BAB 13

1K 36 5
                                    

Hariz baru sahaja habis bermain rugby di padang sebelah kolej kediamannya ini, pulang masuk ke dalam bilik, dia melihat tiada kelibat 'K', dengan baju yang basah dek peluh dia membuka dan melemparkan ke tepi bakul baju kotornya, berlonggok baju yang kotor tidak berbasuh. Kasut di tanggal di dalam bilik di hadapan pintu biliknya. 

Usai sahaja melilitkan tuala di pinggang, terlihat kelibat 'K' masuk dalam bilik sambil menutup mulut dan hidungnya. Seolah ada yang berbau tidak senang dek Kei Wing

Kei Wing masuk ke dalam bilik dan menendang kasut Hariz yang ada di dalam bilik sampai ke luar bilik, dia melirik ke arah baju yang gunung membusut di dalam bukul baju, lantas dia mengambil semburan pewangi lalu menyembur kearah longgokan baju kotor.

Hariz hanya melihat tingkah laku kawan biliknya itu "sorry pasal kasut tu, tak sempat bukak kat luar, nanti baju esok la aku basuh" ujar Hariz

"bangsat apa nak basuh esok, kau pergi basuh sekarang! kau tak ada hidung ke sial?!" tempelak Kei Wing

Perkataan 'bangsat' membuatkan air mata jantannya jatuh, tak pernah orang tembak kasar dengan perkataan tidak elok begitu terhadap dirinya

"bau baju kau dengan kasut kau dah bau bangkai tikus! sama busuk macam hati kau!!" ujar Kei Wing kasar, tak tau kenapa, selepas dia balik dari kelas, dia malas nak menghadap muka Hariz, ada saja benda tak kene dekat mata dia. 

"aku tau busuk, ye aku pergi basuh sekarang tapi jangan sampai nak menghina orang lah sial!" kini giliran Hariz menahan amarah terhadap lelaki separa cina di depannya ini sambil dia menyarungkan baju jersey dan seluar pendek

"kau kalau tak tau nak berkawan, kau pergi duduk hutan la sial, petang macam ni nak buat orang panas" tambah Kei Wing lagi, dia suka bila Hariz ada tindak balas akan cacian dan makiannya

Hariz hanya diam dan berlalu pergi tanpa menghiraukan 'K' sambil mengendong bakul baju kotor yang penuh dengan baju, dalam diam hati panas tapi harus bersabar

______________________________

POV KEI WING

'kepala hotak dia, tak berbaju, badan dia masih sedap eh?' Kei Wing bermonolog di dalam kepalanya apabila dia teruja melihat badan Hariz yang masih lagi kekar dengan otot yang timbul

Aku menyembur satu bilik dengan Febreez, hotak dia, bau macam bangkai bodoh, busuk! sembur kasut dia sikit, sembur kat dalam tapak dia. Nice! apa aku ni? cakap sesorang pun boleh.

Tiba-tiba dia terlihat sabun pencuci baju milik Hariz tertinggal di tepi bucu katilnya. Lalu dia mencapai dan keluar dari bilik untuk memberi sabun tersebut kepada Hariz, kang baju dia tak bersabun pulak

Sedang dia menuju kearah tempat laundry, dia melihat Hariz bersama Izad dan Hakimi, sedang rancak berbual bual, Kei WIng menghentikan langkahnya, dia melihat dari jauh kelakuan dua budak ni, lain macam.

Kemudian dia melihat Izad meraba lengan milik Hariz, mana pula Hakimi menekap mukanya di sebelah lagi lengan milik Hariz. Masing masing bergelak ketawa, apa yang suka sangat korang berdua ni nak pegang-pegang Hariz? Kei Wing kenal sangat Hakimi dengan si Izad ni, hanya jauhari mengenal manikam! 

'dulu kau cakap kau jijik dengan gay, sekarang kau di kelilingi oleh budak-budak gay pun kau tak tau, kau biarkan pulak tu budak dua ekor ni meraba lengan kau' ngomel Kei Wing dalam hati, mula timbul rasa tidak puas hati

Kaki Kei Wing mengorak langkah menuju kearah mereka bertiga

Hakimi melihat Kei Wing dari jauh dengan muka yang tegang, lalu dia berdiri dan Izad juga buat perkara yang sama.

"dah habis berborak ke kau berdua ni? diam berdiri ni?" ujar Kei Wing terlebih dahulu

"ni Izad, Kimi, ni roomate aku, nama dia 'K'" terang Hariz sambil membuat muka keliru, sebab tak tau nak panggil K atau Kei Wing

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now