Aku mengetuk pintu rumah Alan, tidak lama selepas itu Mrs. Wong membuka pintu untukku.
Mrs. Wong menjemputku masuk kedalam rumahnya.
"Jun, maaf kalau auntie susahkan kamu malam malam buta macam ni. Tapi Alan tu dah empat hari berkurung dalam bilik. Dia langsung taknak keluar" ujar Mrs. Wong penuh kerisauan.
"Mana ada auntie. Tak susah pun. Biar saya tengokkan dia dulu"
Mrs. Wong mengangguk. Aku mula berjalan mendaki anak tangga menuju kebilik tidur Alan yang berada di tingkat dua rumah milik keluarga Wong.
Tok! Tok! Tok!
"Al" panggilku. Tetapi langsung tiada sahutan.
"Alan. Do you wanna build a snowman~ come out, let's go and play~ i never see you anymore, open up the door, it's like you gone away~" aku berhenti bernyanyi. Berharap yang Alan akan membalas panggilanku.
Malangnya suaraku dibiarkan berlalu seperti angin.
Tangan dibawa memegang tombol pintu laku dipulas.
Aku terkejut saat pintu bilik Alan tidak berkunci.
"Alan, aku masuk ya?"
Dengan perlahan aku membuka pintu bilik Alan lalu melangkah masuk.
Sususk Alan dicari. Diatas katil, tiada. Dalam almari, tiada. Bilik air, tiada.
Seketika aku memeluk diriku apabila angin malam menyapa kulitku.
"Angin malam?" aku memandang tingkap bilik Alan. Ianya terbuka.
Adakah Alan lari dari rumah?
Segala pemikiran negatif cuba ditepis. Tingkap bilik dihampiri. Cebisan kertas yang dilekatkan menggunakan pita pelekat pada kaca tingkap diambil.
YOU ARE READING
Love Story [Completed]
Hayran Kurgu[Short Fiction] Kenapa terlalu susah untuk memiliki kau. Aku sudah memberitahu yang kau boleh gunakan aku, tetapi kenapa kau lebih memilih untuk pergi? Start:190522 End: 210522 ©ienly_