"I am forming a team of 3 instead of 2, for faster completion of assignments. Don't try to copy others." Suara itu tegas dilantunkan
Sir Uzairi tutup buku usai siap menulis di whiteboard. Harapnya apa yang dia jelaskan tadi difahami bukan hanya menulis semata-mata.
"That's all for today, everyone. Class dismissed." Bergema suara itu dalam dewan belajar.
Bunyi tapak kasut Sir Uzairi kedengaran menjauh. Semua orang kelihatan keluar dari dewan belajar satu per satu. Tinggal lah Dya dan Becky saja.
"Jom keluar." Suruh Becky.
Becky dan Dya keluar sama-sama. Namun, jalan yang mereka guna adalah berbeza. Setelah mereka berpisah, Dya meluru pantas menuju ke bilik Mr Nao. Mukanya dibuat confident agar tiada kecurigaan dari pelajar. Langkahnya terhenti, jalan punya jalan akhirnya dia menemui bilik Mr Nao yang menjadi sasaran mereka. Nama yang tertera di pintu dibaca.
Mr Nao
Dya mengetap bibirnya. Confident yang membuak-buak tadi, lesap. Seakan tidak wujud pun tadi. Yang membelenggu dirinya ketika ini adalah rasa takut dan gelisah. Takut jikalau rancangannya mereka tidak menjadi.
Ehem!
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!"
Usai nama dipanggil, Dya pulas tombol pintu masuk. Air liur ditelan kasar menatap seraut wajah yang sedang serius menaip pada komputer.
"Kenapa datang sini?" Soal Mr Nao tanpa mengalihkan pandangannya dari komputer.
"Assignment kurang faham." Senafas Dya beritahu.
Barulah Mr Nao angkat kepala. Tubuhnya bersandar pada kerusi dengan dahi yang berkerut seribu. Mata Dya gatal tengok tangan berurat milik Mr Nao. Dahlah lipat kemeja paras siku.
'Handsome siot!'
"Sejak bila you susah nak faham bila I mengajar? Setahu I, you pelajar cemerlang dalam kelas. Semua assignment you boleh siapkan cepat dan teliti. Kenapa tiba-tiba kurang faham?" Soal Mr Nao bertalu-talu bak bertih jagung isi hati dikeluarkan.
"Tak nak ajar ke? Okaylah, masuk kelas dulu." Pura-pura dingin, Dya nak berbalik tubuh keluar. Namun,
Tok! Tok! Tok!
"Mr Nao! Mr Nao! Mr Nao!" Panggil Becky dari luar bilik.
Mr Nao tutup laptop selanjutnya, dia bangun. Buka aje pintu, raut wajah Becky yang sedang panik kelihatan.
"Kenapa ni?"
"Mr Nao, ada orang gaduh!" Bagitahu Becky kerisauan.
Mr Nao berdecit.
"Dya, I settle apa-apa dengan you lepas ni. I nak settle kan masalah ini dulu. Pensyarah ramai tak ada, you kunci ajelah pintu. I pergi dulu." Pamit Mr Nao berlari anak mengejar langkah panjang Becky.
Dari belakang, Becky bagi kenyitan mata agar Dya meneruskan rancangannya. Dya ambil nafas terlebih dahulu sebelum dia menggeledah tempat Mr Nao.
"Allah maafkan aku atas sebab mengusik barang Mr Nao. Aku buat semua kerana terpaksa Ya Allah. Semoga engkau membantu hambaMu ini. Amin...." Doa Dya sambil raup muka banyak kali.
Dya cekak pinggang bila tak ada langsung informasi yang dimahukannya. Dia bercekak pinggang sekaligus meliarkan mata mencari apa-apa bukti untuknya bawa pulang.
"Mana eh?" Gumamnya sendiri.
Semua tempat telah digelendahnya. Sayangnya, tak ada langsung berita baik. Dya hampir nak putus asa. Anak matanya menangkap laptop yang berada di atas meja. Terjentik rasa penasaran pada laptop. Dah elok buka laptop, ada password pulak sebagai penghalang.
YOU ARE READING
Khilaf Dulu
Lãng mạn🄳🅈🄰 🄰🄽🄳 🄳🄰🅆🄰🅂 Arabelle Adya, kerana masa lalu buatnya phobia untuk dekat dengan kaum adam. Janjinya, tak akan dia terima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Namun, kehadiran seorang lelaki misteri menyinari kembali hatinya yang terasa kosong...