4

127 11 4
                                    

                " Seungcheol, awak mesti tahu mitos tentang pengasas sekolah kita ini bukan? Sebenarnya ia bukan satu mitos. Sudah berabad profesor Hogwarts menantikan saat ini namun hampa. Namun ia berubah, bila saya dan profesor di Hogwarts melihat tiga belas Patronus yang disebut oleh pengasas Hogwarts ia masuk akal kepada kami semua. Surat yang saya berikan ini, adalah pentunjuk untuk awak cari rakan awak yang seterusnya. Saya harap awak dan dua belas orang rakan awak yang awak bakal berjumpa nanti bersinar dan menjadi kebahagiaan baharu seperti diramalkan oleh pengasas kita. Semoga berjaya Seungcheol." Ujar Profesor RatchFord kepada Seungcheol yang berada di dalam pejabatnya.

Dia terus ke sebuah taman di bahagian selatan istana itu untuk mencari 'kembar' yang di maksudkan di dalam surat yang diberi oleh profesornya sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia terus ke sebuah taman di bahagian selatan istana itu untuk mencari 'kembar' yang di maksudkan di dalam surat yang diberi oleh profesornya sebentar tadi. Siapa sahaja yang tidak kenal 'Devil Twin' dari rumah Slytherin itu. Yoon Jeonghan dan Hong Joshua terkenal dengan perbuatan yang melakukan prank terhadap seseorang jika seseorang itu menjengkelkan dua orang manusia tersebut. Namun, sebenarnya mereka berdua adalah insan yang baik.

                 " Yo Hannie dan Shua. Aku pasti Profesor Banks ada bagi surat untuk cari sepuluh orang lagi kan?"

Jeonghan dan Joshua terkedu ketika Seungcheol bertanya tentang surat yang diberi oleh profesornya sebentar tadi. Seungcheol hanya melepaskan tawa yang kecil apabila melihat riak wajah Jeonghan dan Joshua yang terpinga-pinga itu.

               " Macam mana kau tahu yang Profesor Banks bagi aku surat dan suruh aku dan Shua tunggu kau di sini dan cari yang lain? Aku dan Shua tidak faham dengan apa yang surat ni maksudkan."

               " Betul apa yang Jeonghan cakap tu, siapa sebenarnya si kucing, si musang, si harimau dan si burung merpati? Bahagian padang tu aku tahu dekat mana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               " Betul apa yang Jeonghan cakap tu, siapa sebenarnya si kucing, si musang, si harimau dan si burung merpati? Bahagian padang tu aku tahu dekat mana. Tapi setahu aku situ tempat tinggal penjaga haiwan kita. Tiada ada rumah lain pun."

              " Sebenarnya ada, cuma rumah tu mereka kaburkan daripada pandangan orang ramai. Untuk jawapan soalan kau Hannie, aku akan jawab bila kita sudah jumpa semua orang. Bagi soalan kau pula Shua, maksud haiwan tu adalah Patronus mereka berempat. Aku yakin, bila kita jumpa mereka berempat nanti, mereka ada petunjuk yang seterusnya. Dan, aku kenal salah seorang daripada mereka. " Jawab Seungcheol.

Jeonghan mahupun Joshua hanya mempercepatkan langkah mereka berdua untuk menyamai dengan langkah Seungcheol yang menuju ke padang untuk berjumpa dengan empat orang sahabat seperti yang ditulis di dalam surat yang diberi oleh profesornya sebentar tadi.

(Chapter seterusnya, 95 liner akan berjumpa dengan 96 liner!)

HOGWARTS MYSTERY || SEVENTEEN ©️Where stories live. Discover now