Dya tarik nafas panjang lalu hembus. Perbuatannya diulang banyak kali. Tangannya mengigil tidak sempurna, dah tahu penakut orangnya tapi tetap cari masalah.
"Becky, you rasa tindakan I ni betul ke?" Angkat kening, Becky pusing tubuh fokus pada Dya. Taklimat yang Mr Nao berikan dihiraukan.
"Apa yang you buat ni betul-betul salah. I tak setuju langsung. Banyak keburukan berbanding kebaikan." jujur Becky.
"Tapi I memang nak join aktiviti ni."
Sesekali Becky kerling Mr Nao. Harapnya Mr Nao tak perasaan mereka tengah bercakap.
"You ni betul-betul keras kepala kan? Orang tak ajak nak join. Bila orang tak ajak reti pulak tak nak lepastu bagi seribu alasan. Apa masalah you sebenarnya?" Becky cekak pinggang nak marah. Risau tahu tak!
"I tak pernah cuba aktiviti macam ni. Tak salah kan?" Dya sengih kerang busuk.
"Ini bukan masalah tu...." Jeling paling tajam dihulur.
"Habistu?"
"Masalahnya adalah you." Nafas ditarik sekali.
"You kawan baik I dah lama, of course I tahu you takut gelap. Kalau boleh I tak nak you masuk hutan sana tau. Bahaya." Terselit kerisauan dari nada itu.
"Alah, I tak takut gelaplah. Okay aje I berdiri depan mata you dalam keadaan gelap." Sehabis mungkin Dya menafikan.
"You ni kan Dya, kalau ia pun nak tunjuk berani agak-agaklah. Tandas pun you nak I temankan." Dya berdehem.
"Salah ke I nak lawan ketakutan I? I penatlah asyik mintak tolong orang teman aje, I banyak kali menyusahkan orang. Dah tiba masanya I kena belajar berdikari, I-." Kedua bahu Dya dipegang.
"Listen mate." Mata bertentang mata. Betul-betul serius.
"Apapun alasan you, I tak boleh terima. Banyak risiko untuk orang macam you berjalan masuk dalam hutan. You sedar tak peraturan dalam permainan yang kita main nanti apa?" Dya angguk.
"Semua pelajar dikehendaki masuk hutan mencari kertas yang bertulis nama masing-masing mengikut kumpulan yang telah dipilih tanpa apa-apa cahaya lampu." Senafas Dya mengungkapkan kata.
"You tak boleh macam ni Dya, tempat yang you nak masuk tu gelap-gelita. Boleh sesat tahu tak?" Bersungguh Becky yakinkan. Penatlah dengan orang degil macam Dya ni.
"Becky, I boleh jaga dirilah. Lagipun ramai aje pensyarah yang ada dekat sini. Mana tahu kalau-kalau Mr Nao yang selamatkan I nanti kan?" gurau Dya bersama gelak palsu.
"Macam mana kalau apa yang you cakap tu betul?"
"Hello there?" Mr Nao lambai pada mereka berdua.
"Panjang umur, baru sebut tadi." bisik Becky perlahan.
"Shhh...." Dya menggeleng.
"Any problems?" Mr Nao angkat kedua alis seksinya.
"Tak ada apa-apa masalah, I dengan Becky borak kosong aje."
Anggukan diberi, lantas...
"Hey guys, wanna hear a story?"
Semua angguk teruja. Mr Nao senyum miring, anak mata beralih menghala Dya.
"I am sure you don't mind sharing with the class..." Dya telan air liur.
Gulp!
Air liur diteguk rakus, muka dah naik pucat lesi.
'Nak jawab apa ni? Aduh!'
YOU ARE READING
Khilaf Dulu
Romance🄳🅈🄰 🄰🄽🄳 🄳🄰🅆🄰🅂 Arabelle Adya, kerana masa lalu buatnya phobia untuk dekat dengan kaum adam. Janjinya, tak akan dia terima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Namun, kehadiran seorang lelaki misteri menyinari kembali hatinya yang terasa kosong...