Break Up

43 24 7
                                    

Seperti biasa, apabila Alan dan Lenn ingin berjumpa mereka pasti akan menunggu dihadapan cafe berdekatan dengan sekolah.

Alan menggigit kuku tangannya kerana risau. Kakinya dihentakkan keatas jalan tar. Dia tahu yang Lenn mengajaknya untuk berjumpa kerana ingin putus dengannya.

Sudah cukup seminggu mereka berdua bersama.

"Alan" suara halus Lenn memanggil Alan yang hanya berjarak beberapa meter dihadapannya.

Alan berhenti menggigit kuku. Lenn ditatap penuh debaran.

"Lama ke kau tunggu?" soal Lenn.

Alan menggelengkan kepala sambil tersenyum kecil. Dia cuba mengawal ekspresi wajahnya apabila Lenn bercakap menggunakan panggilan 'kau'.

"Aku just nak cakap yang aku nak kita putus" Lenn berkata tanpa rasa bersalah.

"Kenapa tiba-tiba nak break? Saya ada buat salah ke? Kalau pasal haritu, saya minta maaf. Bukannya saya taknak keluar lama-lama dengan awak, tapi waktu tu dah lewat sangat. Tak elok untuk kita berdua"

"Sebab tak eloklah aku nak putus. Sekarang, kita berdua takde apa-apa hubungan lagi. Aku dan kau, anggap sahaja tak pernah bertemu. Ini semua salah Mary sebab suruh aku bercinta dengan budak macam kau" seperti tidak kisah akan perasaan Alan, Lenn berkata tanpa memandangnya langsung. Malahan, kata-kata itu lancar sahaja meniti para bibirnya.

"Lenn"

"Aku dah lambat, aku pergi dulu. Ingat, aku dan kau tiada hubungan apa-apa lagi. Menjijikkan" setelah selesai berkata, Lenn membuka langkah. Meninggalkan Alan yang terkelu dengan apa yang baru terjadi.

Kini, Alan dan Lenn bukan lagi pasangan.

Alan meraup wajahnya kesal. Marah akan diri sendiri kerana membiarkan seorang gadis menghancurkan hatinya begitu sahaja.

Love Story [Completed]Where stories live. Discover now