Bab 1

273 17 5
                                    

"Boleh tak Dya dengar cakap babah?"

"Babah tak faham, hidup Dya adalah hidup Dya! Babah tak perlu masuk campur!"

"Siapa ajar Dya kurang ajar macam ni?"

"Siapa ajar? Huh? Babahlah!"

Pang!

"Kau ingat dengan pemakaian seksi kau macam ni ramai orang sukakan kau? Mereka sukakan kau sebab nafsu, sebab kau tunjuk badan kau! Bukan sebab sayang. Jangan sampai sesuatu terjadi dekat kau, baru kau nak berubah! Ingat tu!"


"Allah!"

Dya bangun dari tidurnya, peluh merenik pada dahi dikesat kasar. Turun naik nafasnya, mulutnya terkumat-kamit berzikir pada Allah. Air jernih kian mengayut dan kini perlahan menuruni kedua pipi mulus itu.

"Babah....Ummi....tsk...tsk....tsk..." Teresak-esak Dya menangis.

"Ya Allah, Dya kenapa ni?" Becky peluk tubuh sahabat baiknya.

"I takut, I mimpi benda yang sama. I tahu, I yang bersalah dalam hal ni. Tapi kenapa mimpi tu seakan-seakan mengatakan bahawa I masih berhutang maaf pada babah dan ummi?" Becky gosok belakang tubuh Dya.

"Sabar Dya, I tahu you kuat. I sentiasa ada untuk you biarpun keluarga you dah buang you. I tahu, bukan senang nak hadap semua ni. You jangan lupa, I sentiasa ada untuk you. You nak menangis...." Bahunya ditepuk beberapa kali.

"Bahu I ada, you nangis bersandar pada bahu I. Okay?" Makin lebat air mata Dya.

"I tak tahu lagi apa yang patut I buat sekarang ni. I takut Bec, I dah tak ada sesiapa selain you. You aje yang kutip I bila keluarga I buang I. Andai you buang I satu hari nanti...." Dya menggeleng sayu.

"I tak ada tempat tinggal malah tempat untuk mengadu masalah pun tak ada. You aje harapan I...."

"Dya..." Kedua bahu Dya dipegang.

"Dengar cakap I, selagi I ada....you takkan berseorangan. I akan pastikan you baik-baik aje tinggal dengan I. I takkan biarkan tubuh you luka walaupun sikit. Okay?" Dya terharu, lantas tubuh Becky dipeluk erat.

"You sweet..."

"I tahu...." Terkekeh mereka berdua ketawa.

"I suka bila you ketawa macam ni." Hilang terus tawa dari Dya.

"Dya..." Kedua tangan halus Dya digenggam erat.

"Sebagai sahabat baik you, I takkan sesekali paksa you cerita masa silam you selagi you tak sedia." Dya senyum tipis.

"I percaya, masa silam yang teruk mengajar seseorang untuk tidak mempercayai sesiapa." Untuk sekian kalinya Dya menangis.

"I nak jadi sahabat yang paling terbaik untuk you, walaupun I tak sama agama dengan you. Tapi sayang I untuk you dah macam kakak dan adik. Awal pertemuan, I dah jatuh sayang. Ditambah, I tak pernah merasa ada seorang adik dan itu membuatkan I pilih you untuk dijadikan adik angkat." Becky senyum manis.

"Bec..." Nafas ditarik panjang. Mencari kekuatan untuk sambung ayat.

"I bukan tak nak bagitahu you..."

"Habistu? You tak percayakan I?" uji Becky.

Jeda,

Dya diam tanpa bicara, bukan tidak percaya tapi hatinya takut untuk berterus-terang. Ada tembok tebal melarangnya untuk mengeluarkan semua kejadian dulu. Mungkin tak nak fikir hal dulu, tahu. Itu adalah sangat menyakitkan.

"Dya, macam nilah. I tak pernah fikir negatif dekat you. I selalu faham you, walaupun pernah I tak faham you...." Becky garu kepala tak gatal.

"Tapi I buat-buat faham ajelah. I tak suka paksa orang nak cerita itu ini. Cukup you tahu yang I selalu ada untuk you. Okay?" Dya angguk.

"Jangan sedih-sedih lagi, tak elok. Muka you dah cantik, bila nangis dah berubah jadi buruk tau." sakat Becky.

"You sengaja nak buat I naik angin kan?"

"Bukan selalu." Alis Becky diangkat.

"Hal dulu..." Tangan Becky diusap.

"Cerita kalau itu buat you happy."

Matanya dipejam sesaat.

"Sebenarnya, dulu I seorang liar. I selalu pergi club, keluar dengan lelaki. I selalu mabuk bila balik rumah. Babah dan Ummi selalu marah I, siap nasihat jangan pergi club tapi I degil, I pergi sana jugak. Babah cakap, jangan dekat dengan kaum adam. Semuanya boleh jadi. Kaum adam banyak muslihat cuma I aje dibutakan oleh dunia." Air jernih yang mengalir di lekuk pipi dikesat.

"Bila kejadian hitam tu berlaku, I sedar apa yang babah cakap adalah betul. Barulah I faham maksud 'semuanya boleh jadi'." Terpejam rapat mata Dya. Kejadian hitam itu kembali menjengah dalam fikirannya.

"Sabar Dya, sabar...."

Air yasin yang selalu dibaca Dya dicapai. Becky tumpahkan pada telapak tangan sebelum muka Dya dibasahkan dengan air itu.

"You dah okay?" Nampak muka Dya lebih tenang.

"I okay." Dya tarik nafas rakus. Nafasnya bagai hilang sekejap, semuanya gara-gara lelaki kejam itu.

"I dah cakap dekat you kan, jangan cerita bila you tak sedia." Becky cekak pinggang. Nak marah ni!

"I bukan sengaja, I tak sengaja teringat kejadian dulu. I ingat, I dah boleh move on padahal tak."

"Move on bukan sesenang macam apa yang you fikir Dya, you boleh cakap move on melalui bicara tapi fikiran you?" Dya tunduk bermain jari.

"Fikiran you tetap tak boleh move on dengan semua kejadian tu. Yang you boleh buat adalah redha, terima apa yang terjadi dalam hidup you. Lepaskan semuanya, lepaskan perkara negatif yang pernah berlaku." nasihat Becky lembut.

"I harap semua yang you cakap senang untuk dilakukan, tapi I silap. Redha bukan pada bibir namun pada hati yang sedia dan ikhlas menerima apa yang telah berlaku."

"Pandai pun..." Kepala Dya diusap gaya anak kecil.

"Macam mana you boleh masuk bilik I?" Dya tukar topik.

Memahami, Becky ikut aje rentak Dya.

"I nak turun dapur nak minum air. Dahaga lepas dengar you jerit."

Pak!

"Mengarutlah you ni!" Becky ketawa diikuti Dya.

"I memang dahagalah, bila I dengar you meracau sampai peluh satu badan, I masuk ajelah. I selalu dengar you meracau benda yang sama."

"I minta maaf selama ni kacau you tidur, I tak sangka racauan I boleh buat you terjaga."

"Alah, I tak kesah pun pasal tu. Paling penting, you rasa better lepas I pujuk you. Itu adalah perkara yang paling gembira bagi I."

"You ni...." Muncung tirus dipamer.

"Nak peluk...." rengek Dya manja.

Becky senyum, tubuh sahabat baiknya dipeluk erat. Doanya moga ada sinar kebahagiaan buat Dya. Dapat dia rasai phobia Dya makin teruk. Apa sebenarnya yang berlaku dulu?

Tanpa mereka sedar, ada seseorang mengintip dari jauh. Senyum sinis terkutik di bibir.

"Finalmente ti ho trovato...." (I finally found you)

" (I finally found you)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Khilaf DuluWhere stories live. Discover now