Sudah belasan tahun mereka semua tamat bersekolah di Hogwarts. Misteri yang mereka selesaikan, sudah lagi tidak menjadi sebagai mitos di sekolah tersebut. Tetapi, ia menjadi satu contoh kepada pelajar Hogwarts yang lain untuk mempunyai sahabat karib seperti mereka bertiga belas. Dan, pada ketika ini, dua belas jejaka duduk di bahagian penduduk untuk menyaksikan persembahan muzikal Seokmin.
" Chagiya, pakai jaket saya ni, awak kan tak boleh kena sejuk. Lebih-lebih lagi awak yang tengah pregnant ni." Kata Mingyu kepada isterinya Eleanor.
Ya, Mingyu dan Eleanor sedang menantikan seorang zuriat untuk hadir di muka bumi. Eleanor dan Minghao bekerja di syarikat fesyen milik keluarga Mingyu. Manakala Jihoon dan Erina menjadi seorang profesor di Hogwarts dalam bidang posyen bagi Jihoon dan astronomi bagi HeeJin. Mereka berdua di gelar sebagai 'The Charismatic Couple' di sekolah tersebut.
" Yah, Kwon Soonyoung, please behave. Jangan lupa, malam nanti awak kena jaga si Stella." Tegur Min Young kepada suaminya itu. Gelaran 'Quidditch Couple' diberikan kepada dua pasangan tersebut. Manakala dua lagi jejaka 96 liner iaitu Wonwoo dan Jun, mereka berdua seperti Jihoon dan HeeJin. Cuma mereka berdua masih bujang bukan hidup berpasangan seperti Soonyoung dan Jihoon.
Seungcheol, Jeonghan dan Joshua hanya menggelengkan kepala sahaja melihat tingkah laku 96 liner itu. Seungcheol menjadi salah seorang Auror terkuat dan tertinggi di Kementerian Magis. Masih segar di ingatannya, ketika Chan dan ibu bapanya memberitahu bahawa Chan telah membuat keputusan untuk menukar nama keluarga asalnya kepada Choi. Bercerita tentang jejaka itu, jejaka itu sekarang menjadi seorang penari kontemporari yang terkenal di dunia magis. Tidak lupa juga, Seungcheol sekarang ada yeochin! Jeonghan pula bekerja sebagai pemilik kafe pada waktu siang, dan pemilik bar pada waktu malam.
Joshua pula bekerja dengan isterinya Esther sebagai pemilik kandang haiwan magis. Seungkwan pula menjadi guru vokal dan Hansol pula bekerja bersama dengan Jeonghan sebagai seorang pengurus cawangan kafe milik Jeonghan.
Tiada siapa sangka tiga belas jejaka yang mempunyai latar belakang yang berbeza akan menjadi sahabat baik disebabkan oleh satu misteri yang berkaitan dengan empat pengasas Hogwarts yang sebenarnya ada kaitan dengan moyang mereka. Seperti yang di harapkan oleh moyang mereka, mereka semua menjadi sahabat baik dan menyebarkan kebahagiaan.
-THE END-
Alright dear Winx, that's the end of this story. Sekali lagi author minta maaf sebab tidak buat story ni dengan lebih banyak chapter. Okey, nanti author ada buat story baru. Insya Allah, author akan update A. S. A. P. That's all from me. ☺️☺️
YOU ARE READING
HOGWARTS MYSTERY || SEVENTEEN ©️
FantasySeperti yang kita tahu, di Hogwarts terdapat empat buah rumah yang mewakili setiap ciri pelajar mereka. Iaitu, Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin. Terdapat banyak misteri dan perkara ajaib yang berlaku di sekolah itu. Tetapi, di antara...