Alan setia berdiri dihadapan cafe menunggu kemunculan Lenn.
Dia berpaling kebelakang apabila seseorang menepuk bahunya.
Wajah Lenn yang tersenyum menyapa pandangan Alan. Alan turut tersenyum.
"Kita nak pergi mana ni?" Lenn menyoal.
"Awak nak pergi mana?"
"Uhmm jom pergi mall. Saya nak cuci mata" jawab Lenn. Lengan Alan dipaut.
Alan yang melihat tingkah Lenn ketawa kecil.
"Kiyowo" bisik Alan perlahan tetapi masih boleh didengar Lenn
Lenn senyum kecil. Geli dengan Alan tetapi dia terpaksa berlakon.
"Apalah awak ni. Jom" tanpa membuang masa Lenn menarik Alan, berjalan menuju ke mall.
Lenn berhenti melangkah. Sebuah butik pakaian telah menarik perhatiannya.
Kaki dibawa ingin masuk kesana tetapi tubuh kecilnya dihalang oleh Alan.
"Wae?" soal Lenn. Alan dihadapannya dipandang.
Alan menggelengkan kepala. "Awak dah berbelanja banyak harini" Alan bersuara seraya mengangkat paper bag yang berada di tangannya.
"Mari saya hantarkan awak balik"
"Taknak, saya nak beli baju tu"
"Tapi awak dah beli dekat butik sana tadi"
"Itu lain"
"Apa yang lain? Baju juga"
"Brand dia lain"
Baiklah, Alan tidak boleh melawan bicara apabila dengan Lenn. Dia pasti akan kalah. Ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut comel itu.
"Huh, ni last okay? Lepastu kita pergi makan then balik"
"Awak tak suka keluar dengan saya ke?"
"Bukan macam tu Lenn, dah lewat malam"
Leen memusingkan bebola matanya keatas. Tidak sangka seumur hidupnya dia diberi dare untuk bercinta bersama seorang budak lelaki yang naif seperti Alan ini.
Lenn mendengus kasar sebelum dia menolak Alan ketepi lalu masuk kedalam butik itu.
Alan hanya memerhati belakang Lenn dengan pandangan kecewa? Dia mula berfikir, macam mana dia boleh jatuh cinta pada gadis yang kuat berbelanja seperti ini.
Tak sangka nerd sekolah berperangai seperti ini.
Alan berjalan menghampiri sebuah bangku yang berdekatan lalu duduk disitu.
Paper bag yang mengandungi jam tangan, perfume, baju, dan aksesori lain diletakkan di atas lantai.
Sementara menunggu Lenn, lebih baik dia bermain telefon.
Alan tersentak apabila pintu kereta miliknya dihempas kuat oleh Lenn.
Lenn melangkah keluar dari kereta lalu berjalan masuk kedalam kawasan rumahnya begitu sahaja. Tanpa menoleh kebelakang pun.
Moodnya tidak baik apabila dia dipaksa balik oleh Alan atas alasan sudah terlalu lewat.
Sedangkan jarum jam baru sahaja menunjukkan pukul 23:45 malam! Bagi Lenn itu masih awal. Malamkan masih muda!
Alan mengeluh perlahan. Nafas ditarik dalam lalu dihembus.
"Aku tak sangka nerd sekolah liar macam ni" Alan meraup wajahnya.
"Mungkin apa yang Jun cakap haritu betul"
"Betapa bodohnya Alan"
"First date aku hancur" dengan perasaan kecewa yang bersarang didalam diri, Alan mula memandu pulang.
YOU ARE READING
Love Story [Completed]
Fanfiction[Short Fiction] Kenapa terlalu susah untuk memiliki kau. Aku sudah memberitahu yang kau boleh gunakan aku, tetapi kenapa kau lebih memilih untuk pergi? Start:190522 End: 210522 ©ienly_