BAB 28

1.2K 43 15
                                    

"Assalamualaikum.." muncul satu suara dari muka pintu bilik Kei Wing

"waalaikumusalam, masuk la, pintu dah terbukak dah tu" ucap Kei Wing dalam keadaan wajah yang sugul

"kau kenapa ni? muka dah macam tenuk berak kapur je aku tengok?" soal Danial sedang menuju kearah kawan baiknya ini

"tak ada apalah" balas Kei Wing pendek 

"ni first time aku dengar dari mulut kau, by the way, Hariz kenapa menonong je aku tengok keluar pagar kolej? dengan muka ketatnya. Korang gaduh lagi ke?" soal Danial ingin tahu

Kei Wing hanya mengangguk lemah tanpa menoleh kearah Danial

"huurrmmm... sabar la Kei Wing, dah nama pun dalam hubungan percintaan, tak ada dugaan, memang tak sah" saja Danial menasihati, apa apa pun dalam hubungan atau dalam kehidupan mesti akan diduga, cuma membezakan adalah bentuk dugaan itu sendiri

"kitorang tak gaduh, tapi entah la, aku kesal bodoh dengan diri aku, semua punca dari aku" ujar Kei Wing sambil memandang kearah Danial

"asal kau cakap macam tu? besar sangat ke salah kau buat?" soal Danial

"sepatutnya semalam adalah aku punya 'malam' sama sama dengan Hariz, well you know" terang Kei Wing "aku dah janji dengan dia, tapi semalam aku teman Adi pergi dinner, on the way balik sini aku tertidur then Adi decided to brought me to his hotel" tambah dia lagi

"hotel mana ni?" soal Danial ingin tahu

"tu, Bendahara Hotel, dekat area Kota Laksamana" balas Kei Wing

"tu bukan 'his hotel', itu kau punya hotel" ujar Danial

"bukan, arwah mummy aku punya" balas Kei Wing sambil memandang tepat kearah bingkai gambar arwah mummy nya, rindu kian menular

"sama la tu" bidas Danial "patut la semalam Hariz sedih semalam, tak keruan mamat tu tanya pasal kau, siap ketuk pintu bilik aku tanya pasal kau" terang Danial

"serious la Dan?" soal Kei Wing, 'sayang giler dia dekat aku'

"iyaaaa, kau nampak muka aku macam penipu ke?" soal Danial sambil menunding jari kearah mukanya

Kei Wing hanya memandang polos, tiada reaksi langsung dengan lawak hambar yang diberikan oleh Danial

"Wing, aku rasa, kau patut spend time dengan dia lebih lama lagi la, sebab aku rasa korang tak kenal diri masing masing, maksud aku, kau tak kenal Hariz sangat dan Hariz tak kenal aku sangat" nasihat Danial

Ada juga betul kata-kata Danial ini, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Eh? betul ke? lantak la. Walaupun kita cinta antara satu sama lain, kita harus kenal lebih mendalam tentang . 

"yelah, nanti aku usahakan macam mana" suara Kei Wing memecah kesunyian tatkala dia  melayangkan fikiran

"okaylah, kau rehat, aku nak balik bilik, nak pergi memancing kejap lagi" ujar Danial sambil bangun dari tempat duduknya

"huh? dengan siapa dowh?" soal Kei Wing

"dengan Khai, roomate aku" balas Danial

"macam-macam dowh aktiviti kau ni, memacing lah, jamming lah, perform dekat bar la, korang bercinta ke macam mana ni?" soal Kei Wing ingin tahu

"acik kau, Khai tu tak boleh nak duduk bilik, bontot dia gatal kalau duduk lama lama dalam bilik" terang Danial sambil berdiri di muka pintu

"lain la macam kau, mengongkek je keje" canda Danial sambil keluar dari bilik

"buto kau!!" 

HEHEHEHEHHEHEHE!!!

____________________________

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now