"I'm home!"
Kasut dibuka lalu disusun kedalam rak. Laju saja kakiku berjalan masuk kedalam rumah, mencari kelibat adikku.
"Xinchen-ah, where are you?" panggilku.
"Here!"
Aku tersentak saat suara seekor ikan lumba-lumba menyapa telingaku.
Kepala diarahkan pada tangga rumah yang menuju ke atas. Pasti Xinchen sedang berada didalam biliknya.
Pedulikan itu, aku terus mengatur kaki menuju kebelakang rumah. Sebuah bangsal kecil yang berada di halaman belakang rumah didekati. Lantas tombol pintu bangsal itu dibuka.
Ah, sebenarnya ia tidak boleh dikategorikan sebagai bangsal. Ini adalah bilik tidurku.
Mengapa bukan didalam rumah sahaja?
Kebiasaannya Xinchen akan mengajak rakan-rakannya untuk melepak dirumah pada waktu malam. Alasannya untuk berbuat demikian adalah bosan.
Jadi keadaan dalam rumah akan bertukar tidak ubah seperti zoo.
Punggung dihenyak keatas tilam. Badan dibaringkan. Anak mataku merenung siling.
Sedang aku mengelamun, mataku tertancap pada rak perhiasanku.
Sebuah kotak berwarna biru lembut menjadi tumpuanku.
Lantas aku bangun dari pembaringan. Kotak itu diambil lalu penutupnya dibuka.
Seketika hatiku sebak mengingat kejadian itu setelah melihat bingkai cermin mata milikku yang telah patah pada suatu ketika dahulu. Pandanganku bertukar sayu.
Tanpa aku sedari, cecair jernih mula membasahi kedua belah pipiku.
"Al-" aku mula terisak kecil.
YOU ARE READING
Love Story [Completed]
Fanfiction[Short Fiction] Kenapa terlalu susah untuk memiliki kau. Aku sudah memberitahu yang kau boleh gunakan aku, tetapi kenapa kau lebih memilih untuk pergi? Start:190522 End: 210522 ©ienly_