Becky bersembang enak dengan teman-temannya manakala Dya sedang sibuk mencari seseorang. Dah lama Dya tak nampak Mr Nao. Lengannya disiku,
"You cari siapa?" soal Becky.
"Takde siapa." Becky senyum gatal.
"You cari Mr Nao kan? Mengaku cepat!" gesa Becky teruja.
"Apa you mengarut ni? I tak ada cari sesiapa pun, bosan aje. Itu sebabnya I tengok sekeliling, mana tahu ada sesuatu yang menarik kan?" nafi Dya.
"Apa salahnya kalau betul you cari Mr Nao kan?" Muka Dya memerah.
"I tak cari dia. Pleaselah...." Dya buat muka meluat.
"I selalu jugak cari Mr Nao."
"Untuk?" laju ayat itu meluncur keluar dari bibir Dya.
"Eh? Laju betul you kalau I sebut nama Mr Nao kan?" Terkekeh Becky gelakkan Dya.
Pak!
"Auch! Bahu I...." Becky buat muka sedih.
"Jangan nak mengada, I pukul you tak kuat mana pun." Becky sengih.
"Mr Nao dah lama takde, katanya pergi outstation luar negara." Dya angguk.
Pantas saja cariannya setiap hari tidak membuahkan hasil, rupanya kerana ini?
"I cari Mr Nao pun bersebab, ada soalan yang I tak berapa faham."
"Kenapa tak tanya I aje?" berbaur cemburu nada suaranya.
"Buat apa tanya you? You bukannya pensyarah dekat sini."
"Mana tahu kalau-kalau soalan yang you nak tanya I tahu kan?" Dya berdehem kecil.
"Takdenya." Ketawa halus dihamburnya.
"Bukan Mr Nao ke tu?" soal Becky sambil juih bibir pada Mr Nao yang segak berjalan. Raut wajah itu tampak kepenatan, tapi tetap handsome seperti selalu.
"I nampak Mr Nao macam tak sihat je. You perasaan tak?" Dya angguk kerisauan. Sedaya upaya dikawal wajahnya dari nampak ketara.
"Mr Nao memang nak ikut ke? I takut jadi apa-apa, semua benda boleh jadi kan?" Dya ketap kuat gigi. Terjentik cemburu apabila Becky risaulan
"Kena-"
"Diminta untuk semua pelajar berkumpul mengikut kelas masing-masing." Sir Richard memberi arahan.
Cemberut muka Dya, sengaja jaraknya dijauh sedikit dari Becky. Perasaan cemburunya masih berapi, tak suka benar orang lain ambil berat tentang Mr Nao.
"You marah I ke Dya? Asal diam je?" Becky menyiku Dya.
"I okay, mana ada marah you. Biasalah mood period I." tipu Dya.
"You ingat I tak kenal ke you macam mana? Pasti kes Mr Nao ni kan? You cemburu kan?" Laju Dya menggeleng.
"Tak, I tak cemburu." keras Dya menafikan.
Apa yang Sir Richard katakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Anak mata Dya terus-terusan melekat pada Mr Nao.
'You menyamar jadi Mr Nao ke Dawas?' monolog Dya.
"Jom masuk!" ajak Becky lalu tangan Dya ditarik masuk ke dalam bas.
"Beg I macam mana?" Becky juih bibir pada Mr Nao.
"Mr Nao yang tolong bawak masuk beg you, you nampak mengelamun aje dari tadi. Itu sebabnya I mintak bantuan dia terus."
"Kenapa you mintak bantuan Mr Nao? Malulah I!" Serasa nak tutup aje muka sekarang.
"Nak malu apa? Mr Nao dah biasa dengan perangai you yang suka mengelamun, chill lah." Becky labuh duduk di tepi tingkap.
YOU ARE READING
Khilaf Dulu
Romance🄳🅈🄰 🄰🄽🄳 🄳🄰🅆🄰🅂 Arabelle Adya, kerana masa lalu buatnya phobia untuk dekat dengan kaum adam. Janjinya, tak akan dia terima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Namun, kehadiran seorang lelaki misteri menyinari kembali hatinya yang terasa kosong...