Sebaliknya, mengerjakan sholat secara qada adalah melakukan sholat selepas waktunya. Apabila seseorang tidak menunaikan sholat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan sholat yang telah ditinggalkan pada waktu lain. Hukum qada sholat, bagi mereka yang meninggalkan sholat fardu diwajibkan menggantikan sholat tersebut.
🌸Niat qada Solat Subuh
اُصَلِّيْ فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ قَضَا ءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku Sholat Fardu Subuh dua rakaat qada kerana Allah Taala
🌸Niat qada Solat Zuhur
اُصَلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ قَضَا ءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada kerana Allah Taala
🌸Niat qada Solat Asar
اُصَلِّيْ فَرْضَ اْلَعَصْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ قَضَا ءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha kerana Allah Taala"
🌸Niat qada Solat Maghrib
اُصَلِّيْ فَرْضَ اْلْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ قَضَا ءً لِلَّهِ
تَعَالَى
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada kerana Allah Taala
🌸Niat qada Solat Isyak
اُصَلِّيْ فَرْضَ الجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ قَضَا ءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada kerana Allah Taala
Wajib bagi seseorang yang telah meninggalkan sholat untuk mengqada (menggantikan) sholatnya itu dengan segera. Bahkan dibenarkan mengantikan sholat sekali pun pada waktu yang diharamkan sholat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya.
sumber https://akuislam.com/blog/ibadah/cara-qada-solat/
SEMOGA BERMANFAAT😊😊😊
❤️11 MEI 2022❤️
KAMU SEDANG MEMBACA
ILMU AGAMA ISLAM
Historia Cortapengetahuan umum tentang agama islam yang diambil dari berbagai sumber di media.