BAB 4 ( Ver- Edit) 🦋

13.1K 603 13
                                    

Rumah elite yang tersegam indah milik Noah itu bediri dengan megah di kawasan perkarangan Joy Elite House. Hampir seminggu dirinya berada di sini. Berat sebenarnya dia mahu pulang ke rumah milik mamanya.

"Kalau balik setakat nak tengok muka hodoh kau better tak payah. Makin loya tekak aku." Sempat dicaci wajah milik si Tasnim.

Noah mengambil sekeping gambar milik wajah Tasnim. Ditatap wajah itu dengan mendalam. Takda apa yang special tentang diri kau. Dahlah anak tak setaraf, kotor lagi. Memang tak sama level dengan aku. Sungguh bongkak perkataan yang dihamburkan oleh Noah.

"Aku tak tahulah aku boleh terima kau ataupun tidak. Tak pernah lagi dalam hidup aku berkawan dengan anak luar nikah. Lagilah jadi isteri lagilah tak pernah terfikir." Direnyukan gambar tersebut dan dicampak ke dalam tong sampah.

Deringan iphone 14 miliknya mematikan lamunanya. Nama yang tertera tertera di screen phone tersebut ditatap lama dan menghasilkan kerutan di dahi. Siapa ni ?

"Hello ?"  Dia menunggu suara tersebut membalas ucapanya.

"H-hello, a-awak ni saya Tasnim. Saya nak mintak bantuan awak boleh tak ?" Tasnim sudah tidak keruan. Apa reaksi lelaki ini apabila mengetahui yang dirinya menganggu malam lelaki itu.

"Kau nak apa Tasnim. Malam-malam macam ni kacau aku semak tahu tak. Kau nak apa call aku." Walaupun perasaan benci menyelubungi dirinya tetapi tidak sampai hati dia ingin mematikan panggilan tersebut.

Good point !

"Awak boleh temankan saya balik rumah papa. Saya nak amik barang, banyak dokumen penting dekat sana."

Noah mendengus seketika. Ada sahaja balaci yang menganggu hidupnya. Dengan perasaan yang amarah terus dia mematikan panggilan tersebut.

Dia mengambil kunci kereta dan terus menuju ke rumah Puan Azura. Dia tahu Tasnim mungkin berada di sana. Di mana lagi wanita itu akan duduk kalau tidak rumah mamanya.

*

Aikkk... Terus dia matikan call ? Tasnim mengeluh seketika. Mungkin lelaki itu tidak sudi menemani dirinya. Kalau tidak takkan Noah mematikan panggilan tersebut.

"Sedarlah diri wahai bidadari yang bernama Tasnim. Dia tu bagaikan langit ke 7 dan kau bagaikan lapisan kerak bumi. Mana mungkin akan bersatu." Terus dia duduk di luar rumah seketika.

Cantiknya luna. Cahaya bulan yang terang itu menerangi malamnya. Selain daripada hujan dia gemar melihat bulan. Dia jarang memanggil bulan dengan panggilan bulan. Selalunya Luna.

Dalam bahasa Itali Luna adalah bulan disebabkan itu dia gemar menggunakan panggilan tersebut. Baginya Luna adalah satu nama yang unik dan klasik. Dia tersenyum sambil memandang cahaya bulan itu.

Baru sahaja selangkah dia berjalan kepalanya sudah melanggar sesuatu. Aduh... Ni kayu ke apasal keras semacam. Laju sahaja dia menggosokan dahinya.

"Lain kali tataplah bulan tu sampai jatuh. 10 minit aku berdiri dekat sini kau tak perasan ke." Noah bercekak pinggang.

Tasnim menelankan air liurnya. Matilah aku.

"M-maaf saya tak perasan. Saya syok tengok Luna tu yang Noah datang Tasnim tak perasan. Awak jalan guna kaki ke ? Kenapa tak dengar ?" Soalan kau Tasnim memang mintak penumbuk.

"Taklah aku terbang. Kau tak nampak ke aku ada kepak ? Kalau tak nampak maknanya hidup kau tak lama. Dari 20 tahun hidup paling-paling tinggal setahun je."

ISTERI YANG DIPILIH (C)Where stories live. Discover now