2

156 9 8
                                    

              " Appare Vestigium" Ucap Chan untuk mengesan jejak yang di hilangkan oleh Jihoon yang berada di dalam Bilik Keperluan.

Dalam sekelip mata sahaja dia dapat menemui Jihoon, Soonyoung, Jun dan Wonwoo.

             " Bagus Chan, dah mahir guna jampi ni. Pilihan yang tepat untuk minta tolong daripada Wonu untuk awak mahir dalam jampi. Kalau ada masalah tentang hendak memahami tentang tumbuhan, jumpa saya! Untuk posyen, Jihoon amat hebat dalam perkara tu. Soonyoung pula hebat dalam sukan macam Seungcheol hyung! Mulai sekarang kami berempat akan jadi kawan Chan. Nanti kalau ada waktu lapang, jumpalah kami berempat di sini ataupun di padang. Kita boleh lakukan perkara yang seronok bersama!" Teruja sahaja Jun berkata kepada si maknae itu.

              " Betul cakap Jun tu. Walaupun sebenarnya aku pun tak suka keluar dari asrama sebab aku nak tidur pada waktu lapang. But, I'm guarantee that you will have fun with us actually. Untuk posyen, Jumpa aku di kelas posyen kalau kau nak belajar. Profesor Danson sudah beri kebenaran dekat aku untuk guna kelas tu untuk ajar orang." Walaupun datar dan dingin sahaja suara Jihoon, tapi sebenarnya dia seorang yang baik hati.

              " Yah, Jihoon kenapa cakap dengan nada begitu? Cubalah jadi bersemangat macam aku. Horanghae!"

Chan, Jun, Wonwoo dan Jihoon hanya menggelengkan kepala sahaja ketika Soonyoung membuat aksi seperti seekor harimau. Ketika Chan ingin pulang kembali ke rumah Gryffindor, bahunya dilanggar kuat oleh seorang jejaka yang mempunyai sebuah senyuman seperti sang matahari.

             " Ommo, mianhae Hyung nak cepat. Gwenchana? Eodi appo?" Soal jejaka itu.

            " Nde, Gwenchana" Jawab Chan.

            " Baguslah, Nama Hyung Lee Seokmin, pelajar tahun empat, rumah Hufflepuff dan Ketua Kelab Koir. Kalau nak tengok persembahan koir, terus beritahu kepada Jun hyung! Annyeong!" Laju sahaja Seokmin bercakap kepada Chan dan terus meninggalkan Chan dalam keadaan yang terpinga-pinga.

               " Aigo itu mesti si Seokmin bukan? Nama sahaja Ketua Kelab Koir, Tapi selalu datang lambat." Ujar satu suara di bahu Chan.

               " Shua Hyung! Janganlah buat Chan macam tu! Jeonghan Hyung jangan gelak!" Rengus Chan.

Gelak tawa kedengaran dari mulut dua insan yang bernama Yoon Jeonghan dan Hong Joshua.

              " Aigo uri Channie ah, mianhae. Nah, hyung beri coklat katak dekat kamu. Kamu suka bukan?" Jeonghan meramas rambut Chan dan memberikan coklat tersebut kepada Chan.

Seperti Seungcheol, Jeonghan dan Joshua menganggap Chan itu sebagai seorang adik kandungnya sendiri.

( Korang nak jumpa siapa untuk next chapter?)

HOGWARTS MYSTERY || SEVENTEEN ©️Where stories live. Discover now