The Truth

44 25 16
                                    

Aku berjalan sendiri memasuki kawasan kantin.

Sudah hampir seminggu aku rehat sendiri. Alan terlalu sibuk melayan kekasih hatinya.

"Menyesal pula aku tolong dia confess. Lepastu boleh pula tinggal aku sesorang macam ni" gumamku perlahan.

Aku mengambil tempat beratur bersama pelajar yang lain untuk membeli makanan.

Aku mengaduh pelan apabila seseorang melanggar bahuku. Sudahlah tidak minta maaf, si pelaku hanya berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku.

Aku memerhati orang yang melanggarku tadi. Ianya Lenn.

Dahiku mula berkerut. Bukankah biasanya Lenn akan makan bersama Alan.

Tapi, sekarang Lenn sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya.

Aku mendengus geram apabila bahuku dilanggar buat kali kedua. Aku berpusing kebelakang untuk melihat si pelaku. Belum sempat aku berkata-kata si pelaku itu memelukku.

Kerana masih dikantin, aku meleraikan pelukan itu. Wajah manusia itu ditatap.

"Junnie betulke Lenn buat semua ni sebab dare?" sayu sahaja suara Alan. Mukanya murung seperti kanak-kanak yang tidak dapat membeli mainan.

"Kenapa ni?"

"Tadi aku dengar Lenn cakap dengan Mary yang esok dia akan minta break dengan aku sebab dah cukup seminggu dia couple dengan aku" mata Alan mula berkaca.

Aku menarik Alan menjauh dari kawasan kantin menuju ke rooftop sekolah. Selera makan ku terus hilang apabila melihat Alan seperti ini.

Pegangan tanganku dan Alan dilepaskan setelah memasuki area rooftop. Bahu Alan dipegang erat.

"Alan-"

"Aku patut dengar cakap kau haritu" Alan memotong percakapanku.

"Kenapa aku bodoh sangat? Biarkan orang lain mainkan perasaan aku macam panggil kucing yang kelaparan tapi taknak bagi makan"

"Apa kau cakap ni?" bahu Alan digoncang.

"Betulkan apa yang aku cakap?" Alan mengalihkan tanganku dari terus menggoncang bahunya.

"Al,memang betul Lenn couple dengan kau sebab dare. Tapi itu tak bermakna kau kena sedih macam ni. Masih ramai lagi ikan dilaut. Dan kau as nelayan, kenalah memancing"

'Aku sanggup makan umpan kau' ingin sahaja aku berkata begitu tapi itu mustahil. Aku tidak mahu hubunganku dan Jaemin musnah apabila dia tahu yang aku suka akannya.

"Aku taknak break up dengan dia"

Love Story [Completed]Where stories live. Discover now