BAB 9

1.1K 40 0
                                    

POV HARIZ

Usai minggu orentasi di kolej, dia merebahkan tubuhnya di atas katil dan menoleh kearah katil senior pada sebelah kanannya. Kosong, semenjak dia berada dibiliknya, tetapi dia merasakan seniornya balik bilik bila tengah malam, mungkin aktivitinya habis lewat malam. Sebab, dia terdengar loceng berlaga, bagai loceng gelang tangan dan seseorang baring di katil sebelahnya. Tapi dia tak mampu untuk berjaga sebab terlalu penat dek aktiviti orentasi yang berlaku di siang hari sehingga malam. 

Bila pagi je, katil sebelahnya tiada orang, cadar katilnya juga terkemas rapi, bagai tiada jejak. Adakah hantu roomatenya?

TUK TUK!!

Terperanjat Hariz dek lamunan sebentar tadi. Mana taknya, laki ni tengah fikir pasal roomate yang tak pernah dilihatnya.

"masuk la, pintu tak kunci" laung Hariz dari dalam bilik 

Maka masuk la 2 ketul kawan Hariz yang baru di kenalinya sepanjang minggu orentasi itu, Hakimi dan Izad berdiri di hadapannya lalu duduk di atas katil roomate-nya itu

"abang Hariz, esok kan sabtu, jom esok kita keluar pergi bandaraya, jalan jalan tengok wayang ke, makan, karoke ke, naik beca ke, naik boat ke" bertubi tubi cadangan Hakimi, Izad hanya jadi supportive di sebelah Hakimi

"berapa kali aku nak cakap, jangan panggil aku abang, kau panggil aku Hariz sudah la, kitakan sama batch masuk, apa yang nak abangnya" tegur Hariz yang kurang selesa dengan gelaran 'abang' di hadapan namanya, terasa tua dalam kalangan mereka.

"hehehe" sengih mereka berdua

"boleh je, pukul berapa nak gerak?" soal Hariz tanda setuju

"pukul 11 la gerak, kitorang tunggu kat bawah, dekat tempat laundry" balas Hakimi

"ouhhh okay" Hariz hanya setuju dengan cadangan mereka berdua

"roomate abang Hariz mana? tak balik lagi ke? dah pukul 12 malam" soal Izad yang dari tadi mengangguk tanda setuju dengan cadangan si Hakimi ni

"kejap lagi balik la tu" balas Hariz sambil melirik jam tangannya, 'ha ah la, dah pukul 12' bisik hatinya

"siapa nama roomate abang Hariz?" soal Hakimi

"tak tau" balas Hariz sambil menjungkit bahunya tanda tidak pasti, dia tak pernah tahu pun nama roomate dia sendiri, manakan tidak, bersua pun tidak pernah

"orang dia macam mana?" soal Izad

"tak tau" balas Hariz

"abang pernah jumpa dia ke tak?"

"tak"

"dia tak pernah balik bilik ke?"

"pernah"

"lepastu?" bertubi tubi soalan diajukan oleh Hakimi

'eh budak ni, ringan tangan aku nak menduku kepala dua ekor ni' bisik hati Hariz

"dia selalu balik lewat malam, bila dah pagi, dia keluar awal pagi, sebelum subuh" balas Hariz 

"ouhhhh" Izad mengganguk tanda setuju "tapi abang pasti ke dia adalah orang?" 

"asal kau tanya macam tu?" soal Hariz untuk kepastian, mungkin ada cerita di balik soalan si Izad

"abang Hariz tak tau ke? satu kolej dah tau pasal cerita ni" ujar Izad

"tak tau pun, cerita apa ni?" soal Hariz inginkan kepastian

"kolej ni ada satu bilik 'keras', pihak kolej terpaksa kosongkan sebab kalau ada student duduk bilik tu, mesti diorang kene kacau" balas panjang lebar Izad

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now