Bab 6

102 11 0
                                    

"Demam you dah okay ke?" Becky labuh duduk di sebelah Dya.

"Dah okay sikit."

"I nampak kasut lelaki semalam, ada lelaki masuk rumah sewa kita ke semalam?" Berderau darah Dya.

"Kasut lelaki? Setahu I takde pulak lelaki masuk rumah sewa kita, lagipun I tak boleh nak bangun. Nak tengok sekeliling pun tak ada tenaga."

"Bahayalah you tinggal sorang-sorang dalam bilik. Macam mana kalau perogol bersiri masuk rumah? Bahaya tau!"

"I jamin, tak ada sesiapa boleh masuk rumah ni. Percayalah cakap I." Yakin Dya katakan sebegitu.

"Yakin betul you kan?" Dya tergelak kecil. Mana tak yakin kalau si Dawas asyik masuk rumah?

Takde orang lain selain dia.

"You dah bersiap ke apa yang patut?" Berkerut dahi Dya.

"Maksud you? Bersiapa untuk?"

"You tak baca group whatsapp? pensyarah ajak class kita pergi berkhemah."

"Class kita je ke?" Becky angguk.

"Mr Nao pun join sekali tau." Becky melompat teruja.

"Teruja betul you kan? Nak try mengorat ke dekat sana?" Sengaja bahu Becky dilanggar manja.

"Mana tahu kan..." Becky ketawa malu.

"Mana tahu mengorat dekat sana boleh jadi suami isteri lepas dah balik sini." Terbahak-bahak Dya ketawa.

"You ni sampai ke situ pulak kan? You memang sukakan Mr Nao ke?"

"Macam mana eh? Mr Nao tu crush aje, kalau jumpa lelaki handsome macam Mr Nao pun takpe jugak. Asal handsome, Bec terima dengan hati yang lapang."

"Macam mana kalau handsome menyakitkan hati?" Becky mendecit.

"Tak nak terima terus." Tak tertahan, ketawa itu dihambur.

"Friendzone terus eh?"

"Sakit hati buat apa teruskan? Makan hati aje bila kahwin nanti." Dya angguk.

"Tak salah apa yang you cakap tu, I pun setuju."

Deringan telefon berbunyi menarik perhatian Bec.

"I rasa someone call you." Becky juih bibir pada meja.

"Lepas ni kut I angkat, lagipun I nak spend time bercakap dengan you."

"Angkat ajelah, mana tahu penting kan?" Dya buat muka malas.

"Tak kenallah..." Nombor tak kenal yang tertera pada telefon ditunjukkan pada Becky.

"Jauhnya, Itali. You ada kawan Itali ke?" Dya menggeleng.

"Bercakap dalam bahasa Itali pun I tak pandai, nak pergi Itali sana? Mintak simpang ajelah, mahu I nak pergi toilet, terberak depan orang ramai sebab tak tahu jalan."

"Angkat jelah, banyak kali dia call."

"I naik atas jap." Becky buat simbol okay.

Masuk aje dalam bilik, terus Dya angkat panggilan tadi. Siap pakej tangan dicekak pada pinggang kerana marah.

"Assalamualaikum orang asing, boleh tak jangan call orang Malaysia? Orang Malaysia macam saya tak pandai nak cakap Itali, berbelit lidah. Hidup jangan ganggu orang boleh tak?" Ketawa kuat bergema dalam talian itu.

"You bebel apa ni darling? Hmm? You nak I cubit you ke? Nasib baik I tengah buat kerja dekat Itali, kalau tak dah lama I serang rumah you." Dya buat muka.

Khilaf DuluWhere stories live. Discover now