Teaser ( Ada di PBAKL)

585 13 1
                                    

“Rai harap abang dapat maafkan Rai. Dengan cara tu, kita berdua dapat hidup tenang dengan haluan masing-masing.”

“Tenang? Lepas kau dah tipu aku, semudah tu kau nak aku maafkan kau.”

Terhenyak Raiqa. Mendengar panggilan lelaki itu sudah berubah kasar, tahulah dia yang Daim tidak mungkin akan memaafkan dirinya.
Timbul niat jahat di hati Daim untuk mengenakan Raiqa. Sekarang dia sudah tahu titik kelemahan wanita itu. Tak mungkin dia biarkan Raiqa hidup tenang selepas ini.

“Aku nak kau ambil budak tu. Aku takkan bodoh nak ikut cakap kau. Lepas ni jangan lagi muncul depan aku termasuklah rumah keluarga aku. Aku anggap antara kita tak pernah ada hubungan apa-apa. Termasuklah Dayyan.”

“Abang...”

Melihat lelaki itu sudah berjalan laju ke arah kereta, cepat-cepat Raiqa pergi mendapatkan lelaki itu. Dia menghalang tubuhnya di hadapan pintu kereta.

“Tolong jangan buat macam ni. Kesiankan Dayyan. Abang sendiri nampak dia dah terima abang sebagai babah dia.”

“Ke tepi.”

“Rai merayu. Jangan hukum Rai dengan cara macam ni. Dayyan tak salah. Yang salah Rai. Abang boleh hukum Rai untuk seumur hidup.”

Bam!

Ternaik bahu Raiqa apabila kedua tangan Daim menghentak bumbung kereta. Tubuhnya terperangkap di antara dua tangan kekar itu.

“Bukan tadi kau tak kisahkan perasaan Dayyan. Sampai sanggup nak serahkan budak tu dekat aku.”

Menggigil tubuh Raiqa menahan esakan. Kedua tangannya digosok perlahan di hadapan lelaki itu. Hilang sudah rasa malunya ketika ini. Yang penting, dia tak nak Dayyan menerima hukuman disebabkan kesilapan bodohnya.

“Rai merayu. Jangan hukum Rai dengan cara ni. Rai sanggup buat apa saja asalkan abang tak abaikan Dayyan.”

Binggo! Daim tersenyum senget.

“Baik. Aku akan hukum kau dengan cara lain. Dan kau tak boleh tarik diri.”

Berdebar dada Raiqa. Tubuhnya semakin ke belakang apabila wajah lelaki itu semakin hampir ke wajahnya.

“Hukumannya... aku nak kau kahwin dengan aku. Dan hidup sebagai isteri tanpa cinta seorang suami.”

Terasa gelap dunia Raiqa sebaik saja menerima hukuman itu.

💔

Alhamdulillah. Buku dah siap. Kak nak beritahu awal-awal. Sesiapa yang beli melalui akak, kak akan pos sebaik saja tamat PBAKL. Sebab tu kak terpaksa ke sana dua kali untuk ambil buku. Nak ambil sekali harung, memang tak muat kereta. Jika ada penukaran alamat, boleh dilakukan sebelum 7 -h b ya🥰

Ada rezeki, kita jumpa di sana pada 4 dan 12/6 ya. Ada hadiah istimewa untuk pembaca yang sudi hadir💥

Pernah BenciWhere stories live. Discover now