Ball

118 33 12
                                    

Langkahku terhenti apabila sebiji bola bergolek menuju kearahku.

Kaki dibawa menahan bola itu.

"Kak!"

Jeritan seorang kanak-kanak menarik perhatianku. Kanak-kanak itu memakai baju sukan. Ini pasti bola mereka.

Aku menunduk sedikit, mencapai bola yang ditahan kakiku tadi.

Bola itu dibaling semula kepada kumpulan kanak-kanak itu. Mereka semua mengucapkan terima kasih kepadaku lalu sambung bermain.

Entah kenapa, bola tadi kembali membuatkan aku teringat kepada dia.

Keluhan dilepaskan, dengan langkah berat, aku kembali menyambung langkahku yang terhenti.

"Jun!"

Aku berpaling pada tuan empunya suara. Mata dikecilkan sedikit untuk melihat manusia yang sedang berlari menghampiriku.

"Eii dah tahu mata tu rabun, pakailah cermin mata" manusia itu menyarungkan cermin mata padaku.

Dan barulah aku dapat melihat dengan jelas.

"Wong Alan, long time no see huh?" ujarku teruja.

Wong Alan, kawan baikku sejak sekolah menengah. Hanya dia sahaja yang menegurku saat aku masih bergelar sebagai pelajar pertukaran disekolah dekat Malaysia ni sejak tiga tahun yang lalu.

"Long time no see lah sangat. Baru semalam aku pergi rumah kau" kepalaku ditolak kecil oleh Alan.

Aku menepis tangannya dari terus bermain dengan kepalaku.

Lelaki dihadapanku ini dilihat dari atas sampai bawah. Alan masih mengenakan baju sukan pada tubuhnya. Dia juga memeluk sebiji bola keranjang.

"Baru habis tournament ke?" soalku.

Alan mengangguk sambil tersenyum manis.

'Janganlah senyum macam tu bila dengan aku'

"Kalau macam tu, kau mesti nak balikkan?"

Soalanku dibalas dengan anggukan.

"Jom" bahu Alan dirangkul dari tepi, membuatkannya tepaksa menundukkan dirinya sedikit supaya menyamai ketinggianku.

"Apapun Jun, aku jumpa Lenn dekat court tadi" Alan senyum.

"Lenn?" Alan dipandang.

"Haah, crush aku"

Love Story [Completed]Where stories live. Discover now