Tiga belas jejaka terus menuju ke tingkat tujuh di bahagian kiri sekolah itu untuk memasuki ke dalam Bilik Keperluan selepas membaca petunjuk pertama itu. Sebaik sahaja sampai, Seungkwan bertanya kepada Seungcheol tentang bagaimana hendak memasuki ke dalam bilik tersebut.
" Seungcheol hyung, macam mana kita hendak masuk ke dalam Bilik Keperluan? Kwan tidak pernah masuk dalam bilik tu.”
" Senang sahaja Seungkwan, dalam fikiran kita, fikirkan kita hendak cari kotak yang berisi mahkota Rowena Ravenclaw dan secara automatik kita akan masuk. Kalau tidak percaya, tanya Chan. Sebab dia selalu ke sini untuk menari seorang diri. Dan hyung selalu tengok tanpa dia sedari.”
Sedang mereka semua sedang mencari kotak yang berisi mahkota Rowena Ravenclaw, Chan menghampiri Seungcheol dan bertanya soalan kepada si ketua.
" Cheol hyung, ma... macam mana hyung tahu yang Chan selalu ke sini untuk menari seorang diri?”
Belum sempat Seungcheol ingin menjawab persoalan si maknae, suara garau dan dalam milik Wonwoo kedengaran.
" Aedera, aku sudah jumpa kotak itu. Sekejap. aku hendak ambil kotak itu. Accio kotak!”
Dua belas jejaka yang lain hanya memerhatikan tindakan Wonwoo itu dan menghampiri Wonwoo sebaik sahaja jejaka itu dapat kotak yang berisi mahkota Rowena Ravenclaw.
" Kamu semua, aku rasa lebih baik Wonwoo dan Jihoon buka kotak itu. Sebab mereka berdua pelajar dari rumah Ravenclaw." Cadang Jeonghan.
Yang lain turut bersetuju dengan apa yang di katakan oleh si malaikat itu. Maka, Wonwoo dan Jihoon membuka kotak tersebut dan mengambil petunjuk seterusnya dan menyerahkan kepada si ketua.
" Okay, petunjuk seterusnya adalah di dorm Gryffindor. Hanya aku, Soonyoung, Mingyu dan Chan boleh masuk. Untuk petunjuk dan maklumat seterusnya, kita akan berjumpa di sini keesokan hari pada waktu tengah hari selepas perlawanan Quidditch . Faham?”
Arah Seungcheol.Yang lain turut bersetuju dengan arahan Seungcheol itu dan menuju ke dorm masing-masing untuk membersihkan diri dan makan malam di dewan makan dan akan bertemu kembali di Bilik Keperluan pada keesokan hari. Namun, dua belas jejaka itu tidak mengetahui bahawa salah seorang daripada mereka adalah seorang Parselmouth dan boleh bertutur bahasa Parseltounge yang fasih serta akan membantu mereka semua bagi petunjuk yang seterusnya.
( Korang rasa siapa yang seorang Parselmouth di antara tiga orang pelajar rumah Slytherin?)
YOU ARE READING
HOGWARTS MYSTERY || SEVENTEEN ©️
FantasiaSeperti yang kita tahu, di Hogwarts terdapat empat buah rumah yang mewakili setiap ciri pelajar mereka. Iaitu, Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin. Terdapat banyak misteri dan perkara ajaib yang berlaku di sekolah itu. Tetapi, di antara...