Bab 19

40 7 0
                                    

"Kenapa you tak bukak pintu? I panggil you dari tadi tau!" Bebel Becky, menjeling dengan raut wajah berona merah.

"Kenapa you nampak marah sangat ni? I ada buat salah ke?" Soal Dya, mengikut setiap langkah Becky.

Dari masuk bilik sampai ke balkoni. Anak matanya tajam pandang sekeliling sepertinya sedang mencari sesuatu. Dya tak berdebar, tidak mungkin Dawas belum pulang kan? Becky takkan tahu punya!

"I nampak Mr Nao tadi."

Tubuh Dya jadi keras kejung. Terkejut yang teramat. Pengakuan itu menjentik rasa gusar dan takut. Dya belum bersedia nak bagitahu cerita sebenar yang terjadi dulu.

"Mungkin pelanduk dua serupa kut?"

Becky mengecilkan anak mata. Ada yang tidak beres dengan tingkah Dya. Nampak gelisah semacam hingga peluh dah merenik pada dahi. Adakah telahan nya benar?

"Dya,"

Ehem!

Becky betulkan anak suaranya sebelum dia berpusing pandang langit. Dia kini ingin serius berbincang mengenai masalah Dya. Mungkin nampak macam Becky nak memaksa tapi semua ini demi kebaikan mereka berdua. Sepatutnya mereka tak perlu sembunyikan apa-apa. Bukankah itu dipanggil sahabat. Bukan?

"Kau tahu yang kita berdua dah lama bersahabat baik."

Dya dah tahu apa yang cuba Becky sampaikan. Lantas, dia bawa diri merapat. Berdiri di sebelah Becky melakukan hal yang sama. Menatap bintang dengan pelbagai perasaan yang bercelaru.

"You tak sepatutnya merahsiakan semua perkara dari sahabat baik you. You tahu benda tu kan?"

Dya diam tak berkutik. Diksi tak keluar dari bibir sebab dia pun tak tahu harus dimulai dari mana.

"Kalaupun I bagitahu, I yakin you tak akan percaya cakap I." Pelan suara itu berbisik.

"Kenapa pulak I tak percaya?"

Becky semakin mendesak, bertambahlah Dya rasa tertekan. Disebabkan itu, jalan yang dia ambil adalah memberitahu hal sebenar.

"You percaya tak muka kekasih I sama dengan Mr Nao?"

Becky tercengang.

"You serius ke?"

Dya angguk.

"Lelaki yang you nampak tadi adalah suami I, Dawas. Kekasih silam I dulu yang tidak pernah I mengakui bahawa kami adalah suami isteri." Akui Dya status diri mereka yang sebenar.

"Suami tak guna yang I cerita dekat you selama ini adalah dia. Cuma bezanya, mata Mr Nao berwarna hitam pekat manakala mata Dawas true sapphire."

Becky terduduk atas lantai. Terkejut beruk dengar kebenaran yang terbentang di depan mata. Dya turut sama menjatuhkan dua kakinya. Persis perempuan melayu terakhir dia duduk bersimpuh.

"Kadang-kadang I terbuai dengan perasaan sendiri sampaikan I anggap Mr Nao adalah suami I. Jauh di sudut hati, walaupun Dawas buat banyak masalah dalam hidup I tapi I tak boleh tipu diri I sendiri bahawa I masih sayangkan dia." Luah Dya, terseksa dengan perasaan sendiri.

"Dawas adalah Mr Nao?"

Dya angkat bahu. Diakui muka mereka sama tapi mustahil Mr Nao adalah Dawas.

"You tak syak Mr Nao adalah suami you?"

Dya menggeleng.

"Mustahil! You lupa apa yang Mr Nao cakap? Dia tak ada keluarga. Mr Nao tinggal sendiri."

"Betul jugak tu."

Becky dan Dya berdiam diri sementara. Mereka sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Ada cerita yang perlu dicari dan dibongkarkan untuk kebaikan Dya. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"You fikir tak apa yang I fikir?" Becky angkat kening bersemangat.

"Kita siasat Mr Nao nak?"

Becky dan Dya buat high five. Mereka tampak gembira dengan keputusan yang diambil.

"Bukan apa yang kita buat ni berbahaya ke?" Soal Dya tiba-tiba gusar.

"You takut bahaya ke, you takut nak hadap kebenaran sebenar?"

"Sebenarnya kedua-dua nya I takut tapi hati I meronta-ronta naik gila nak tahu jawapan siapa Mr Nao yang sebenar." Jawab Dya laju.

"Kita buat semua ni demi kebaikan. Sampai bila kita nak tertipu dengan Mr Nao? Nampak baik, rupa-rupanya lelaki tak guna macam Dawas tu. Ibarat lebah, habis madu sepah dibuang. I sanggup jadi orang pertama yang pukul Mr Nao kalau betullah dia adalah Dawas! Percayalah cakap I, I akan pukul Mr Nao habis-habis! I akan lempar dia dalam hutan sampai binatang buas makan dan mampus!" Luah Becky senafas.

Dya sembunyi senyum. Boleh nampak Becky kehabisan nafas. Tercungap-cungap mencari nafas kembali. Habis mukanya berona merah.

"Bec..."

Becky terpegun. Terkedip-kedip kelopak matanya mendapat pelukan ketat dari Dya. Paling mengejutkan sekali, ada air mata yang menitis pada bahunya.

"Terima kasih untuk semuanya...."

Dya kemam rapat bibir. Esakan yang hampir nak keluar bunyi ditahan sebaik mungkin. Matanya dipejam,

Tap!

Air mata itu kembali membasahi kedua pipi itu.

"Thank you jadi rumah kedua untuk I walaupun keluarga I sendiri tak terima I sebagai tetamu. Thank you always ada dengan I walaupun I tak layak untuk merasai kebahagiaan ini. Thank you untuk segala kemudahan yang you berikan pada I selama ini. Thank you...." Sebak Dya merintih.

"You are going to be okay. It's okay to feel stuff sometimes. It's okay to be imperfect. People just don't get how sensitive you are, and that's okay. Whatever you are feeling right now you can feel it. You can take your "i'm okay" hat off. Just shatter right now, in your room, in your car, just break."

Untuk itu,

Banjirlah air mata Dya membasahi baju Becky. Teresak-esak dia menangis kerana nasib hidupnya yang entah bila akan terus menyusahkan hidup Becky. Dya pun tak tahu bagaimana hidupnya jika Becky tidak ada. Mungkin menjadi pengemis?

"God is holding your hand even if you feel like he isn't. He says that it's okay to be yourself and feel what you feel. He wants you to be happy, but he understands that you can't always have a smile on your face. Please stop with faking how strong you are. Cry. It's okay to cry. Just shatter. It's okay to that too..." pujuk Becky lembut.

Hati Dya tisu sungguh. Sampaikan apa yang Becky cakap buat air matanya menitis lagi dan lagi. Nampaknya tak ada tanda nak berhenti.

"Walaupun kita berdua berjumpa secara cliche tapi I betul-betul terhutang budi dengan you. I tak tahu macam mana dengan hidup I kalau tak ada you. Banyak kemudahan yang you bagi dekat I. Wang, rumah, pakaian dan semuanya tak akan mampu I balas sampai bila-bila. Thanks Becky....Thanks sangat-sangat...." Lirih Dya, ia mencapai tangan halus itu lalu digenggam erat.

"You tak perlu berterima kasih dekat I. I ikhlas nak tolong you. I dah anggap you macam kakak sendiri. Keluarga I tak ada masalah dengan you. Keluarga I sendiri yang willing untuk bagi semua ini pada you." Bagitahu Becky bahagia.

"I tak pernah jumpa keluarga you."

Raut wajah Becky tiba-tiba berubah gusar dan gelisah. Namun, cepat-cepat tukar mode gembira. Gigi yang tersusun rapi itu dipamernya.

"Lain kali ada masa I akan bawak you jumpa keluarga I tau! I masuk bilik dulu eh?"

Kepergian Becky keluar dari biliknya menjadi tanda tanya buat Dya. Berkerut hebat dahinya memikir mengapa dengan tingkah aneh Becky. Becky nampak takut akan sesuatu. Ada sesuatu yang Becky sembunyikan darinya?



Khilaf DuluWhere stories live. Discover now