BAB 32 Ending 🦋

20.8K 746 50
                                    

1 Tahun 8 bulan Kemudian

Noah yang berpakaian alim itu terus memasuki hotel peribadinya. Selama dia berada di negara tersebut dia banyak berubah daripada seorang yang tegas kini menjadi seorang ketua yang berlemah-lembut.

Memang perubahanya agak drastik. Walaupun sudah hampir 2 tahun Tasnim meninggalkan dirinya Noah tidak pernah sedikit pun lupa akan arwah isterinya. Setiap masa dia akan menyebut nama Tasnim di dalam doanya.

Baju yang dipakainya itu dibuka dan terus diletakkan di dalam bakul kotornya. Air paip itu dibuka dan terus dia mengambil wuduk. Alhamdulilah dengan dekatkan mendekatkan diri dengan Allah kehidupan Noah lebih bermakna sekarang ini. Rezekinya lancar sahaja.

Diangkat takbir dan terus Noah menyembahkan dirinya kepada Allah. Mulutnya terkumat-kamit menyebut kalimat suci tersebut. Banyak dosanya terhadap Tasnim dan untuk menebus semula silapnya dia perlu memohon kepada tuhan agar dirinya tidak dibelungi dengan dosa.

Selepas sahaja dia habis solat gambar Tasnim di bawa ke sejadahnya. Diusap gambar wanita tersebut dan baru dia tahu isterinya ini memang sangat-sangat cantik. Tapi sayang semuanya dia sedar selepas wanita itu pergi.

"Lama dah isteri abang tinggalkan abang tapi abang masih lagi belum jumpa pengganti Tasnim. Hampir 2 tahun abang tutup pintu hati abang daripada bercinta dengan perempuan lain. Abang trauma dan takut perkara tersebut berulang kembali." Ditatap sayu gambar tersebut.

"Sayang... Abang nak ucapkan seluruh kasih kepada Tasnim sebab berjaya menjadi seorang isteri yang solehah. Abang doakan Tasnim duduk di peringkat tertinggi di dalam syurga ya." Dicium gambar tersebut.

"Tasnim tak dapat rasa kasih dan cinta abang dekat dunia kan ? Tapi abang janji dekat sana abang balas semua perbuatan Tasnim. A-abang rindu Tasnim." Tersendu-sendan dia menangis.

"Setiap detik jantung ni berdegup mesti abang akan teringatkan Tasnim. Macam manalah Tasnim boleh terfikir nak bagi jantung Tasnim dekat abang. Tasnim betul-betul buktikan dekat abang yang Tasnim nak sangat jadi bidadari abang dekat syurga ya." Dipeluk gambar tersebut.

"Abang redha sayang, abang redha kehilangan Tasnim. Nama Tasnim akan abang sematkan sehingga akhir nafas abang. Kehilangan Tasnim memang berat untuk abang terima tapi lama-lama abang kena terima sebab kalau Tasnim takda mungkin abang yang pergi." Diusap dadanya itu.

"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab pernah wujud dalam hidup abang. Sebagai tanda terima kasih abang akan bina satu rumah anak-anak yatim dan letak nama Tasnim supaya pahala Tasnim mengalir sampai ke hari kiamat." Tersenyum Noah seketika.

"Abang penat sayang. Abang pun perlukan rehat." Noah terus mensujudkan dirinya. Dia bersujud di sejadah tersebut dan tanpa dipinta matanya tertutup rapat dengan sendirinya.

"Allahuakbar" Dan itu adalah kalimat terakhir sebelum Noah menghembuskan nafasnya. Sujud terakhirnya ini benar-benar membawa Noah ke jannah.

Sempat dia mengucapkan dua kalimat syahadah di dalam hatinya sebelum dia pulang ke sisi Allah. Kini cinta mereka benar-benar bersatu di sana. Cinta yang kekal tanpa kesakitan dan Noah hanya mampu bertahan selama 1 tahun lebih sahaja sebelum dia turut pergi menghadap Allah.

Cinta mereka mungkin tidak kekal di sini tapi Allah memberikan sedikit peluang kepada Noah untuk berubah dan Noah berjaya bertaubat sebelum pergi.

Kini Tasnim dan Noah akan kekal di sana bersama cinta yang sebenar. Di dunia mungkin mereka tidak dapat bersama tetapi di sana Allah pertemukan mereka untuk sama-sama merasa apa itu cinta yang sebenar.

Noah benar-benar mencintai isterinya tapi sayang Allah mengambil Tasnim daripada hidupnya. Seperti itu juga puan Azura dia amat menyanyangi Noah tapi sayang Allah mengambil Noah daripada wanita tersebut.

Walaupun pemindahan jantung itu berjaya tetapi kalau sudah tertulis hanya itu sahaja jangka hayat Noah maka sampai disitu sahaja Noah boleh hidup.

Di sini kita boleh mengambil iktibar sekuat mana cinta seseorang kalau sudah tertulis itu jalan hidupnya maka hanya sampai di situ sahaja dia mampu bertahan.  Cinta yang kekal hanyalah satu iaitu cinta hambanya kepada Allah dan cinta yang sementara adalah cinta antara kita dan manusia.

-TAMAT-

ISTERI YANG DIPILIH (C)Where stories live. Discover now