11

88 8 0
                                    

Jun, Wonwoo dan Jihoon menghampiri pokok Mandrake sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya yang lain. Mereka juga tahu mengapa Jun hanya membenarkan Wonwoo dan Jihoon melakukan tugas yang tertera di dalam petunjuk itu. Kerana, untuk mengawal kebingitan, serta untuk memetik daun pokok tersebut serta tumbuhan yang lain untuk dijadikan sebagai salah satu bahan untuk membuat posyen, memerlukan orang yang hebat dalam tumbuhan, jampi dan juga posyen.

Saat Jun mengambil piala milik Helga Hufflepuff dan petunjuk seterusnya, bingitan pokok Mandrake kedengaran sehingga membuat Chan hampir rebah ke bumi. Mujurlah tubuhnya sempat di sambut oleh Mingyu.

                     " Aedera, kamu semua boleh cabut earmuff tersebut. Jihoon sudah ambil bahan yang secukupnya untuk buat posyen yang baru untuk ekspedisi kita nanti. Siapa yang hendak pulang ke bilik masing - masing untuk berehat, pergilah. Sebab sudah hampir masa untuk makan malam dan esok ada sesi persekolahan.”

                     " Okay, nama yang aku panggil ini, jumpa aku hari Sabtu ini untuk bantu aku buat posyen. Kalau tidak hadir, ada 'harga' yang kena bayar. Seungcheol hyung, Mingyu dan Seungkwan. Hey galah, kau jangan tidak hadir pula. Minghao, pastikan si galah ini bangun sebelum pukul dua belas tengah hari. Nanti aku beri kepada kau kot jenama Balenciaga. Kalau kau hendak sertai sekali, lagi bagus. Boleh tolong aku dan Cheol hyung kawal dua orang manusia itu daripada pecahkan barang terutama si Mingyu.”

Minghao terus bersetuju dengan permintaan jejaka berbadan mungil itu. Bukan mudah Jihoon memberi pakaian berjenama yang diberi oleh sepupunya kepada orang lain. Manakala Mingyu dan Seungkwan pula, riak muka mereka berdua sudah bertukar menjadi suram ketika mendengar amaran jejaka mungil di hadapannya itu.

                        " Kalau ada sesiapa yang hendak berlatih tentang jampi, jumpa aku di perpustakaan dan aku akan beritahu tempat untuk berjumpa." Suara garau dan dalam milik Wonwoo pula kedengaran selepas itu. Tanpa membuang masa, Chan dan Vernon terus mendekati jejaka yang memakai kaca mata itu saat mereka semua sudah keluar dari rumah Herbiologi.

                        " Oh ya Seokmin, jangan hilangkan pula beg yang kau pegang itu. Hari Sabtu nanti bawa beg itu dan jumpa di Dewan Utama pada waktu pagi.” Arah Seungcheol kepada Seokmin.

Seokmin menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham dengan arahan si ketua sebelum menuju ke dorm Hufflepuff bersama Jun dan Seungkwan.

HOGWARTS MYSTERY || SEVENTEEN ©️Where stories live. Discover now