Bab 10

72 6 0
                                    

Dya diam tanpa suara. Nasihat yang Becky bagi terngiang-ngiang dalam kepala. Hampir tubuhnya jatuh ke dalam gaung jika tidak dipegang tali yang dihulur Mr Nao tadi. Entah bagaimana lelaki itu bisa muncul tepat pada masanya.

"Terima kasih selamatkan I." Mr Nao angguk.

Kerana penat, Mr Nao berehat seketika. Tubuh Dya yang digendongnya dijatuhkan. Dya ketap beberapa kali bibir melihat Mr Nao yang kini bersandar di pohon.

"I minta maaf menyusahkan you."

Spontan, mata yang terpejam itu celik kembali.

"You don't always have to apologize for everything. You're good."

"I banyak kali menyusahkan you." Alis itu terangkat aneh.

"Banyak kali?"

"Yeah, mungkin you tak ingat tapi I ingat semuanya." ucap Dya gembira.

'This is the best moment i've had and I'll never forget it.'

"Why do you smile like that?" Sekali lagi alis itu diangkatnya. Begitu seksi dan menarik bagi perempuan bernama Dya. Semua tentang Mr Nao dia suka, tak tahu kenapa?

"Like what?" Dya sembunyi senyum.

Mr Nao senyum nampak gigi,

"Like this."

Tika itu masa bagai terhenti seketika. Berdegup laju jantungnya, dada sendiri dipegang.

Dup! Dap! Dup! Dap!

"Are you alright?"

"I-i....i okay."

Air liur ditelan sekali. Hatinya berbunga rasanya. Mukanya hangat, tahulah Dya bahawa mukanya kini telah berubah warna.

"Ummm....boleh I tanya sesuatu?"

Kedua pipinya ditepuk beberapa kali. Semoga warna pada pipinya beransur hilang.

"Soalan sensitive ke?"

Melihat dari wajah kemerahan itu, mungkin soalan itu terlalu privasi. Senyum sinis dikutik.

"Otak kuning." Makin merah raut wajah itu. Namun bukannya kerana malu, tapi perasaan marah.

"I cuma nak tanya macam mana you boleh selamatkan I tepat pada waktu. Itu pun dipanggil otak kuning ke?" Dya mendengus geram.

"Muka you merah dari tadi, mungkin you ingat benda yang tak sepatutnya. Siapa tahu kan?" Bibir diketap kuat.

"You ingat I gatal sangat ke nak fikir benda macam tu? Tak ada faedah langsung!" Mr Nao gelak macho.

"You tak nak jawab ke soalan I? Atau you nak terus ketawa?" Tempelak Dya sekaligus jelingan maut diberinya. Benci betul nak tengok muka Mr Nao sehingga kepalanya dipaling tengok arah lain tika ini.

"I ikut you." Mr Nao tarik nafas sekali.

"I tak nak apa-apa jadi dekat you."

Dya hilang nafas. Rasa bencinya tadi hilang diganti dengan perasaan sayang. Kepala diangkat tengok muka tampan itu tidak berkelip.

"Sebagai pensyarah yang berwibawa, takkan I nak biarkan pelajar I dibuli sebegitu rupa."

"Oh." Kecewa bunyinya.

Dya tunduk bermain jari, hancur berkecai hatinya setelah luahan itu didengarinya.

'Apa yang kau harapkan Dya? Hubungan istimewa antara kau dan Mr Nao? Hey! Kau ingat dia adalah Dawas ke? Dia bukan Dawaslah! Dia Mr Nao!' bentak hati Dya.

Khilaf DuluWhere stories live. Discover now