6

122 10 32
                                    

Suara merdu milik Seokmin bergema di bilik Kelab Koir sambil di tonton oleh Minghao dan Mingyu. Tidak dinafikan suara Seokmin mampu memukau sesiapa pun yang mendengar nyanyiannya.

                " Wah, Minnie, walaupun aku dan Minghao selalu dengar kau nyanyi, tapi kami berdua sentiasa terpukau dengan suara kau." Puji Mingyu.

                " Komawo Mingyu. Ini surat yang diberi oleh Profesor Benson kepada aku tadi. Dia kata kepada aku, kita bertiga kena tunggu tujuh pelajar senior di sini untuk baca surat ini dan cari yang lain. Dia kata juga perkara ini ada kaitan dengan mitos pengasas sekolah kita."

               " Kau jangan hendak buat muka blur sangat la Mingyu. Firasat aku mengatakan kau akan berjumpa dengan mimpi buruk kau dalam beberapa minit sahaja lagi." Bagaikan deja vu, pintu bilik Kelab Koir terbuka dan kelihatan tujuh jejaka memasuki ke dalam bilik tersebut. Mingyu pula terus bersembunyi di sebalik tubuh Seokmin tatkala mata Mingyu menyapa jejaka berbadan mungil itu.

Yang lain kecuali Jihoon hanya bingung dengan kelakuan jejaka tinggi lampai yang sedang bersembunyi di sebalik tubuh rakannya. Belum Seungcheol ingin bersuara, Jihoon terlebih dahulu memotong percakapannya.

                  " Woi galah. Jangan risau buat masa sekarang aku tidak akan lakukan apa yang aku pernah lakukan dahulu kepada kau. Tapi, aku bagi amaran awal-awal, kalau kau buat lagi apa yang kau lakukan dahulu, aku tidak teragak - agak untuk tukarkan posyen tenaga ini menjadi posyen racun."

Minghao hanya menahan gelak ketika melihat wajah Mingyu menjadi pucat tidak berdarah dengan ugutan yang diberi oleh Jihoon. Manakala Seokmin pula memberi surat kepada Seungcheol untuk dibaca bersama.

 Manakala Seokmin pula memberi surat kepada Seungcheol untuk dibaca bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                " Aku tahu mana hendak cari tiga orang ini. Chan pernah beritahu aku yang kadang-kadang dia akan ke pekan dan pergi ke Kafe Carats bersama dua orang pelajar tahun tiga pada waktu lapang. Dan kafe tersebut dimiliki oleh sepupu Profesor Stone. Bila kita semua sudah genap tiga belas orang nanti, aku yakin mereka bertiga ada amanat daripada empat pengasas Hogwarts dan petunjuk pertama untuk kita semua. So, brace yourself for upcoming adventure that we will face on. Aku akan cakap lagi sekali bila kita akan lakukan untuk selesaikan misteri ini. " Kata Seungcheol.

( Yeah, next chapter hyung line akan bertemu dengan maknae line. Nantikan ayat famous Jeonghan kepada Chan okay?)

HOGWARTS MYSTERY || SEVENTEEN ©️Where stories live. Discover now