Lampu vintage digantung secara rawak dari hujung ke hujung dinding. Memberikan aura romantis kepada sesiapa sahaja yang melihat.
Sebuah meja kecil juga turut disediakan untuk acara makan malam nanti. Bunga-bunga ros yang disusun rapi menambahkan lagi suasana romantik disitu.
"Al, kau tak rasa lampu ni banyak sangat ke?" soalanku menyebabkan dahiku dijentik oleh lelaki disebelahku.
"Banyaklah baru cantik" ujarnya. Aku membuat muka, mengejek suara percakapannya.
Ting! Ting!
Telefon didalam poket seluar ditarik keluar lantas aku melihat screen telefonku. Mesej yang dihantar dibaca.
"Wey Alan, kek dah sampai. Aku turun bawah ambil kejap" setelah mendapat anggukan dari Alan aku membuka pintu rooftop sekolah lalu menuruni anak tangga untuk mengambil kek dihadapan sekolah.
"Boy you got hooked onto something, let me take you to the place in your dream tell me, do you feel the love~" sedang aku asyik menyanyi sambil menuruni tangga, aku terdengar perbualan seseorang.
"Lagipun ini hanya dare, aku pasti boleh buat si Wong tu tunduk dekat aku"
"Lagipun dia on crush dekat aku"
Deg!
Terasa seperti batu besar terhempas ke atasku. Apakah benar apa yang aku dengar?
Lenn menyukai Alan hanya kerana dare?
"Alan" bisikku.
"Who's there?" seperti sedar akan kehadiranku, kawan Leen bernama Mary menyoal.
Telapak tangan dibawa ke mulut lalu dengan segera membuka langkah, menjauhi Lenn dan rakannya.
Sekarang, fikiranku serabut memikirkan Alan. Hati kawanku bakal dihancurkan begitu sahaja.
Seperti semut yang dipijak!
YOU ARE READING
Love Story [Completed]
Fanfiction[Short Fiction] Kenapa terlalu susah untuk memiliki kau. Aku sudah memberitahu yang kau boleh gunakan aku, tetapi kenapa kau lebih memilih untuk pergi? Start:190522 End: 210522 ©ienly_