Semalam setelah bermadu asmara bersama Hariz di atas Bukit Ampang, Kei Wing menerima satu mesej dari Adi, dia dan pakcik Bakar akan amek dia untuk bawa ke satu tempat mungkin bermakna baginya pada pagi esok pukul 9pagi.
Pukul 9 pagi dia dah terpacak depan lobby hotel, tapi sekarang dah pukul 9.15 minit pagi, batang hidung abang jawa ni pun tak nampak lagi. Hariz di biarkan tidur lena diatas, hasratnya ingin pegi bersendirian dengan Adi dan Pakcik Bakar.
Tak lama selepas itu datang teksi, didalamnya ada Adi dan Pakcik Bakar, kali ini Adi adalah pemandunya.
"dik, ada order teksi ke?" canda Adi dari dalam perut kereta
"hahahhaa... Ada bang, adik naik ya" balas Kei Wing sambil terburai tawanya, lalu dia membuka daun pintu teksi dan masuk kedalam perut kereta.
Pakcik Bakar hanya tersenyum
"maaf ya Kei Wing lambat sikit, si Adi ni nak terberak pulak, dekat rumah tak nak berak, dah keluar la nak terberak" ucap Bakar
"sakit perutttt" balas Adi sambil memegang perut
Perjalanan di teruskan
"tak apa lah, Kei Wing pun baru turun je, 1 minit macam tu pakcik datang, just nice" balas Kei WIng "by the way kita nak pergi mana?" soal Kei Wing
"Kei Wing, pakcik nak mintak maaf pasal semalam ya, semalam pakcik pun tak tahu perkara yang sebenar dan pakcik tak tau nak balas apa, sebab semuanya terjadi begitu mengejut" pujuk Bakar
"saya pun nak mintak maaf sebab saya rasa macam kurang ajar pergi dari rumah pakcik dengan abang Adi macam tu je, tak ada salam tak ada apa, Kei WIng mintak maaf ya pakcik?" ucap Kei WIng juga yang diselubungi rasa serba salah
"tak apa pakcik faham semua tu Kei WIng, Kei WIng jangan risauuu.." belum sempat Bakar menghabiskan ayat, Adi memotong..
"maaf anda diterima" ujar Adi
"tapi, kalau Pakcik Bakar keturunan Raja, kenapa abang Adi tak ada title 'Raja'?" soal Kei WIng ingin tahu
"Adi anak angkat pakcik, Pakcik kahwin engan ibu Adi semasa dia berumur 12 tahun tak silap, sebab tu Adi tak ada title 'Raja'" balas Bakar
Adi hanya angguk tanda betul apa yang diperkatakan oleh abahnya
"ouhhhh, habistu mana makcik?" soal Kei WIng
Mereka berdua senyap memandang luar tingkap.
Kei WIng tertelan air liur, mungkin soalannya terlalu sensitif pada saat ini. Tak sepatutnya soalan itu dia tanya
"Kei Wing mintak maaf pakcik kalau soalan tak patut Kei WIng tanya, sooo abaikan lah" ujar Kei WIng
"sebenarnya 5 tahun selepas pakcik berkahwin, isteri pakcik yang pertama meninggal dunia, dan selang 2 tahun, pakcik berkahwin dengan ibu Adi, tapi selepas 1 tahun setengah, ibu si Adi nak balik Indonesia untuk bertemu sanak saudara dia di sana, Adi of course masih di kuliah, masih bersekolah, jadi Adi tak ikut, sampai sekarang ibu Adi tak balik-balik Malaysia, bila pakcik telefon kat sana, telefon di kampung, mbah(nenek) Adi cakap dia dah balik Malaysia tapi tengok rekod, dia tak balik pun Malaysia" ujar Bakar
Suasana diam seketika
"sampai sekarang kitorang tak tahu mana mak abang pergi" tambah Adi
"ouhhhhh, faham" Kei WIng hanya angguk tanda faham "tapi mana anak pakcik dengan isteri pertama?" soal Kei WIng ingin tahu, menarik bukan?
"ada 2 orang, 2 orang tu semua dah berkahwin dan tinggal dia UK, berkeluarga di sana dan buat perniagaan di sana" balas Bakar
"kenapa pakcik tak ikut diorang?" soal Kei WIng lagi
YOU ARE READING
LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)
RomanceBXB or GAY CONTENT ALERT APA RAHSIA SEBALIK LOCENG NI? "tak tau aku pak guard ni tak kasi aku masuk" terang Kei Wing "tak boleh sir, orang kejap lagi nak solat, non muslim dah habis waktu melawat" terang pak guard Hariz melihat raut wajah Kei Wing T...