Teaser 🥲

593 20 0
                                    

Re Ady st ock😍

#pernahbenci

“Dah berapa lama Dayyan demam?” Tegang nada suara Daim.

“Dua hari...” Hampir tak terkeluar suaranya.

Tubuh lemah Dayyan diambil daripada dukungan Raiqa. Badan anaknya sangat panas. Tajam anak matanya merenung ke wajah Raiqa.

“Kalau jadi apa-apa terhadap anak saya, saya takkan maafkan awak.” Daim bersuara tegas.

Terkedu Raiqa. Anak saya?

Daim bergegas masuk ke dalam kereta. Raiqa masih tidak berganjak dari situ. Entah kenapa dia berasa sangat takut mendengar amaran lelaki itu.

“Berdiri apa lagi dekat situ? Cepat masuk!”

Tersentak Raiqa. Cepat-cepat dia masuk ke tempat duduk belakang. Hajah Rogayah segera memeluk Raiqa.

“Kenapa tak beritahu awal yang Dayyan sakit?” Hajah Rogayah menyoal lembut.

“Maaf, mak. Semalam demam Dayyan tak teruk sangat.”

Air mata yang menitis di pipi, diseka perlahan. Sesekali dia menjenguk anaknya yang sedang terlena di bahu Daim. Luluh hatinya melihat keadaan si anak.

Bukan dia sengaja melengahkan masa untuk membawa anaknya ke hospital. Faktor kewangan membuatkan dia terpaksa memberikan ubatan yang sedia ada di rumah. Sudah seminggu dia tak bekerja. Malu untuk meminta wang pendahuluan daripada Puan Hilda. Selepas apa yang berlaku tempoh hari, dia tak mampu untuk menghubungi Daim.

Sampai di hospital, Dayyan segera dirawat. Mujurlah mereka segera menghantar Dayyan ke sini. Menurut doktor, paras oksigen Dayyan sangat lemah. Hampir saja anaknya diserang sawan.

Dayyan terpaksa bermalam di wad untuk rawatan susulan. Makin pening kepada Raiqa memikirkan kos hospital.

“Jangan risau. Abah bayarkan. Dayyan kan cucu abah.”

Raiqa menunduk malu. Terlalu banyak budi yang dihulurkan oleh kedua orang tua itu. Setiap kali Dayyan diserang lelah, anaknya terpaksa bermalam beberapa hari di wad.

Menyirap darah Daim. Cara abah bercakap, seolah-olah dia tidak wujud di situ.

“Dayyan anak Daim. Daim akan bayar kos rawatan dia. Mak dan abah balik dulu. Biar Daim temankan Dayyan malam ni.”

Kedua orang tua itu saling berpandangan. Serba salah pula dia nak meninggalkan Daim dan Raiqa di sini.

“Awak pun balik.” Daim bersuara dingin.

Raiqa mengangkat wajahnya. Laju dia menggeleng.

“Tak. Saya nak temankan anak saya. Awak...”

Tak sempat Raiqa habiskan ayat, tangannya ditarik supaya mengikutnya ke tempat yang agak lengang. Sempat dia memberi isyarat kepada ibu bapanya supaya tidak masuk campur.

“Lepaslah.”

Dek terlalu marah, tubuh Raiqa ditolak ke dinding. Menyeringai wajah Raiqa menahan rasa perit di belakang tubuhnya.

“Sampai sekarang awak masih nak pentingkan diri sendiri. Tak cukup lagi awak pijak maruah saya depan mak dan abah saya.”

“Apa yang awak merepek ni?” Terketar-ketar suara Raiqa.

“Benci sangat ke awak terhadap saya sampai sanggup rahsiakan penyakit Dayyan?”

Tercengang Raiqa.

“Kenapa diam?”

Raiqa alihkan anak matanya ke arah lain. Tapi Daim bertindak pantas dengan mencengkam dagu wanita itu supaya terus menghadap wajahnya.

“Pandang saya!”

“Sa...sakit...”

“Sakit lagi hati saya. Apa yang awak buat ni terlalu kejam.”

Bergenang tubir mata Raiqa. Tubuhnya menggigil menahan sebak.

“Dalam hal ni, bukan saya yang ego tapi awak. Awak, Aimy Raiqa!” Bergema suara Daim dek terlalu marah.

Raiqa menekup mulutnya. Tidak mahu esakannya terlepas di hadapan Daim. Lelaki itu berundur ke belakang. Terkilan dengan perbuatan bekas isterinya.

“Saya ni babah Dayyan. Sepatutnya orang pertama yang awak perlu hubungi ialah saya. Bukan abah tapi saya!” Dadanya ditepuk kuat.

“Saya... saya minta maaf.” Pecah juga esakan Raiqa. Betul cakap Daim. Dia terlalu ego sehingga sanggup menanggung masalah ini seorang diri. Kononnya dia mampu berdikari tanpa Daim.

“Untuk kesalahan yang mana?” Sinis Daim menyoal.

Kelu lidah Raiqa. Dia betul-betul kehilangan ayat. Wajahnya menekur ke lantai.

“Untuk sekali. Sekali saja. Saya mohon, tolong jangan pentingkan diri sendiri. Saya tak nak Dayyan jadi mangsa disebabkan kisah lalu kita. Kali ni saya terpaksa bersikap tegas. Demi kesihatan Dayyan, saya tak benarkan dia hidup dalam keadaan yang tak baik.”

“A… apa maksud awak?” Bergetar nada suara Raiqa.

“Awak fikirlah sendiri. Sebagai ibu, awak tentu tahu kehidupan macam mana yang paling baik untuk Dayyan."

💔

Kesian Rai. Daim tahu nak marah Aje👉👈 tq buat pengirim gambar.

 Daim tahu nak marah Aje👉👈 tq buat pengirim gambar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pernah BenciWhere stories live. Discover now