"Assalamualaikummmm" sahut satu suara dari luar pagar
Selang beberapa saat, pintu pagar terbuka secara automatik dari dalam, muncul kelibat Adi dan Bakar dari dalam rumah untuk menyambut tetamu.
Kei Wing tersenyum melihat susuk kedua lelaki ini, dia menghulurkan tangan untuk bersalam "pakcik sihat?" soal Kei Wing, sambil tu dia menghulurkan satu bag plastik penuh dengan bahan masakan kepada Adi.
"Alhamdulillah sihat, sampai juga kamu ya, pakcik ingat kamu dah sesat dah, puas suruh Adi ni call kamu, tapi tak angkat angkat" Bakar menyambut salam anak muda yang berwajah kacukan cina ini.
"saya call kenapa tak jawab?" soal Adi yang kerisauan tapi masih dengan senyuman terpancar
"atas motor, macam mana nak jawab?" balas Kei Wing sambil menyalam tangan buruh kasar Adi
Adi hanya terdiam 'betul jugak, apa la aku ni bodoh sangat' bentak dalam hati
"yang ni siapa pulak?" soal Bakar menunding jari kearah kelibat di belakang Kei Wing
"ni Hariz, Hariz ni pakcik Bakar, ni Adi" Kei Wing memperkenalkan Hariz kepada Bakar dan Adi, mereka saling bersalam salaman.
"Pakcik apa khabar?" soal Hariz ingin memulakan perbualan
"sihat Alhamdulillah" balas Bakar, dia tenung melihat susuk wajah Hariz seketika, macam orang yang dia kenali "eh, apa pulak berdiri lama kat sini, jom masuk, jemput masuk, sila" Bakar menjemput tetamu masuk ke dalam rumah
Mereka berempat masuk kedalam rumah dan mengambil tempat di sofa di ruang tamu. Adi sahaja yang meluru ke arah dapur untuk menyiapkan apa yang patut untuk tetamu.
"pakcik, besarnya rumah pakcik, dari dulu ni memang rumah pakcik ke?" soal Kei Wing ingin tahu
"ya Kei Wing, ni la dia rumah pakcik, cuma tambah tambah sikit je kat belakang tu" balas Bakar
"tapi kenapa pakcik still lagi kerja jadi pemandu teksi, pakcik kan kaya? Adi ada boleh jaga pakcik lagi" Kei Wing masih lagi ingin tahu
"saja je, pakcik nak isi masa lapang, dulu pakcik bekerja, sekarang dah saing orang pencen ni, nak duduk saja kat rumah tak boleh, lagi banyak penyakit dibuatnya" terang Bakar
"hahaha betul jugak tu" sampuk Hariz
"kamu ni, pakcik nampak kamu ni macam orang yang pakcik pernah kenal la, siapa ayah kamu ya nak?" soal Bakar kepada Hariz
"ayah saya? nama ayah saya Putra" balas Hariz 'mustahil la, orang macam pakcik ni kenal ayah aku, melainkan dia ni anak kerabat diraja, mustahil, dia tak kenal punya' Hariz bermonolog di dalam hati
"nah air, minum dulu, nanti teman abang ke dapur, kita masak, kau orang nak duduk saja tak dapat la" ujar Adi dapur dengan sedulang air sirap, dan menuangkan kedalam cawan.
Hariz dahulu mencapai air sirap tersebut, terlalu dahaga agaknya
"Terima kasih abang, Kei Wing okay je" ujar Kei Wing sambil mengambil segelas air yang dihulur oleh Adi
Sedang Hariz meneguk air sirap
"kamu anak Tengku Putra Tengku Mahmood ke?" soalan cepu mas diberikan oleh Bakar
"PPPPPFFffffTTTTTT" tersembur air sirap, habis basah lantai dengan air berwarna merah
Hariz cepat cepat ambil tisu di atas meja untuk bersihkan air yang tertumpah, Kei Wing cuba menenangkan dengan mengusap belakang badan lakinya yang tersedak akibat soalan dari Pakcik Bakar
"sorry pakcik, macam mana pakcik tau ni? saya tak sebut nama penuh ayah saya" ujar Hariz malu dengan perangainya yang macam kebudak budakan.
"Pakcik dah agak dah, muka kamu sebiji macam ayah kamu time muda muda dulu, ayah kamu sihat?" soal Bakar yang ingin tahu.
YOU ARE READING
LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)
RomanceBXB or GAY CONTENT ALERT APA RAHSIA SEBALIK LOCENG NI? "tak tau aku pak guard ni tak kasi aku masuk" terang Kei Wing "tak boleh sir, orang kejap lagi nak solat, non muslim dah habis waktu melawat" terang pak guard Hariz melihat raut wajah Kei Wing T...